bab 8

1.3K 72 14
                                    

KADANG hidup ini rasa seperti ada saja tujuan. Selangkah kaki melangkah pasti bermacam-macam impian mahu dijejaki. Namun bila lutut terasa lemah mahu mencium tanah, sepertinya segala impian terus melayang pergi. Entah kenapa, tapi itu yang dirasa Humaira. Kadang dia bersemangat mahu menjalani kehidupan, kadang pula tidak. Yang semangat itu datang bila terkenangkan si kecil. Yang tidak itu pula bila dia terkenangkan masa lalu.

Berhenti saja di kaki lima, nafasnya mulai tercungap-cungap. Penat berjalan tanpa rehat. Sudahlah matahari terik hari ini. Bekalan air kosong pula tidak dibawa. Humaira duduk di kaki lima bersama sekeping kotak yang dijadikan alas.

Ada hari dia menjadi orang-orang biasa. Ada hari dia tak ubah seperti gelandangan. Jika dia rasa dia sudah tidak mampu tampung lagi hidupnya, dia akan balik ke rumah umi dan abah. Itu pun hanya sehari atau dua hari. Selepas itu dia akan keluar semula.

Pandang kiri, matanya dihidang dengan sebuah keluarga yang sedang berjalan kaki. Suasana keluarga itu diselangi dengan tawa. Tampak bahagia dimata Humaira.

Pandang kanan, bersusun pula gelandangan kerana beratur untuk mendapatkan makanan. Humaira tidak pergi beratur. Entah kenapa perutnya terasa kenyang.

Dua situasi yang penuh perbezaan. Dan kedua-dua situasi itu dia sendiri pernah alami. Pertama ketika dia masih bahagia bersama bekas suaminya, Thaqif dan anak perempuan mereka, Mariam. Kedua, gelandangan.

"Cik... untuk cik." Humaira disapa seorang lelaki. Lelaki itu berhoodie biru gelap. Humaira hanya tersenyum tanpa memandang. Tangannya diangkat separa tanda menolak.

"Tak apa,"

"Maira?"

Bila namanya disebut, Humaira segera menoleh.

"Kau?"

Bergegas Humaira bangun dari duduknya. Rambut yang serabai diselak ke belakang.

"Kau buat apa dekat sini?" Humaira menyoal.

Thaqif mengeluh perlahan. "NGO dekat sini. Kau buat apa dekat sini?" Suaranya separa berbisik. Tidak mahu orang lain tahu yanh mereka saling mengenali.

"Sibuk apahal? Sana ah." Ditolak tubuh lelaki itu supaya menjauhinya. Sejak bila lelaki ni pandai buat kerja amal jariah? Seingatnya, dahulu Thaqif lah seorang yang paling pemalas dan kedekut.

Tetapi belum sempat Humaira melangkah pergi, tangannya dilelar dari belakang. Pastinya Thaqif. Humaira berdecit kuat.

"Lepas lah bodoh. Kau nak apa?" Masih dikawal tona suaranya. Matanya tajam memandang Thaqif.

"Kau dah makan ke belum?" Pegangan di tangan Humaira masih tidak dilepaskan.

"Belum." Dingin saja Humaira menjawab. Tangannya cuba dileraikan namun Thaqif enggan melepaskannya.

"Nah, makan." Bungkusan nasi lemak dihulur. Tetapi wanita berpakaian lusuh itu sekadar memandang dengan ekor mata.

"Aku tak makan nasi lemak. Lepas tangan aku!"

Thaqif mencebik bibir mendengar alasan itu. "Gelandangan tak sedar diri. Kalau kau tak makan nasi ni kau nak makan apa lagi? Nak harapkan beli makanan sendiri, duit pun tak ada. Karang meringkuk kat tepi jalan kau tahu lah. Kalau ada orang sudi angkut, tak apa lagi. Ambil ni, makan." Tangan Humaira didoakan. Bungkusan nasi lemak itu diletak atas telapak tangan Humaira.

Humaira menjeling. Mulut masih berbisa rupanya. Fikirkan sudah berubah. Iyalah, siap kerja NGO pula kan.

"Yalah. Dah, tepi. Nak balik."

"Nak balik kemana? Ada rumah ke?"

Terpasak kaki Humaira daripasa berjalan. Darahnya terasa berderu-deru mendengarkan soalan panas yang sengaja disoal Thaqif. Tatkala badannya dipaling, nampak Thaqif menyilang tangan sambil memandang serong ke arahnya.

Tujuan Where stories live. Discover now