bab 11

1.4K 74 8
                                    

Bibir menguntum senyuman tatkala figura yang dinanti sudah menjengah ruang mata. Bola mata tidak lepas memandang Muhaira yang sedang berjalan ke arahnya. Bibirnya dibasahkan sebelum mengucap salam.

"Assalammualikum," senyuman masih setia meniti di bibir.
Dipandang wajah Muhaira yang masam mencuka. Tak apa lah, janji dapat jumpa.

"Waalaikumussalam." Sekadar berbasa basi saja menjawab. Duduknya dilabuhkan bertentangan dengan Syakir. Sekilas dipandang wajah Syakir. Ya Tuah, geram! Kecil besar saja dia memandang lelaki itu.

Terkenangkan hal semalam. Selepas lelaki itu pulang dari rumahnya, telefonnya tak henti-henti bergegang dek notifikasi yang masuk daripada Syakir. Syakir spam dia macm tak ada hari esok! Tak cukup dari itu, Syakir juga post gambar nasi arab yang pernah dimasaknya dulu. Tiba-tiba pula uploaded di aplikasi X. Padahal sudah dua minggu gambar itu ditangkap. Baru nak post! Macam Muhaira tak tahu mengapa. Piraah!

"Dah makan dah?" Soal Syakir. Wajahnya tenang menyoal Muhaira yang bengang padanya.

Alahai... lembutnya! Sabar Muhaira, jangan tertipu! Ini pasti di awal saja. Nanti bila Muhaira sudah layan seperti biasa, pasti perangai Syakir yang dahulu kembali. Yalah, tak ada orang yang senang-senang berubah. Pasti makan masa.

Riaknya dikosongkan. Malas mahu melayan hati yang kemungkinan mampu terpancing dengan ayat-ayat manis Syakir.

"Belum." Ringkas jawapannya. Biar dia nampak jual mahal. Biar Syakir tahu yang marahnya masih belum habis.

Syakir menyandarkan tubuh di kerusi. Matanya masih tidak lepas memandang Muhaira. Hari ini gadis itu sekadar mengenakan jubah hitam dan tudung bawal merah jambu. Menyerlah kewanitaan gadis itu. Seketika menarik hati dan minat Syakir untuk terus memandang Muhaira. Tipikal minat Syakir, wanita melayu yang punya rupa paras unik.

"Nak makan?" Syakir bertanya ramah.

Kepala Muhaira menggeleng tidak. Anak mata menyorot memandang pinggan di atas meja. Terdapat spaghetti yang masih bersisa. Banyak pula tu! Membazir betul. Muhaira merungut dalam hati.

"Awak ajak saya jumpa ni, nak apa? Cakap lah. Saya tak nak keluar lama-lama. Saya nak balik." Muhaira mula berbicara. Nak tunggu Syakir, sampai kesudah lelaki itu diam.

"Betul ke awak nak stop apa yang kita buat?" Syakir menyoal dengan nada sayu. Sayangnya untuk hentikan 'program' mereka ni. Tak tahu kenapa dia rasa selesa dengan Muhaira. Sedangkan baru berapa kali jumpa.

Ha! Mungkin dia termakan dengan kata-kata sendiri? Pada awalnya dia hanya mahu mencuba...

"Ya. Saya tak nak teruskan. Saya tak selesa."

Prang! Hancur berderai hati Syakir mendengar alasan Muhaira. Di pihak dia, pasti sudah berasa selesa. Tapi pada Muhaira, gadis itu tidak selesa. Punah hati seorang Ahmad Syakir. Badannya membongkok sedikit. Sambil tangannya mengambil sudu dan memintal Spaghetti di dalam piring.

"Tapi saya..." Syakir hilang kata-kata. Tak tahu hendak beri alasan apa. Jika orang tak sudi, untuk apa terhegeh-hegeh lagi? Tapi, salah kah untuk dia mencuba lagi? Sudah, sekarang dia pula yang berperang dengan fikiran sendiri.

"Boleh kita cuba sekali lagi?"

Muhaira mengeluh panjang. Sarat kepalanya dengan masalah-masalah.

"Dulu saya okay. Tapi sekarang tak. Sebab saya rasa saya tak boleh nak berumahtangga lagi. Sekarang saya ada ada banyak komitmen. Dan saya tak mahu tambah lagi." Suaranya mengendur. Tak mahu mengusik perasaan lelaki itu. Semarah-marahnya pun, dia tidak lah hingga mahu menyakiti perasaan Syakir. Sekadar balas untuk berasa adil adalah. Selebihnya dia tak sampai hati.

