Bab 2

73.3K 2.8K 51
                                    

          Aku mencapai novel yang berada di atas mejaku.Memang hobiku membaca buku sejak dari kecil lagi.Aku akan membawa novel ke mana-mana sahaja aku berada.Sebab itu lah orang sekelilingku kerap memanggilku 'Ulat Buku'.Rak aku memang dipenuhi oleh novel-novel cinta.Aku yang khusyuk membaca novel diganggu oleh deringan mesej daripada Risya.Memang dalam sehari tak sah jika telefon aku tidak mendapat mesej daripadanya.Aku membuka mesej daripada Risya.

'Dee,jom keluar.Aku boring duduk kat rumah.Kau temanlah aku makan.Aku lapar ni*wink wink'

Aku tersenyum sendirian.Risya memang suka menggunakan perkataan wink wink apabila memujuk aku.Aku membalas mesej tersebut lalu bersiap siap untuk keluar

'Kau ni bab nak ajak aku keluar memang suka wink wink kat aku.Nasib baik kau ni comel.Yalah,aku ambik kau kat rumah.'

    Malam ini ,aku hanya mengenakan T-Shirt hitam dengan tulisan dan seluar jeans.Rambut ku dibiarkan lepas ke paras pinggang.Aku menyarungkan sneakers dan terus memecut ke rumah Risya yang terletak di Permai Jaya.Perjalanan ke rumah Risya hana mengambil 30 minit sahaja memandangkan rumah aku terletak di Jalan Apollo.Sampai di rumah Risya, aku melihat kelibat Risya mencium tangan ibunya.Terbit rasa sedih dihatiku.Alangkah indah kalau ibu masih hidup.Aku sempat menghadiahi senyuman kepada ibu Risya.Ibu Risya sudah ku anggap ibuku sendiri.Ini kerana,aku sudah lama berkawan dengan Risya sejak kecil lagi.Sering juga aku berkunjung ke rumah Risya ketika ibuku masih hidup.Dulu aku tinggal berdekatan dengan Risya.Selepas ibuku meninggal ,ayah telah membeli sebuah rumah di Bukit Lima.Tetapi oleh kerana aku suka hidup berdikari aku menyewa di rumahku kini.Aku terkejut dari lamunan apabila mendengar bunyi pintu ditutup.

'Kita makan kat mana?' tanya aku sambil menghidupkan enjin kereta.

'Dee, kita makan kat tempat biasa.' jawab Risya sambil membelek wajahnya di telefon bimbitnya.

Perjalanan ke Popular dipenuhi dengan coletah Risya yang rancak bergosip akan artis tempatan.Perasan jadi wartawan pula minah ni.Dia memang suka bercakap.Kalau dibagi 30 saat untuk bercakap ,conform takda noktahnya.Kami tiba di destinasi tepat jam 8 malam.Popular mula dipenuhi dengan pelanggan muda sahaja.Aku memesan Teh C Peng sahaja manakala Risya memesan Milo Ais dengan Nasi Goreng Kampung.Aku hanya menjadi pemerhati sahaja.Risya makan dengan lahapnya.Macam tak makan setahun.

'Eh,Risya.Aku nak pergi toilet.Kau tunggu kat sini.'kataku sambil mengambil beg sandangku.Risya hanya menganggukan kepalanya.

  Aku mencari-cari telefon bimbitku di dalam beg sandangku.Tiba-tiba, aku terlanggar seorang pelayan yang berada di hadapanku menyebabkan minuman yang dibawanya jatuh dan menimpa baju seorang pelanggan.Terkejut beruk pelanggan itu.Aku rasa bersalah dan cuba mencari sapu tangan.

' Excuse me,sir.It was my fault .Im so sorry.'kataku sambil mengelap bajunya.Aku hampir menangis melihat kelalaian aku.Masakan tidak,boleh pokai aku kena saman.Mana tau,dia anak orang berkedudukan tinggi.Tapi tak mungkinlah.Inikan kedai biasa-biasa.

'Awak??'balas lelaki tersebut.Aku kenal suara ni.Suara yang buat aku naik angin satu badan.

' Tak sangka cik yang sombong ni boleh minta maaf kat saya,Encik Buaya' Dia terus mematikan ayatnya dengan ketawa.Makin sakit pula hati aku melihat kawannya yang lain turut ketawa.

'Eh,Encik Buaya.Kalau saya tahu orang tadi ialah encik memang takkan saya minta maaf.Padan mula encik.Seronok mandi air milo?' Balas aku dengan hati yang panas.Senang hati makbapak dia kata aku sombong.

'By The Way, nama cik sapa? Takkan tak nak kenal dengan saya.' Balas dia dengan senyuman yang aku benci nak tengok.

  Belum sempat aku nak menjawab.Risya sudah menerpa ke arah aku.

'Dee ,lama sangat kau..Oops .Eh,ni bukan Encik Buaya semalam ke'Kata Risya yang separuh menjerit.

'Oh ,nama cik D ye. D apa? Dimana mana nak marah orang?'Ketawanya seakan-akan mencabar kesabaran aku.Aku terus membaling sapu tangan dan menyimbah air yang berada di atas meja tepat ke arah wajahnya.Raut wajahnya terus tegang melihat tindakan aku.Rakan- rakannya yang lain tergamam.Risya pula melopong.

'Kalau nak cari lawan.Cari lah lelaki.Jangan dengan perempuan.Buat malu je. Anyway,chao dulu Encik Buaya ' Sempat aku menghadiahkan senyuman yang aku buat-buat manis untuknya.Aku terus menarik tangan Risya yang sudah menjadi batu sejak dari tadi.

  Tengku Aidil Farhan tergamam.Dia terus terpaku seketika melihat senyuman Dee.Dia kenal senyuman itu.Ingatannya yang mula  mengorek kisah silamnya namun gagal.Dia mengambil sapu tangan Dee dan matanya tertumpu kepada sesuatu.

'Milik Dhia Qismina'

'Qis.Aku dah jumpa kau' getus hatinya.Dia yakin seratus peratus Qis ialah orang yang dia cari.Tengku Aidil Farham mula mengatur langkah meninggalkan Popular.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now