Bab 32

36.5K 1.4K 66
                                    

Aku menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin.Aidilia masih setia memegang tangan aku.Perlahan-lahan aku menekan loceng rumah Aidil.Agak lama aku berdiri di luar,gate rumah tersebut terbuka sendiri.Aku mengambil bagasi dan menapak ke arah Villa Aidil.Rumah itu baru dibelinya aku rasa.Halaman rumah not bad.Pencinta alam sekitar mungkin.Ayah dan Ibu Aidil semalam pula berkunjung ke rumah aku.Rajin pula kan? Bila dengar khabar dia dah ada cucu sibuk pula datang.Dulu bukan main tak dipandang keluarga aku.

'Sayang,kenapa termenung?,'Aku terkejut dengan sapaan Aidil.Aku lantas cuba menyembunyikan reaksi aku tadi dengan memalingkan wajah aku ke arah..... SWIMMING POOL!!!!What the heck? Dah tahu aku tak pandai tak arif berenang dia bela pula binatang bernama Swimming Pool tu?

'Comel lah sayang buat muka macam tu,'Aidil mencubit pipi aku.Aku terkejut terus menepis tangannya.Adilia sudah masuk aku rasa.Sedari tadi aku tidak melihat bayangannya.

'Asal pula 'berbesar hati' taruh swimming pool dekat situ,'Aku memjuihkan bibirku ke arah kolam renang yang agak besar itu .Lebih besar dari rumah Bella yang dulu dan rumah ibu bapanya.Ohya? Bella.Cerita pasal Bella ,dia dekat mana pula sekarang?

'Sebab kalau sayang buat saya marah,saya lemaskan sayang terus,'Aidil ketawa dengan ayatnya sendiri.Lucu ke?Aku tak pun rasa lucu dengan setiap ayat dia.

'Lemaskan lah saya.Saya mati terus bolehlah awak cari ibu tiri Adilia.'Aku menjawab acuh tak acuh.Mataku masih lagi lekat ke aeah Kolam renang tadi.Aik senyap pula dia?Tidak lama seletika,aku merasakan nafas Aidil hangat menyentuh dahiku.

Perasaan aku...macam dulu.Bila dia mendekati aku apabila aku tidak mahu memanggilnya abang. Completely sama.Aku memejamkan mata aku.Apa nak jadi,jadilah.Kalau tak aku bagi siku kat dia nanti.

'Sayang...'Aidil memanggil aku dengan lembut.

Desahan nafas Aidil tidak menentu.Kalau dia sentuh aku ,aku masih bertimbang rasa.Ini kalau dia berani macam-macam aku rasa kema pakai gigi palsu kau ini Aidil.Dhia masih terkaku.

"Sayang,jangan cakap macam itu,'Aidil menunjukkan kerisauan di wajahnya.Risau?Dulu bukan main lagi nak sangat suruh aku pergi.Sekarang pandai pula dia risau.

'Saya cintakan sayang.Takkan berubah walau sikit pun perasaan saya,'Aidil mula memegang tangan aku.Aku terbuai seketika.Sentuhan dia masih tak berubah.Aku lantas menarik tangan aku.

'Listen here,Mr.Aidil. Awak jangan ingat dengan senangnya saya berbaik dengan awak.Awak jangan ingat saya akan cair dengan semua layanan awak.4 tahun Aidil. 4 tahun awak pergi tanpa berita.Sekarang awak nak balik lagi? Kalau bukan sebab Lia, berdiri dekat dengan awak saya pun tak ingin!!'Dhia sudah menjerit. Nafasnya sudah tidak teratur akibat terlalu marah.Dia berura-ura ingin memasuki rumah.Tetapi pantas dihalang oleh Aidil.

'Sayang,Im so sorry .Abang tahu abang salah.Please jangan buat abang macam ni.Kalau boleh abang putarkan masa,abang nak sangat.' Aidil sudah memeluk Dhia.Dhia meronta-ronta meminta dilepaskan.Apabila Aidil tidak mahu melepaskannya,Dhia terus memijak kakinya.

'Ouch!' Walaupun mendatar tetapi cukup didengari oleh Dhia.

'It's hard Aidil.Perkataan maaf awak takkan cukup dibandingkan dengan semua.Ayah saya dah meninggal.Keluarga awak langsung tak hiraukan saya.Langsung tak jenguk saya.Kalau awak benci sekalipun dengan saya,at least awak tunjukkan rasa hormat pada ayah saya.'

Aidil terdiam sejenak.Bukankah Dhia yang tidak mahu dijenguk.Aidil dan keluarganya memang ingin menjenguk arwah Encik Hisham.Tetapi ditegah oleh Bella.Kata Bella ,Dhia tidak mahukan pertolongan Aidil.Ataupun....Bella menipu!!

'Sayang,look.I can explain.Masa tu...'