Syakir terdiam sendiri. Umur yang baru meningkat 24 seperti Muahira ada komitmen? Dari gaya gadis itu bercakap, cukup menggambarkan komitmen yang ditanggung gadis itu berat. Gadis semuda Muhaira tak layak mendapat komitmen yang berat. Tapi masalahnya, komitmen apa?

"Komitmen apa?" Syakir menyoal ingin tahu. Serius hatinya memang mahu tahu tentang Muhaira. Sebabnya, gadis itu tidak pula pernah buka cerita tentang kehidupannya. Jadi Syakir kosong tentang perihal Muhaira.

Muhaira tersenyum tipis. "Tak ada apa..."

Syakir mengeluh dengan penuh rasa kecewa. Muka dia nampak macam tak boleh dipercayai ke? Nampak macam lelaki yang suka berdusta dan menipu?

"Tak percayakan saya?" Soal Syakir.

"No it's just..."

"Sebab saya bukan suami awak jadi awak tak nak cerita apa-apa?" Duga Syakir. Alasan ini pernah mereka berdua gunakan bila menyoal tentang hal peribadi dulu.

Muhaira tersenyum kelat.

"Then, let me be your husband."

Argh! Mudahnya lelaki itu berkata-kata! Mudah seperti menghembus nafas. Muhaira mengetap bibir sendiri. Bola matanya dilarikan ke arah lain. Tak mampu lah dia mahu menentang pandangan lelaki itu. Seperti sihir yang mampu mencairkan hati saja.

"Muhaira..." Syakir sudah berasa tidak senang. Kenapa susah sangat? Alahai!

"Saya kerja dekat kafe tu untuk cari duit lebih. Buat belanja kakak saya."

Muhaira mula membuka cerita.

"Saya nak tolong dia sara hidup dulu sebelum dia boleh sara hidup sendiri." Ujar Muhaira. Sendu saja bunyinya. Terkenangkan si kakak kembar yang sudah seminggu tidak pulang ke rumah, hatinya diambang rasa gusar. Dimana lah agaknya Humaira berada? Apa kabar wanita itu? Makan apa? Tidur dekat mana?

"Dia ada sorang anak. Mariam."

"Mana bapak budak tu?" Soal Syakir. Hatinya mula tertanya-tanya keberadaan si ayah kepada Mariam.

"Ada. Tapi tanggungjawab lelaki tu cuma pada Mariam. Bukan kakak saya. Sebab mereka dah bercerai lima bulan lepas." Beritahu Muhaira.

Berbentuk O bentuk mulut Syakir. Faham dengan cerita Muhaira.

"Kakak awak tak kerja?" Soal Syakir lagi. Penuh hairan di dengan cerita Muhaira. Kenapa si kakak tidak bekerja?

"Dia sakit." Muhaira tersenyum tipis.

***

Senangnya rasa hati!

Tanpa sedar sedikit sebanyak dia sudah tahu mengenai Muhaira. Mendengarkan cerita gadis itu, hatinya dipagut rasa kasihan yang amat. Mengapa balik-balik Muhaira yang perlu korban semuanya? Muhaira layak bergembira di usia yang muda.

"Orang macam saya perlukan sokongan dari segi mental. Saya tak ada sesiapa melainkan keluarga saya. Umi abah dah tua, sepatutnya hidup tenang tanpa fikir masalah lagi. Kakak pula begitu. Adik saya baru habis belajar, nak mulakan hidup. Mariam pula masih kecil. Saya kasihankan dia tak pernah cukup kasih sayang mommy dengan papa dia. Kata umi, saya mainkan peranan dalam keluarga kami. Tapi...."

Tapi Muhaira tak kuat mental untuk hadap semua ni. Dia tak cukup larat untuk tanggung beban yang sewajarnya bukan dia yang sepatut menanggungnya. Sungguh.

Dan Syakir disini hadir sebagai amanah. Kerana setiap pertemuan itu pasti ada sebabnya. Mungkin dia amanah yang dianugerahkan Tuhan buat Muhaira. Dan Syakir tahu, wanita yang matang seperti Muhaira yang mampu berdiri sendiri layak dijadikan tujuan.

Tujuannya untuk dunia dan akhirat.

Dia pasti.




Tbc.
Update : 22 feb 2024

Sis syok nak tulis dorang kawin. Ehek!

Tujuan Onde histórias criam vida. Descubra agora