bab 14

1.3K 96 18
                                    

SEBAIK meletakkan bag di atas meja, langkahnya terus diatur ke pantri. Dalam langkah ke sana, Muhaira disapa-sapa staf basementnya. Ikutkan hati malas mahu menyahut dan lempar senyum, namun dipaksa jua dek tahu mahu dilaber sombong dan kurang adab.

Masuk sahaja ke ruang pantri, cawan dicapai dengan niat mahu membancuh susu coklat. Tak sempat menjamu sarapan yang dibikin umi dirumah tadi, asbab bangun lewat. Bangun lewat sebab tidak lena tidur dek terfikir-fikir tentang lamaran Ahmad Syakir.

Heater diangkat, dituangkan air panas itu ke dalam cawan. Tanpa sedar, keluhan terlepas daripada bibirnya. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini senang saja keluhan terbit. Barangkali kerana masalah yang semakin sarat di kepala gamaknya.

Siap menuang air panas, sepeket serbuk coklat dicapai. Hujung plastik dikoyak, kemudian serbuk coklat dibubuhkan ke dalam cawan yang berisikan air panas. Lalu, bancuhan itu dikacau bersama camca kecil.

"Tak baik mengeluh pagi-pagi."

Suara parau yang muncul tiba-tiba menyentakkan Muhaira daripada terus mengacau air. Seketika tubuhnya terhinjut kecil. Dadanya yang disambar debar halus diurut perlahan dengan tangan. Belum sempat tubuh berpaling, hidung pula mencium aroma cologne wangi. Sepertinya dia pernah menghidu bau ini.

Lantas tubub dipaling. Melihatkan tubuh tegap yang lampai berdiri betul-betul di hadapannya, Muhaira tersentak lagi. Aiseyman, mujur tidak berlaga tubuh!

Kepala didongak, memandang empunya badan.

"A..awak?"

Bibir Syakir membentuk senyuman manis.

"Iya. Air untuk saya tak ada ke?" Kepala menjenguk memandang secawan coklat di atas kabinet.

Termangu Muhaira mendengar pertanyaan itu. Selangkah dia menapak ke belakang, mahu mencari jarak antara mereka. Takut nanti ada staf lain masuk, habis cerita sampai disemua pelosok tingkat bangunan!

"Awalnya sampai?" Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Syakir masih setia tersenyum. Bilamana mata terpandangkan lingkaran gelap di bawah mata si cantik itu, senyumannya mengendur. Muhaira yang menapak kebelakang itu didekati.

"Eh," risau dengan Syakir. Apa lelaki ni nak buat? Kenapa tiba-tiba serius? Ah sudah, Muhaira mula risau dengan perilaku Syakir yang berubah drastik.

"Awak tak sihat ke Muhaira?" Lembut suara parau itu menyoal dirinya. Muhaira meneguk liur yang terasa berpasir.

"Sihat..." Jawabnya dengan rasa takut. Menapak lagi kebelakang hingga tiada lagi ruang untuk berundur. Muhaira tersandar di dinding pantri. Ketika Syakir semakin menghampiri, ulas bibir digigit perlahan. Oh tidak!

"Kenapa muka nampak lesu? Nampak pucat semacam aje," tak menyedari tangannya sudah naik mengusap lingkaran gelap mata Muhaira. Lama diamati wajah pucat kesayangannya. Tiga hari tidak berjumpa dan tanpa kabar, Syakir tidak senang hidup. Sungguh dia risau akan gadis ini.
Bila bertemu pula, Muhaira pucat semacam. Mestilah hatinya makin diambang perasaan risau terhadap Muhaira.

"Saya sihat." Tangan Syakir ditepis. Tak selesa bila berkedaan begitu dengan lelaki yang bukan mahram. Saat dirinya berganjak ke kanan, segugus nafas dihela. Entah mengapa sesak dadanya bila duduk serapat itu dengan Syakir. Rasa lemas!

"Awak tak sihat, jangan datang kerja. Kalau pitam macam mana? Nasib baik saya datang pejabat awak hari ni. Kalau tak, saya tak tahu. Awak pun dah lah liat nak text saya." Omel Syakir. Tak puas hati dengan sikap Muhaira yang semakin hari semakin dingin dengannya. Sebab satu hal, habis hancur semua perancangan sesi perkenalan mereka.

"Saya sihat lah. Kalau tak saya tak ada lah datang kerja." Muhaira masih tak mahu mengalah. Mahu juga membela diri sendiri. Lelaki ni pun satu, aku tak sihat sebab engkau lah!

Tujuan Where stories live. Discover now