Bab 5

53.2K 2.1K 12
                                    

Sudah seminggu aku tinggal di rumah Tengku ni. Rumah Tengku yang ala-ala istana ni memang cantik.Tangga kaca yang berselang-seli cukup menampakkan kerabat diraja Tengku.Sofa yang bewarna keemasan memang menonjolkan identiti Tengku.Dah macam cerita Midas dengan Sentuhan ajaib.Hampir seluruh barang disini bewarna emas.Aku tak ada lah buat banyak kerja disini kerana Tengku dan isterinya belum balik outstation .Anak dia lagilah .Berfoya-foya aku rasa.Kalau dia anak aku ,dah lama aku tenyeh-tenyehkan kepala dia tu.Tak cukup brainwaish, dengan dia sekali aku masukkan dalam washing machine.Biar bergeliga otak dia.Hihihi..Tinggi betul angan-angan aku ni.Entah bila Mak Jah datang ,mengejutkan aku dari mimpi aku.

'Dee, hujung minggu ni, Dee terpaksa kemas rumah ni seorang diri.Anak saudara Mak Jah nak kahwin.Mak Jah kena datang.Dee jaga diri.Kunci semua pintu rumah'sopan Mak Jah berbicara.Senyumannya tak lekang di bibirnya.

'Takpa lah Mak Jah.Dee tahu jaga diri.Jangan risau lah Mak Jah.' aku membalas kata-kata Mak Jah dengan tabik spring.

Sunyilah aku lepas ni. Tak ada kawan nak diajak berborak.Mak Jah sudah ku anggap seperti ibuku sendiri.Anak Mak Jah sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.Sungguh tabah wanita tua dihadapanku ini.Sudah lah anak nya meninggal dunia ,tak lama selepas itu suaminya meninggal dunia.Pak Mat merupakan suami kedua Mak Jah.Apapun aku doakan kebahagian Mak Jah .

Aku masuk ke dalam bilik tidurku yang berada di sebelah dapur.Bilik itu agak besar untukku sebagai pembantu rumah.Aku terus menyikat rambut dan melabuhkan punggung ke katil.Aku mencapai novel lalu membacanya.Minat ku membaca novel timbul apabila ibuku menghadiahkan aku novel pada ulang tahun ku yang ke-15.Selama ini aku hanya membaca buku fiksyen yang betkaitan dengan sains.Boleh lah menambahkan ilmu aku.Sesekali aku menjeling telefon bimbit.Rambutku yang panjang merimaskan aku apabila ditiup angin .Ayahku tidak membenarkan aku mengunting rambutku.Aku tidak ingin pula menanyakan sebab.Telefon ku berdering.Memang panjang umur ayahku.

'Hallo ayah,kenapa telefon Dhia malam-malam ni. Dah lewat sangat ni.' Sempat aku melihat jam yang berada di dinding bilikku.Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

'Dhia,Dhia kat mana?Ayah tadi pergi rumah Dhia.Tapi dia takda pun.Yang ada kereta Dhia aje.' Pertanyaan ayah mematikan senyuman aku.Dahiku berkerut ingin mencari alasan yang sesuai.Ayah ni memang selalu buat surprise untuk aku .Tapi salah hari dia nak surprisekan aku.

'D..Dhia dekat rumah kawan.Mak dia ada buat sedikit kenduri kesyukuran.Ayah kenapa nak pergi rumah Dhia tak bagitau? Kan dah susah.' Bebelan panjang lebar aku dimatikan dengan ketawa ayah.Memang ayahku seorang yang ceria.Sejak kematian ibu Encik Hisyam Raden tidaklah seceria yang dulu.

'Ya lah Dhia.Ayah nak tidur ni. Dhia jaga diri ye? Selamat Malam,' Ayah terus mematikan panggilan.Aku berfikir sejenak .Hari ini hari Khamis.Jadi lusa Mak Jah dah berangkat.Takut pula aku dibuatnya sendiri.Rumah Tengku ni besar .Kot ada sesuatu yang tak patut dengan niat datang melawat aku tapi tak diundang.Mati free dibuatnya.Aku terus meneruskan niat membaca novel yang dari tadi tidak berganjak muka suratnya.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now