Bab 25

36.4K 1.1K 20
                                    

Dhia menyediakan baju Aidil lalu dimasukkan ke dalam bagasi hitam Aidil.Pelik pula dalam hatinya.Takkan ada outstation.Dah lah selama seminggu.Aidil pula asyik dingin je dengan aku sejak dua menjak ini.Ditanya panjang lebar boleh buat karangan ,dijawabnya sepatah.Amboi.

Aidil hanya memandang Dhia yang sibuk menguruskan bajunya.Fikirannya buntu.Dia rasa bersalah membohongi Dhia.Tapi apa yang boleh dia buat ,duduk diam melihat isteri curang?Tidak.Dia ingin melihat kecurangan Dhia dihadapan matanya.Otaknya masih ligat dengan cerita Bella tempoh hari.

'Aidil,boleh I duduk?'Bella sudah duduk dihadapan Aidil tanpa banyak bicara.Matlamatnya hanya satu.

'You ada 5 minit.I tak ada masa,'Aidil mengalihkan pandangannya ke arah Bella.Matanya tajam merenung wajah Bella.

'Aidil,I datang sini bukan nak porak-porandakan hubungan You.I datang dengan niat sebagai kawan.I kesian kat You.'Bella memasang perangkapnya.Dia yakin Aidil akan termakan umpannya.

'Apa maksud You?I tak suka teka-teki.You bagitahu straight to the point atau I berambus,'Aidil sudah mahu berdiri.Sial punya jantan.Kau berani pijak aku.Bella merengus seketika.

'You nak berambus?Berambuslah Tengku Aidil Farhan.Kalau you berambus,I bet sampai You mari ,you takkan sedar isteri you curang,'Bella tersenyum sinis.Raut wajah Aidil berubah tegang.

'What are you talking about??You cakap isteri I curang? You tak ada bukti nak tuduh.Guess what?I tahu You sebenar nak pisahkan I dengan Qis.Haha.You ingat I nak percaya cakap you?I don't think so Nur Nabella,'Aidil menunding jarinya ke wajah Bella.Nafasnya turun naik kerana terlalu marah.Bella menepis tangan lelaki itu.Dia mula bergerak ke belakang Aidil.

'You memang takkan percaya apa I cakap.Tapi Aidil ,biar gambar berbicara.'Bella yang berbisik lembut di telinga Aidil mula menayangkan sebuah gambar di telefonnya ke arah muka Aidil.Wajah Aidil kendur.Gambar Dhia berpelukkan dengan lelaki lain.Tak mungkin.

'I tak sangka You sanggup upah orang buat gambar macam ni ,Bella.Ini memang seiras Dhia.But ,I know itu bukan Dhia,'Aidil menidakkan perasaan buruknya.Biarpun hatinya hancur berkecai.Terdapat 3 gambar Dhia dengan lelaki yang berbeza.

'Listen to me Aidil.I tak paksa You nak percaya.Tapi ,anak yang Dhia kandung tak semestinya anak You.Mungkin ada sikit.The truth ia,Dhia is cheating behind you.'Bella menusuk lagi jarumnya.Sikit lagi Aidil akan percaya.Tinggal satu langkah lagi.

'You jangan cakap sebarangan.Or else,saya akan bagitahu Papa you apa yang you cuba buat.Rosakkan rumah tangga orang,'Aidil mengenggam tangan Bella.Kuat betul genggaman tangan Aidil sehingga wajah Bella merah akibat menahannya.

'Kalau you tak percaya,You ikut rancangan I.I akan buktikan yang Dhia bukan seperti you sangkakan.She is a gold digger Aidil.You yang buta selama ini sebab cinta you tu,'Bella meleraikan pergelangan tangan Aidil.Dia tahu Aidil akan masuk perangkap.

'Abangg?Apa abang ni.Qis tanya tak jawab,'Aidil terus tersedar dari lamunan.Wajahnya diraup.Dia memerhatikan wajah suci Dhia.Gadis yang disayanginya sepenuh hati.

'Abang ni kenapa?'tanya Dhia.Rambut Aidil dikuaknya ke belakang.Aidil hanya mengukirkan senyuman.Perit hatinya jika apa yang Bella katakan betul.

'Sayang,jaga diri tau kalau abang tak ada.'Pesan Aidil sambil memandang ke Dhia.

'Apa abang ni?Sejak dua menjak ni lain benar abang.Abang ada sembunyikan sesuatu dari Qis ke?'tegas Dhia bersuara.

'Atau Qis yang ada sembunyikan sesuatu dari abang?'pertanyaan Aidil mengejutkan Dhia.Dah kenapa Aidil ni?Aku sepak kau dekat muka baru tahu.Biar kembali normal.Ish tak baik Qis.Suami tu.

Buaya Darat vs Ulat BukuOn viuen les histories. Descobreix ara