bab 5

1.5K 86 8
                                    

HENING menguasai suasana rumah kini. Suara-suara yang tadi memekik, meninggi kini sudah pun membisu. Masing-masing diam memandang antara satu lain. Rasanya semua luahan sudah pun diluahkan. Tak ada apa lagi yang harus dibicarakan.

"Habis dah? Masing-masing boleh balik rumah masing-masing." Kata Tuan Daud. Bunyi seperti mengusir anak menantunya. Tubuhnya dihempas ke atas sofa panjang. Penah nak melayan drama anak perempuannya.

"Abah, tak adil! Maira nak anak Maira! Kalau lepas dekat tangan jantan ni..." jarinya menuding tepat pada wajah bekas suaminya.

"Memang anak Maira tak jadi manusia!" Tak tertahan-tahan suara Humaira. Menyinga raut wajah terhadap bekas suaminya.

"Qif jaga Mariam baik-baik je selama ni. Apa yang tak jadi manusia?" Lelaki itu cuma bersuara perlahan. Sudah penat mahu bertegang urat dengan bekas isteri.

"Senang cerita Yam duduk dengan Haq je lah. Biar Haq jaga Yam macam anak Haq sendiri."

Ulhaq hadir sambil menggendong Mariam di dalam dakapan. Si kecil itu memaut leher pakciknya sambil melentok manja pada bahu Ulhaq. Terdapat bear kecil pemberian Ulhaq pada tangannya. Riben di leher bear itu dipintal-pintal.

"Haq, masuk!" Tercegil mata umi Uniyah pada anak terunanya itu. Tak suka bila anak terunanya masuk campur hal orang tua.

"Umi... Haq dah besar lah. Haq pun ada cadangan Haq sendiri. Lagipun, Yam ni Haq yang jaga juga. Jadi kenapa Haq tak boleh nak bersuara?" Si kecil dibaringkan sebelah Tuan Daud. Mariam terus memeluk tubuh atoknya sebaik dia terbaring di sebelah Tuan Daud.

"Haq, akak nak jaga anak akak sepenuhnya. Akak tak nak sesiapa jaga anak akak. Mariam tanggungjawab akak!" Masih tak mahu mengalah. Mahu kemenangan berpihak kepadanya.

"Tanggungjawab abang Thaqif juga. Sama-sama punya anak kan..." sekilas Ulhaq memandang Mariam yang terbaring lesu. Kesian si kecil itu. Sudah lah demam.

"Kalau ikutkan saya, nak je naik mahkamah untuk tuntut hak penjagaan. Tapi sebab saya ni masih berhati perut dekat awak, Humaira... saya biar aje. Ini pun awak makin menjadi-jadi." Sinis Thaqif berkata. Dia tak kisah pandangan umi dan abah. Lelaki itu sudah melelapkan mata. Umi pula hanya menjadi pendengar.

"Kalau saya bawa naik mahkamah, dah sah-sah saya menang. Dengan awaknya masih tak ada kerja tetap. Rumah pun pindah-pindah. Macam mana mahkamah nak bagi kuasa dekat awak untuk penjagaan anak-anak?" Sedas lagi Thaqif beri. Matanya menyorot memandang Ulhaq yang berdiri tidak jauh darinya.

"Macam ni lah. Dua minggu abang Qif, dua minggu akak. Macam mana?" Ulhaq beri cadangan.

Humaira menggeleng. "Tak nak. Akak nak anak akak dengan akak sentiasa."

Bahu Ulhaq jatuh. Pening dengan perangai si kakak yang keras kepala. Pelipis diurut-urut.

"Rujuk lah. Kan senang. Dua-dua dapat jaga sama-sama." Sesenang itu Ulhaq berkata, lalu dia pergi keluar daripada rumah. Kotak rokok dan lighter di ambil.

"Saya tak nak rujuk dengan awak!" Dub! Dada Thaqif di tumbuk sekuat hatinya. Namun sikit pun tidak buat lelaki itu meringis kesakitan mahupun berganjak.











ULHAQ FALIQ. Nama sudah menggambarkan kekacakannya. Seorang TikTok Famous yang sangat dipuja-puja gadis diluar sana. Selalunya, malam segini dia akan buat live dan berbual mesra dengan peminat-peminatnya. Tapi malam ini dia rasa malas pula untuk buat live.

"Haq,"

Thaqif menyapa bahu lelaki itu.

Ulhaq berpaling. Dipandang Thaqif disebelah. Nampak lelaki itu duduk mencangkung disebelahnya. Bibirnya mengukir senyum.

Tujuan Where stories live. Discover now