Bab 35

37.9K 1.2K 16
                                    

Bunga ros merah berada di atas mejanya dipandang.Hari-hari Dhia mendapat bunga yang sama tetapi tanpa nama pengirim.Nak sangat jadi secret admire kan?Hambik kau.Dalam sampah lah kau tinggal.Aku tak main lah bunga-bungaan ini.

'Risya,kau tahu siapa hantar bunga tadi?'Dhia meletakkan bukunya dia atas meja.Aku boleh gila kalau hari-hari dapat bunga.Boleh 365 bunga aku dapat.Tolak dengan cuti semester ,cuti umum.

'Dee,manalah aku tahu.Aku 24 jam berkepit dengan kau.Takkan aku tahu,'Betul juga apa yang Risya cakap.Kalau aku tahu,memang aku lumat-lumatkan dia dengan kepala dia.

Aku menuju ke perpustakaan petang itu.Risya pula tidur kat hostel.Hobi dia kan?Aku? Baca buku.Lagipun perpustakaan memang tempat favourite aku.Ulat buku memang partner dia Library lah.

Dari jauh aku dapat melihat ramai orang datang.Mata aku meliar mencari tempat duduk.Penuh.Penuh dan...Kosong.Tapi,ada lelaki pula.Familiar betul wajah dia.Dia sendiri.Selalunya dia dengan kawan dia.Aku memberanikan diri duduk dihadapannya.

Alahai,budak nerd.Rambut berbelah.Cermin mata dia amboi.Dah macam lalat.Besar siot.Aku melemparkan senyuman.Hah!Gempa bumi ini.Aku yang mahal senyuman pandai pula senyum.Takpa.Hari ini sahaja.

Dia tidak membalas senyuman aku.Hampeh!Sombong punya jantan.Aku punyalah baik senyum.Dia bagi jelingan maut.

Strett!Lelaki itu bangun dari kerusi.Tangannya lincah menyusun buku.Aku hanya memerhatikan dia sahaja.Takkan nak blah kot?Apa aku peduli bukan sesiapa pun.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now