'Alasan!Semua yang awak bagi alasan untuk menutupkan kesalahan awak.Ayah saya dah meninggal keluarga awak langsung tak jenguk dia dulu.Adilia? Saya besarkan dia tanpa ayah.Tanpa awak Aidil.Saya bertarung nyawa lahirkan dia tapi suami saya? Berfoya-foya dengan perempuan lain.Bella.Layakkah awak bergelar suami Aidil? Dulu saya cuba terangkan tapi awak tak pernah bagi peluang.Sikit pun tidak.Sekarang saya perlu bagi awak peluang? Tak Aidil.Adilia anak saya dan takkan jadi anak awak.Awak pengecut!'Dhia sudah menjerit.

'Pangggg!'Satu tamparan hinggap di pipi Dhia.Dhia terjelopok ke belakang.Pipinya hangat apabila ditampar.Darah mula pelarengalir di mulutnya.Aidil?Aidil menamparnya.Wajah Aidil yang tegang mula kendur.Isterinya ditampar olehnya.Tak.Mungkin.

'Sayang,abang minta maaf,'Terketar-ketar suara Aidil.Adilia cuba mendekati Dhia.Tetapi tubuhnya ditarik.Adilia?

'Jangan pergi dekat mama.Papa jahat.Papa pukul mama,"Adilia teresak-esak.Dia berlari mendapatkan Dhia dan memeluknya

'Lia,papa minta maaf.Papa tak sengaja,'Aidil sudah menangis.Dia tidak merancang semua ini.

'Papa jahat!Patutlah papa tak pernah ada dulu.Papa tak sayangkan mama dan Lia,'Adilia mula meraung.Dhia memeluk anaknya.Hatinya sedih mendengar apa yang diluahkan oleh anaknya.

'Dengar cakap mama Lia.Lia nak bilik atas,'Pesan Dhia yang menahan esakannya.Adilia masih memeluk Dhia.

'Lia,nak dengan Mama.'Dhia terus bangun perlahan-lahan.Wajah sugul Aidil ditatapnya.

'Dalam minggu ini,kita bercerai.Awak dengan hidup awak,biar saya dengan hidup saya.'Dhia terus berlalu pergi ke biliknya.Aidilia dikendongnya.Hatinya sebak .Kenapa mesti Bella yang menghancurkan rumah tangganya.Andai dulu Aidil tidak terburu-buru semua ini takkan terjadi.

Aidil menjerit geram.Dinding rumahnya ditumbuk.Tangannya berdenyut-denyut kesakitan.Dia menyesal dengan tindakannya dahulu.Tapi apakan daya Nasi sudah menjadi bubur.Aidil mencapai kunci kereta lalu keluar daripada rumah itu.


Dhia terbangun apabila merasakan kakinya ditindih.Dia membukakan matanya perlahan-lahan.Lasak betul Adilia tidur sampai kaki aku dipeluknya.Kepalanya pening akibat terlalu kuat menangis lalu tertidur.Perlahan-lahan dia bangun.Matanya merlirik ke arah jam dinding.Pukul 8 malam.Dhia menuju ke dapur untuk minum.Tekaknya haus.Nasib dia dan Adilia sudah makan.Jadi tak adalah perut itu menyanyi.Aik? Sunyi pula rumah ink.Ohya!Baru dia ingat Aidil sudah keluar tadi.Eleh released tension lah tu.

Terdetik di hatinya ingin masuk ke bilik Aidil.Perlahan-lahan dia berjalan.Takut Adilia terbangun.Pinty dikuak perlahan.Dhia meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu.

Klik.Lampu terpasang menerangi bilik Aidil.Dhia tergamam.

Gambar perkahwinan mereka dilekatkan di dinding.Aku tak tahu itu saiz berapa R tapi cukup besar.Dan diikuti dengan beberapa gambar kecil yang tergantung cantik mengelilinginya.Semuanya gambar mereka berdua.Dhia mula sebak.Dhia menuju ke arah meja.Gambar Aidil dicapainya.

'Abang,Dhia rindukan abang.Dhia rindukan kita yang dulu.Kenapa buat Dhia macamni,'Dhia memeluk gambar Dhia lalu menangis teresak-esak.Sungguh dia rindukan Aidil.Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah Aidil jelas kedengaran.Dhia meletakkan gambar Aidil dan laju kakinya melangkag keluar.Dia memasuki bilik Adilia dan berpura-pura tidur.Bunyi derapan kaki jelas kedengaran.Aduh apasal pula nervous ini.Macam pencuri masuk rumah rasanya.Pintu dikuak perlahan.Wangian Aidil menusuk ke hidung.

Kepala Dhia diusapnya perlahan.Raut wajah Dhia yang tidur menenangkan hatinya.

'Sayang,abang rindukan sayang.Terlalu rindu,'Aidil meluahkan rasa rindunya .Dahi Dhia dikucup perlahan dan lama.Dia keluar daripada bilik itu kemudiannya.

Dhia membukakan matanya.Dahinya disentuh lembut.Dhia memejamkan matanya.Air matanya mengalir perlahan-lahan.Dia rindukan Aidil.Dan menginginkan kebahagian bersama Aidil.Tapi.Mampukah dia memaafkan Aidil?Dhia memejamkan mata lalu terlena seketika.

Buaya Darat vs Ulat BukuWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu