Bab 3

66.4K 2.3K 63
                                    

'Wei Dee,kau simbah muka laki yang tadi tu.Terbeliak biji mata aku tau.Pergh,berani betul kau ni dalam diam.Macam jantan aku tengok.Kau tomboy ke?' ujar Risya sambil menunjukkan reaksi matanya.

Amboi,senang hati dia cakap aku tomboy.Aku hanya mendiamkan diri.Malas pula aku bersuara.Rasa bersalah mula bersarang dalam hati aku.Tapi bukan salah aku.Salah dia lah pandai-pandai tukarkan nama aku.Aku rasa macam pernah je tengok muka lelaki tu.Macam familiar aku tengok.Mungkin masa aku belajar kat Uitm Kuching,Sarawak dulu kot.Mana lah tahu sama universiti dulu.Yalah ,dah dua tahun aku graduate.Umur pula meningkat.Dah boleh pegang pangkat ibu rasanya.Bila nak kawin?Ish,kesitu pula aku ni.

Farhan berbaring di atas katil saiz King yang berwarna emas.Tangannya mengenggam sapu tangan milik wanita yang bermain-main di fikirannya.Dia mula terbayang akan tindakan berani Dee tadi.Rambut Dee yang panjang mengurai kelihatan sesuai pada wajahnya yang agak bujur.Tiada cacat cela di wajahnya.Lesung pipit wanita itu menambahkan lagi kecantikkannya. Memang ideal type lelaki.Senyuman Tengku Aidil Farhan mula terukir.Dee ohh Dee~

'Eh,Aidil.Kau tak nak cakap dekat Qis ke perasaan kau?'Syafiq Haikal mula bertanya.Siang malam dia melihat Tengku Aidil Farhan menjadi spy tak bergaji meninjau Dhia Qismina dari jauh.

'Kau ni. Kalau aku bagitahu dia perasaan aku,kes naiya tu. Kau tau kan Qis memang tak suka lelaki suka kat dia.Memang dia akan jadi blacklist terus nama aku.'Balas Aidil yang khusyuk menikmati mee goreng yang dipesannya.Dia masih ingat lagi seorang lelaki menyatakan hasrat hatinya kepada Qis.Apalagi terus jadi blacklist nama dia.Kalau terserempak memang Qis sanggup patah balik semata-mata tak ingin berjumpa dengannya.

'Apa kau cakap?Qis tak suka lelaki suka dia?Eh,dia lesbian ke?'Soalan Syafiq aku balas dengan jelingan tajam.Gila ke apa.Ada ke patut Qis dilabel sebagai lesbians. Memang minta maut lah Syafiq kalau Qis tahu yang dirinya digelar suka dengan jantina yang sama.

Aidil terkejut dari mimpinya.Dia meraup wajahnya beberapa kali.Jam menunjukkan pukul 2.50 pagi.Dia baru teringat yang dia tertidur akibat terlalu asyik memikirkan perempuan yang dulunya pernah bertahkta di hatinya.Sejak dia berpindah universiti kerana ayahnya ingin dia belajar di Kolej,dia menjadi seoarang kaki perempuan kerana tidak mahu sesiapa pun menggantikan tempat Qismina.

Dee mula bersiap-siap untuk mencari kerja.Sementara menunggu tawaran untuk sambung belajar,dia ingin mencari rezeki.Dia tidak mahu mengharapkan duit pencen ayahnya yang dulunya seorang tentera.Dia mahu hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan sesiapa.Ayahnya merupakan anak tunggal jadi dia tidak mempunyai saudara-mara .Saudara-mara sebelah ibunya pula tidaklah rapat dengannya semenjak dia berpindah ke Sarawak.Dia mengambil telefon bimbitnya dan mula mencari nombor telefon Risya.

'Oi,Risya.Kau teman aku cari kerja jum.Aku belanja kau makan nanti.'saja Dee menggunakan taktik belanja makan.Dia bukannya tak kenal Risya.Sebut pasal makan,terus berdiri telinga.Memang tabiat Risya suka makan.Aku pula seperti biasa baca buku.Tapi kini aku jarang membaca kerana sibuk mencari kerja.Aku terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke rumah Risya.Jangan pandang sebelah mata.Aku pandai drift kereta tau macam dalam cerita Fast n Furious. Ini Dee lah.

'Dee,apa kata kau jadi pembantu rumah?' idea Risya yang kurang bernas membuatkan aku mengerutkan dahiku.Pembantu rumah?Dah masuk air ke otak minah ni?Aku yang cantik meletup ni jadi Pembantu rumah.Memang tak lah.

'Kau ni dah sewel ke Risya oiii?Pasai apa aku nak jadi pembantu rumah?'

'Bukan apa.Kalau kau jadi pembantu rumah ni .Kerja tak berat.Sekali-sekala kau boleh baca buku kalau ada free.' Bernas juga idea Risya.Aku memang tak tahan penat .Mulah lah penyakit asma aku datang.Tapi kalau ayah tahu aku nak jadi pembantu rumah, boleh kena serangan jantung ayah aku.Ish ,tak nak aku jadi anak yatim piatu.

'Boleh pakai juga idea kau.Kalau aku jadi pembantu rumah,rumah siapa aku nak bantu?' Saja aku memberi soalan klisye dekat Risya.Nak sangat aku jadi pembantu rumah.Kau cari lah sendiri.

'Yang tu kau jangan risau.Kebetulan kawan mak aku ni cari orang yang nak tolong dia.Tu yang mak aku baik hati sangat nak suggest aku pula.Kau tahu kan aku ni pemalas.Basuh kasut sekolah pun 6 bulan sekali.Ini pula nak cuci satu rumah.Lainlah kau.Kau ni rajin sejak azali lagi.Ada ke patut dia suruh aku.Sebab tu aku bagi peluang keemasan ni kepada Kawan baik aku ni.Hahaha...'Terbeliak bijik mata aku mendengar terangan Risya.Bertuah punya kawan.Hampeh.

Tapi,bagus juga.Tak adalah aku bosan sangat asyik terperap kat rumah.Maka esok,aku akan jadi pembantu rumah.Hahaha.Gila pula ketawa sorang diri.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now