bab 3

1.4K 89 3
                                    

"ENOUGH lah!"

Naik seoktaf suara Syakir di ruangan agam keluarga. Rengusan demi rengusan terbit dari bibirnya. Dia yang berdiri lantas berani mara ke arah bapanya. Wajah tegang itu direnung tajam.

"You tak payah sibuk urusan I! I nak kahwin ke tak ke itu semua hak I bukan you! Kalau I tak kahwin sekali pun, I bergantung dengan you ke? Tak kan? So what's the problem?"

Tuan Zakri menggeleng payah. "Syakir, i'm just asking. Bukannya desak you. Kalau Syakir dah ada calon, bagus lah. Kalau tak ada, bapak boleh carikan. Tapi setahu I..." wajah si anak dipandang dalam.

"I dah ada! I dah ada!" Selar Syakir. Dia tak mahu bapanya menduga yang dia tidak punya calon isteri. Rasa tercabar bila si bapa asyik kata yang dia tidak punya pasangan. Seolah-olah bapanya mengganggap dirinya tidak laku.

"Iya ke?" Duga Tuan Zakri. Sengaja dibakar-bakar api kemarahan anak tunggalnya itu.

"Fine! I bawa dia kesini. You nak I bawa bila? Esok? Kejap lagi? Raya nanti? Kot-kot lah nak kenalkan dekat keluarga kan bakal menantu," Syakir pula seakan bermain dengan api. Berlagak gayanya dengan tangan tertala-tala di awangan, mengajuk bicaranya sendiri.

Terjungkit naik sudut bibir Tuan Zakri. Lelaki tua itu tersenyum sinis bila si anak menunjuk gaya seperti sudah berpunya.

"Bawak la kejap lagi. Bapak nak tengok pilihan kamu. Kalau bagus, kahwin cepat. Jangan nak bawa anak dara orang kesana kesini." Sesudah itu Tuan Zakri mendaki anak tangga. Tawa kecilnya disembunyikan, iya lah tu ada calon. Fikir dia bodoh sangat?

"Fuck!"

Rambut dilurut kasar ke belakang. Tercabar dengan kata-kata si bapa. Mahu saja dia pukul mulut sendiri. Sibuk mengaku dah ada calon kenapa? Yang satu itu pun dia masih ragu-ragu. Takkan nak bawa? Argh!








PANDANGAN Muhaira melilau mencari kelibat seorang lelaki. Seperti yang dijanjikan, hari ini mereka akan berjumpa dan 'dating' untuk sesi kenal. Bag yang dijinjing di tangan dijinjing erat. Menu pertama, nasi arab! Dia buat lah, lelaki itu kan pandang rendah padanya tempoh hari? Hari ni, dia nak buktikan pada lelaki itu.

"Muhaira!"

Terdengar namanya diseru, Muhaira lantas memaling kepalanya. Mengecil anak mata mengecam gerangan si pemanggil. Tatkala kelibat Syakir sudah di depan mata, Muhaira melangkah ke arah lelaki itu.

Dari jauh dipandang Syakir yang sedang bersandar di bonet kereta. Sebelah tangan lelaki itu menyeluk saku seluar, sebelah lagi ligat menghirup oksigen jantannya. Pasti lah rokok. Alahai, Muhaira mengeluh sendiri. Fikirkan lelaki itu tidak menyentuh barang terlarang itu.

"Lama tunggu saya?" Soalan pertama tercetus keluar.

"Tak ada la lama mana. You masak apa?" Kepala dijenguk melihat dalam bag yang dinjinjing Muhaira.

"Macam yang awak nak hari tu lah. Uhuk, uhuk!" Terbetuk kecil Muhaira bila asap rokok menerobos rongga hidung.

Memandang Muhaira yang mengipas asap, Syakir turut mengipas sama. "Oh, sorry. Sorry." Pantung rokok yang dikepit antara jari tadi kini dicampak jauh.

"Kita date dekat mana harini?" Ceria pula Muhaira menyoal kali ini.

Raut wajah Syakir berubah mendengar soalan Muhaira. Keluhan panjang dihela, membuatkan gadis itu berasa hairan.

"Entah," Bag yang dijinjing Muhaira diambil, kemudian bonet kereta dibuka. Dengan berhati-hati Syakir meletakkan bag tersebut di dalam bonet.

"Kenapa entah?" Sambil memerhati gerak Syakir, Muhaira menyoal lagi.

Tujuan Where stories live. Discover now