bab 9

1.2K 83 9
                                    

"Boleh ke buat tu?"

Muhaira mengangguk sekali. "Boleh je ni. Tak ada hal lah." Senyuman manis dilempar penuh mesra. Sambil mengangkat dulang yang di atasnya terdapat secawan kopi panas, dengan penuh hati-hati Muhaira bergerak melangkah ke luar. Mahu menghantar pesanan yang dipesan oleh pelanggannya.

Rasul hanya mengangguk. Sebenarnya risau melihatkan Muhaira yang nampak seperti gementar tangannya. Risau jikalau jatuh pula dulang itu.

Hari ini hari pertama dia bekerja. Untuk hari pertama ini di masih tiada kerja yang banyak perlu dibuat. Jadinya dia punya masa yang banyak untuk diluang. Sudah pasti masa yang ada itu digunakan untuk menolong pekerja-pekerja di dapur. Apa salahnya kalau dia tolong sikit? Tiada yang susah.

Dengan waspada Muhaira berjalan keluar. Matanya lurus fokus pada dulang air yang dibawa. Jaga Muhaira... jatuh nan—

Buk!

"Holly shit!"

Kaki langsung terpaku ke tanah. Badannya keras tidak bergerak. Hanya anak mata yang bergerak memandang cawan yang sudah jatuh pecah berderai. Manakala air kopi bancuhan Rasul tadi sudah terkena baju seorang lelaki yang berkemeja putih di depannya. Muhaira pejam mata kuat. Ya Allah! Dugaan apa pagi-pagi segini?

"Bodoh, tak pandai bekerja ke apa?! Kau tengok baju aku! Bodoh!"

Marak api kemarahan Syakir bila kopi panas tertumpah di atas bajunya. Dadanya sudah terasa pedih akibat air panas yang terkena di tubuh. Mulutnya tak henti-henti memaki hamun.

Dasar pekerja bodoh! Buta! Bawa dulang pun tak reti ke?! Syakir gerutu dalam hati. Meringis kesakitan bila tubuhnya kian terasa perih.

"B...bos," Alex sorokkan wajahnya dengan dulang. Diintai sedikit keadaan yang terjadi dari tepi. Muhaira... hadaplah!

"Sya...Syakir. Saya minta maaf," pinta Muhaira perlahan. Sedikit pun dia tak mampu berganjak. Matanya tertacap pada dada Syakir yang tersimbah kopi panas.

"Yang kau bebal nak kerja dekat luar ni kenapa? Bukan kau kerja dalam pejabat ke? Apahal kau gatal sangat? Suka menyendeng dekat lelaki-lelaki ni semua? Hah?!" Tempik Syakir lantang. Tidak hirau pada pelanggan-pelanggan yang mula berasa kurang selesa. Pandangannya tajam dihunus ke arah sepasang anak mata Muhaira.

"S..saya..." Muhaira hilang kata-kata. Matanya yang mula basah dengan air mata kekal tertala menentang anak mata Syakir. Sungguh hatinya terasa disiat-siat bila ditengkung depan orang ramai. Digelar bebal, gatal dan bodoh depan orang awam! Sungguh memalukan!

"Kau tunggu apa?!" Tengking lelaki itu lagi. Mencerun mata memandang wajah Muhaira yang sedang menuduk terkial-kial untuk mengemas serpihan kaca yang berderai.

"M..maaf..." air matanya mula berlinangan. Sesak dadanya untuk terus bernafas. Hari ini, dia janji ini hari pertama dan hari terakhir untuk dia bekerja di sini!"

***

SUNGGUHNYA Muhaira sudah yakin dengan keputusannya untuk menarik diri supaya tidak bekerja dengan Ahmad Syakir setelah kejadian satu jam tadi berlalu. Tak perlu fikir panjang, dia tahu keputusan ini sudah cukup baik untuk dia buat. Bukannya dia tak boleh untuk cari kerja di tempat lain. Kerja di stesen minyak pun dia sanggup!

Memalukan betul. Rasa maruahnya dicalar begitu saja. Jatuh air muka dirinya bila diperlekehkan depan orang ramai. Jujur, Muhaira sesal menerima tawaran untuk bekerja dengan Syakir. Dasar lelaki bodoh! Lelaki baran! Cakap je aku, kau yang bodoh sebenarnya!

Selepas saja dia mengemas di kafe tadi, terus dia membawa diri. Dia sudah pesan pada Alex dan Rasul, bahawa hari ini hari pertama dan terakhir dia bekerja disitu. Selepas ini dia takkan kembali untuk bekerja dengan Syakir. Rasul kata, jangan berhenti begitu saja kerana pasti Syakir akan lebih marah. Sudah dibelikan meja dan kerusi serta disediakan tempat, Muhaira pula sesuka hati berhenti.

Tujuan Where stories live. Discover now