Bab 1

13.7K 369 13
                                    

"Murid-Murid, hari ini kamu akan berkenalan dengan seorang pelajar baru. Mari masuk Aleesya." Aleesya pun melangkah masuk ke kelas 2 Delima itu.

"So, please introduce yourself" kata Miss Liew, Guru Matematik merangkap Guru Kelas 2 Delima.

"Nama saya Aleesya Sofea binti Izwan Haikal. Kawan-kawan di sekolah lama saya panggil Isya." Kata Aleesya. Aleesya seorang anak tunggal kepada Encik Izwan dan Puan Aziah. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur kerana Encik Izwan dinaikkan pangkat.

"Ikhwan. Ada sesiapa yang duduk di meja sebelah kamu itu?" Tanya Miss Liew kepada seorang lelaki yang duduk dibelakang itu. "Tiada Miss." Pelajar itu menjawab.

Lalu Miss Liew mengarah Aleesya untuk duduk di sebelah lelaki itu. Pada mulanya Aleesya berasa agak janggal, tetapi dia berfikir yang lelaki itu hanyalah kawan biasa. Aleesya pun duduk di tempat yang telah Miss Liew beritahu itu.

Semasa duduk, Aleesya sempat melihat nama pada buku pelajar lelaki itu. "Muhammad Ikhwanshah bin Ammar Azhari. Not bad" katanya dalam hati. Dia tersenyum lalu menumpukan perhatian semula pada pelajarannya.

/// LOCENG WAKTU REHAT ///

"Terima Kasih Cikgu" ayat yang akan bergema di seluruh kelas. Waktu rehat. Semua pelajar bergegas pergi ke kantin untuk mengisi perut yang sudah minta diisi.

Aleesya tidak pergi ke kantin. Dia hanya duduk di pondok berdekatan kelas kerana Puan Aziah telah membekalkan Aleesya makanan. Puan Aziah sering menyediakan Aleesya makanan dari rumah kerana kebersihannya lebih terjamin.

Tiba-tiba sekumpulan pelajar lelaki menuju kearah Aleesya dan mengganggu dia. Aleesya berasa sangat tidak selesa lalu mengambil keputusan untuk pergi dari tempat itu. Tetapi, dia ditahan.

Mereka terlalu ramai! "Jangan ganggu aku!" kata Aleesya separuh menjerit membuatkan sepasang mata melihat ke arahnya. 'sepasang mata' itu perlahan-lahan menghampiri pondok itu.

"Weii, tak serik lagi dah kena sebat minggu lalu sebab kacau pelajar perempuan?"

"Kau siapa?!"

"Bukan sesiapa. Cuma mengingatkan. Sekolah kita mempunyai seorang guru bekas polis. Pelajar-pelajar itu kelihatan sungguh terkejut. Dengan segera mereka pergi dari pondok itu.

Aleesya berpusing melihat ke belakang dengan niat untuk berterima kasih kepada pelajar yang membantunya itu. "Emmm. Thanks sebab tolong saya." Dia benar-benar terkejut bila dia berpusing.

"No hal. Aleesya right? My name is Muhammad Ikhwanshah. People call me Ikhwan or Wan." Kata Ikhwan lalu memberikan senyumannya yang manis sehingga muncul lesung pipitnya yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan sekolah itu. Aleesya membalas senyuman itu.

"Ikhwan? Sekolah ni ada guru bekas polis?"
"Hehehe. No lah, guru garang macam bekas polis ada. Saja nak buat mereka pergi jauh. Mereka memang suka kacau pelajar perempuan yang duduk bersendirian. Just want to tell you about that. Okay. Loceng kelas dah bunyi tadi. Jomlah masuk kelas"

"Ohh. Okay."

Ok hi readers, so this is my first novel so enjoy okey. Maaflah wattpada kinah ada masalah teknikal tadi so crita ni hilang terpaksa update balik.

Wait for the next update okay ☺

[ON HIATUS] Jodoh Cinta MonyetWhere stories live. Discover now