Bab 1

145K 3.4K 61
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi.Namun,Dee masih lagi hanyut dibuai mimpi. Mungkin sedang bermimpikan Prince Charming datang melamar.Inikan tidak,loceng nyaring berbunyi namun Dee masih lagi belum membuka kelopak matanya.

Dee atau Dhia Qismina bingkas bangun apabila telefon bimbitnya Samsung Galaxy s5 berbunyi. Lagu Bang Bang Bang dari kumpulan korea BigBang menyedarkan dia dari mimpi indahnya.Perlahan lahan jarinya maraba-raba meja di sebelah katilnya.Dalam keadaan mamai ,Dee menjawab panggilan telefon itu.

'Hallo,siapa ni?'

'Amboi!Bertuah punya budak.Dee, ini Risya.Dah kenapa ni? Kawan sendiri pun lupa?'

'Aaa ,ada apa call pagi pagi buta ni?'

'Hoi,Dee! Pagi kau cakap.Kau tengok sekarang.Kau kat mana ni? Cakap pukul 9,ni dah berpeluh ketiak aku tunggu kau.'
Dee melihat jam di telefon bimbitnya.

'Alamak.Dah pukul 10.09 pagi.Aduh!Macam mana aku boleh lupa yang aku nak tengok wayang dengan Risya."getus hati Dee.Dee menepuk dahinya sendiri.Mulutnya terkumat-kamit menyumpah dirinya sendiri.

'Aaa,saja aku usik kau.Aku on the way.Kau tunggu je.'Buat dosa free hari ini.Maaflah Risya, aku nak cover.Terpaksa tipu kau.Takkan berkira kot.

Dee bingkas bangun dari katil dan mandi.Sesudah mandi ,dia memilih dress merah dan mengenakan sedikit make up. Selepas memastikan semua selesai,dia terus masuk ke dalam kereta Myvi merah kesayangannya.Mana tidak, kereta itu hadiah pemberian ayahnya.Ibunya sudah lama meninggal dunia akibat sakit jantung pada usianya seawal 17 tahun.Dia merupakan anak tunggal.Ayahnya sudah menginjak 61 tahun pada awal tahun.Dia tidak membenarkan ayahnya bekerja atas faktor usia.

Sesudah sampai di tempat panggung wayang,dia mencari bangku kosong agar dia boleh duduk seketika.Dia mula mengeluarkan novel yang baru dibelinya tempoh hari untuk dibaca.Sebelum itu, matanya meliar mencari Zyya Farisya.Akan tetapi, matanya jatuh ke arah seorang lelaki yang sedang dikerumuni 2 perempuan. Mereka kelihatan mesra apabila lelaki itu mula memeluk kedua-dua pinggang perempuan itu.

'Ciss.Muka je macam artis Hollywood.Tapi buaya darat.Kenapalah perlu wujud spesies lelaki macam ni?'Marah Dee dalam hatinya.Dia memang tidak suka melihat lelaki berpewatakan begitu.

'Amboi,termenung jauh nampak.Dah ada yang berkenan ke?' Usik Risya yang datang dari mana.

'Ish,kau ni Risya, terkejut aku.Mana ada,aku tengah baca novel ni.Pandai-pandai je mulut kau bercakap'balas Dee yang kononnya nak cover diri sendiri.

'Kau ni ulat buku betul.Sikit-sikit baca buku.Pening kepala aku. Dah,Dah.Aku dah beli tiket ni.Jom masuk.Cerita dah nak start.' Risya yang menayangkan dua helai tiket wayang terus menarik tangan aku.Aku menyimpan novel dan mengikuti langkahnya.Sesekali aku cuba mencari lelaki buaya darat yang kulihat tadi.Tapi bayangannya tiada di tempat tadi.

'Best betul cerita The Hunger Games kan,Dee?'Teruja betul Risya bertanya.

'Ya.Risya,aku laparlah.Jom makan?' Ajak aku.Perut aku yang sudah bernyanyi dari tadi perlu diisi.

Kami mula mengatur langkah ke Medan Selera yang berdekatan di situ.Sedang aku berjalan,tubuhku dilanggar dari arah belakang.Aku hilang imbangan terus jatuh terjelopok di lantai.Hatiku mula berasa sakit.

'Im sorry,Miss.Are you okay?' tanya satu suara yang berada dekat di telingaku.

Aku menoleh kepada suara tersebut.Kelihatan susuk tubuh sasa berbaju putih dihadapkan ku.Rambutnya kemas ala ala gaya rambut pompadour David Beckham dan dia mengenakan sepasang cermin mata hitam.Dia membuka cermin mata itu. Aku terpaku seketika melihat sepasang mata Hazel miliknya.Bibirnya yang merah seakan- akan dia tidak pernah merokok.Kulitnya putih dan tiada kesan cela di wajahnya.Lamunan ku terhenti.Aku mula mengenali susuk tubuh ini.Ya! Dia ialah lelaki buaya darat yang aku lihat tadi.Lelaki tak guna!

'Encik Buaya ni tak ada mata rasanya.Takkan saya yang besar ni boleh dilanggar.Rasanya mata Encik Buaya ni dah naik juling melihat ramai perempuan disini' bidas aku.Aku bingkas bangun dan tersenyum sinis.Baru kau tahu penangan mulut aku.

'Cik panggil saya apa?Encik Buaya???Rasanya cik ni tak dapat bezakan haiwan dengan manusia.Mata cik ni dah juling kot sebab ada buaya hensem langgar cik' balas lelaki tersebut lalu ketawa.

Makin membengkak hati aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya.Ketika aku hendak membalasnya, Risya sudah menarik tanganku dan kami berlalu pegi dari situ.

'Eh,Dee.Yang kau pergi panggil dia buaya apahal?'
'Dia memang buaya apa.Kau tak tengok tadi .Dah lah.Jom balik.Aku sakit hati ni.' Aku tak nak memanjangkan cerita terus bergerak ke arah Carpark.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now