Bab 17

49.1K 1.7K 20
                                    

Dhia membukakan matanya.Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam poket jeans nya.Jam menunjukkan 7 malam.Alamak!Tadi aku tertidur.Macam mana boleh lama sangat ni.Aku kat mana pula ni?Dia cuba mengingatkan kembali peristiwa tadi.

'Dhia,Syurga dibawah tapak kaki suami.Membentak ,Melukakan hati suami berdosa Dhia.Dalam hal rumah tangga ,Dhia kena berfikir rasional dan tidak bertindak melulu.'salah satu pesanan Mama aku masih ingat.Aku membuka pintu bilikku yang aku kunci tadi.Mata aku agak sembab kerana menangis tadi.Aku mengatur langkah ke bawah untui melihat keadaan.Dari tangga aku dapat melihat bagasi-bagasi masih lagi berada di tempat tadi.

Aku melihat susuk tubuh yang terbaring di sofa di ruang tamu.Aku mula melangkah ke arah Encik Buaya.Aku melutut di depan Encik Buaya.Encik Buaya tidur dengan lena.Aku mengusap wajah lembut milik Encik Buaya.Mulut Encik Buaya masih berbekas darah pekat yang aku tampar tadi.Maafkan Qis ,abang.Aku merintih di dalam hati.Aku hanya menangis.Tidak menyangka aku akan melayan suami sebegitu rupa.Sedangkan aku yang bersalah ingin menumbuknya.Dia hanya mengelak sahaja.Aku bergerak ke dapur untuk mengambil semangkuk ais dan tuala.Teringat pula akan kejadian yang aku menyangka Encik Buaya pencuri.Aku tersenyum sendirian.Perlahan-lahan aku menuamkan ais ke muka Encik Buaya.Mungkin kesakitan yang perit yang menyebabkan Encik Buaya tersedar.Dengan terpisat-pisat ,Encik Buaya bangun.Aku menundukkan wajah.Tak sanggup berhadapan dengannya.

'Qis buat apa ni?' tanya Encik Buaya lembut sambil memegang wajah aku.Aku terasa sedikit.Dah lebam mulut tu,kau masih lagi lembut dengan aku.

'Abang,maafkan Qis.Qis tak sengaja marah dan tampar abang.'kata aku sambil memeluk Encik Buaya.Aku menangis semahunya.Encik Buaya membalas pelukan aku.Aidil tersenyum.Kelakuan Dhia telah menyebabkan hatinya tergugat.Aidil merenggangkan pelukannya dan mengesat air mata Dhia.

'Sini,Qis tuamkan luka tu,' Aidil mengerang kesakitan.Sabarlah Encik Buaya.Sikit je pun.Itupun nak menjerit macam perempuan.Aidil memegang tangan Dhia.Sentuhan Dhia tadi menyebabkan dirinya terbuai.Mata mereka bertemu untuk beberapa saat.Aidil mula mendekatkan wajahnya kepada Dhia.

'E..er.rr..Abang,Dhia nak mandi dulu.Jangan lupa angkat bagasi itu tau,' Aidil hanya mengangguk.Dee sabar.Jantung aku ni kalau hari-hari macam tu boleh kena kes jantung berlubang.Dhia tersenyum.Senyum yang penuh makna.

Selesai mandi,Dhia menyediakan makan malam.Dia bernyanyi kecil untuk menghilangkan rasa takutnya sementara Aidil tengah mandi.Tiba-tiba pinggangya diraih.Tahulah dia siapa gerangan yang memeluknya.Takkan lah hantu.Dia nak tepis tak boleh juga.Ingat pesan mama Dee.Dhia hanya menggunakan singlet dan seluar pendek.Aidil mula tak keruan.

'Sayang ,masak apa?Kenapa pakai seksi?Tak malu ke?Oh,abang tahu.Sebab dah tak malu lagikan.Abang dah nampak semua tu masa Qis mandi.'Aidil ketawa lalu membenamkan wajahnya di bahu Dhia.Ish aku lukuk kan Encik Buaya ni nanti.Meremang bulu aku dibuatnya.

'Saya masak apa-apa aja yang ada.Lagipun belum beli apa-apa barang dapur,'jawab aku sambalewa sambil melepaskan pelukan Encik Buaya.Pertanyaan Encik Buaya tidak Dhia jawab.Nak jawab apa?Memang itu baju dia.Takkan pakai baju kurung.Aidil tahu Dhia rimas.Jual mahal betul Dhia ni.Aidil menawarkan diri mencuci pinggan mangkul.Tiba-tiba je dia ni.Mengampu aku lah tu.

'Sayang masuk bilik jom,'pertanyaan Aidil membuatkan aku melopong.Takkan dia..Ish,aku belum ready lagi.Mak,tolong Dee.Aku memejamkan mata.Mulut aku terkumat-kamit.Aidil meledakkan ketawanya .Aik?Kenapa pula dia ketawa?Aku membukakan mataku.Aku ada cakap benda lucu ke tadi.

'Sayang ni dah kenapa?Dah macam apa abang tengok.Nak santau orang ke?Oh,I see.Sayang ingat abang bawa sayang first night yee'Aidil menghabiskan sisa ketawanya.Aku memasamkan muka aku.Nasib baik kau laki aku.Kalau tak koma kau aku tendang.Kaki aku ni kaki besi.

'Dah,Tak comel sayang buat muka macam tu.Abang bawa sayang naik sebab nak tengok hadiah perkahwinan kita,'Aidil terus menarik tangan Dhia.Dhia hanya menurut sahaja.

'Abang,penatlah Dhia buka.Hadiah pun asyik yang sama sahaja.Baju baby.Ish,pening lah.'omel Dhia sambil membuka hadiah yang lain.Ada juga menghadiahkan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.Mereka ingat tenaga batin aku ni ciput ke?Mana pula Encik Buaya ni? Tadi beriya sangat nak buka hadiah.Sekarang?Lesap pula entah kemana.Tangan Dhia diraih dari belakang.Eh,sejak pula bula dia kat belakang.

'Abang nak sayang simpan hadiah ini baik-baik,'Terus diikatkan sebuah gelang yang bewarna perak.Ada yang menarik matanya.Nama Encik Buaya ditempa pada gelang itu.Tengku Aidil Farhan.Gelang apa ni? Pakai kunci pula.

'Sayang tahu,ini gelang Cartier.Gelang ini gelang kekasih.Ini tanda cinta kita.Kalau sayang pakai gelang ini,maksudnya sayang janya milik abang sebab ada nama abang pada gelang itu.Kalau sayang rosakkan atau sengaja buka maksudnya sayang tak cintakan abang.Hanya kunci yang betul boleh buka gelang tu.Kunci itu ada pada abang.Selagi hayat abang masih ada,abang nak gelang itu masih ada di tangan Qis.'penerangan Encik Buaya membuat aku terharu.Aku sayang Aidil?Aku menidakkan perasaan aku.Encik Buaya itu Buaya Darat.Kau suka dia,kau masuk perangkap dia.

'Kalau ini gelang kekasih.Abang punya ada ke?Mana dia?'acuh tak acuh pertanyaan aku.

'Ini,'Aidil menayangkan tangannya di muka Dhia.Dhia yang terdiam dari tadi terus ketawa terbahak-bahak.Aidil mengerutkan dahinya.

'Perempuan pakai gelang nampak ayu,Lelaki pakai gelang nampak mak nyah,'Ketawa Dhia yang tiada penghujungnya mengundang kemarahan Aidil.Dhi terus berhenti ketawa.Marah ke dia?Aku gurau je.Aidil yang berpaling ke belakang tersenyum.Conform Dhia sangka dia marah.Aik? Kenapa dia tak pujuk aku?Aidil berpusing ke belakang.Matanya terbeliak.Matanya tertumpu kepada satu susuk tubuh yang terbaring.

'Qis.Sa..sayangg.Kenapa ni?'Aidil mengocang-gocang Dhia.Air matanya yang tidak dapt dibendung mengalir membasahi pipi.

'HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHA, Tau takut.Ingatkan dah nak bertukar jadi singa tadi.'Dhia yang berpura-pura pengsan itu ketawa melihat gelagat Encik Buaya.

'Sayang ni jangan buat abang macam itu lagi tau,' kata Aidil sambil mencubit pipi Dhia.Nakal betul isterinya itu.

'Yelah.Maaf tau abang,'pinta Dhia sambil mencium tangan abangnya.Aidil terus mendukung Dhia ke atas katil.Dia tahu isterinya belum lagi bersedia.Malam itu Dhia tidur beralaskan lengan Aidil.Semoga perkahwinan aku kekal hingga ke akhir hayat.Doa Dhia dalam hati.

Buaya Darat vs Ulat BukuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora