Bab 11

53.3K 2K 43
                                    

Pagi itu aku bangun awal.Mimpi indah pula malam tadi rasanya.Aku terus mandi dan mengenakan baju kurung berwarna biru lembut.Rambut panjang aku dibiarkan lepas kerana masih basah.Aku meletakkan klip rambut yang kecil berbentuk bunga untuk mengepilkan rambutku yang terjurai.Comel pula aku hari ini.Hahaha..Aku mula menyidai baju di ampaian.Cuaca yang panas itu menyebabkan aku menyepetkan mata apabila menyidai baju di ampaian.Ampaian Tengku ni dah lah tinggi.Dah lenguh leher aku ni asyik dongakkan kepala.Matahari bukan main terik.Orang kaya memang macam tu erk?Asal beli barang nak yang tinggi.Aku dapat melihat Mak Jah menyiram pokok bunga sambil berbual dengan Puan Mariam.Tengku pula awal pagi dah bangun dan bekerja.Encik Buaya?Aku rasa masih atas kayangan.Orang bujang mana nak bangun awal.

Rumah Tengku ni agak besar.Halaman rumah aku rasa boleh buat padang bola sepak.Mana tak nya,lenguh tangan aku menyapu.Kolam renang dia pula dah macam kolam renang dekat dalam televisyen.Ala-ala untuk orang sukan.Naik gerun aku melihat.Aku ni tak pandai berenang.Kalau air dekat paras punggung masih okay.Ini kalau paras dada.Boleh chao terus.Ruang tamu Tengku pula besar.Lebih besar daripada bilik aku yang besar tu.Belum lagi dapur.Dah macam pentas opera aku tengok.Eleh ,pernah ke tengok pentas opera ke Dee.Aku masuk ke dalam bilik dan mengeluarkan novel lalu meluru ke dapur.Aku meletakkan mug yang berisi air milo di atas meja kaca lalu meneruskan bacaanku.Sedih pula aku membaca novel ni ibarat aku heroin di dalam novel itu.Air milo yang panas itu aku hirup perlahan-lahan.

'Haaa cik Ulat ,baca buku lagi,' satu suara menyapa aku.Aku tersedak.Dah macam asma rasanya.Aku terbatuk-batuk tidak dapat menahan perasaan terkejut.Aku terasa ada satu tangan mengusap belakang aku.Aku menoleh.Haaa Encik Buaya.Dia senyum lagi.

'Lain kali jangan gelojoh minum air tu. Kan dah batuk,' Eh salahkan aku pula.Dia yang kejutkan aku tadi.Nasib baik nyawa aku tak melayang.Aku menepis tangan Encik Buaya yang sejak dari tadi hinggap di belakang aku.Main pegang-pegang pula dia ni. Ingat aku ni perempuan sebarang ke?

'Encik Buaya ni tak payahlah pegang-pegang.Saya ni tersedak sebab Encik Buaya lah.Datang mengejut masa saya tengah minum air mana tak nya tersedak.' kataku sambil merenung ke arahnya.Mengancam mata Encik Buaya ni.

'Awak comel lah pakai klip rambut kecil tu,' kata Encik Buaya sambil menujukkan klip rambut aku.Aku pula blushing seorang diri.Apahal pula dia puji aku macam ni. Aku hanya menundukkan wajah aku.

'Encik er..Encik Buaya...' Belum sempat aku menyambung ayatku,Puan Mariam dan Mak Jah datang.Fuhh,aku menarik nafas lega.Nasib baik.

'Haih,dah bangun anak mama.Mama ingat Aidil masih tidur,'kata Puan Mariam sambil menuju ke arah singki untuk mencuci tangan.Mak Jah pula mengambil sayur di dalam peti sejuk.Aku hanya duduk terdiam disiti.Wangian Encik Buaya yang sudah memenuhi ruang otak aku menyebabkan aku terbuai seketika.Ish aku ni .Takkan da pakai wangi pun kau dah gila macam tu. Rileks lah Dee.Aku yang angkat mengejut dari kerusi menyebabkan semua mata memandang ke arah aku.

'Er..Dee nak hantar novel masuk dalam bilik,' kataku sambil menayangkan novel di depan mata mereka.Aku terus menapak ke dalam bilik.Aku menarik nafas seketika.Aku ni asal dengan Encik Buaya pun nak gelisah.Kau dah kenapa ni Dee.Tarik nafas panjang-panjang Dee.Jangan serabut.Telefon ku berdering mengejutkan aku.Ayahhh? Apasal pula ayah telefon aku ni?

' Hello,ayah?Aaa kenapa telefon Dhia pagi-pagi macam ni? Tak pernah-pernah ayah telefon Dhia,?

'Haa ,Dhia.Eloklah kau dah bangun.Ni ayah nak tanya ,apa bidang yang Dhia ambik masa kat Uitm dulu tu dah tak ada tawaran pekerjaan ke sampai Dhia nak jadi pembantu rumah,' Tekak aku terasa dicekik.Apasal ayah boleh tahu ni? Ini mesti mulut celupar Risya.Risa ni kalau disogok dengan makanan ,dengan rahsia kerajaan pun dia boleh sebar sekali.

'Mana ayah tahu? Ni mesti rasuah Risya.Alaa ayah .Dhia kerja pun halal.Dhia kerja ni dulu sebab kesian kat Mak Jah.Kawan ibu Risya.Dia dah tua tau. Lagipun Dhia tunggu ada vacancy lagi kat tempat kerja yang Dhia apply dulu.' Harap-harap termakan dengan alasan aku.Aku dah cakap ,kalau aku tipu sikit memang ayah boleh hidu.Nazak aku dibuatnya jawab soalan bukannya ada noktah.

'Haa,sejak bila jadi baik pula ni. Dulu bukan main malas.Ayah suruh kemas rumah ,sakit pinggnglah,demam lah.Sekarang boleh pula jadi pembantu rumah.Takpa lah kalau macam itu.Jaga kesihatan Dhia.Kalau sakit pergi klinik.Jangan menyorok apa-apa dari ayah.Ingat pesan ayah,'

'Yee ,ayah.Dhia ingat.Dhia minta maaf lah tipu ayah.Memang takda niat punya.Yelah.Dhia nak sambung kerja.Kalau ada apa-apa Dhia telefon ayah lah.' kataku.Terus aku meletakkan telefon.Ayah ini bukan main garang.Aku membebel sendirian.

'Ohh,kau temberang ayah kau yee,'Aku terkejut.Mati- mati aku sambut telefon aku dari jatuh.Aku menoleh ke arah suara itu.Mamat ni memang nak minta flying kick rasanya.Jantung aku yang kebal ini kalau dikejutkan selalu memang lemah lah.

'Encik Buaya ni agaknya tak nak tengok saya hidup lagi ke? Saya punya jantung dah nak terkeluar tau .Terkejut tau saya ni.Sampai hati Encik ni. Saya tak suka lah tinggal kat rumah Encik kalau macam ini,' kata aku sambil acah-acah merajuk.Geli pula tengok muka Encik Buaya berubah kendur.Dah macam muka orang tua pula.Aku ketawa dalam hati.Ketawaku terhenti apabila melihat Encik Buaya makin dekat.Apasal pula ni? Mulut aku lah.Celupar sangat.Peluh aku mula menitik.Jantung aku rasa dah nak tercabut pula.

'Dhia,saya tak suka kalau awak jauh.Saya minta maaf kejutkan awak.Awak janganlah cakap macam itu.Saya tak nak dengar,' Encik Buaya menundukkan wajah sebelum keluar daripada bilikku.Aku tadi cakap apa eh?Aku salah cakap ke?Aku menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal.Dia ni aku tengok makin hari makin pelik.Aku malas nak berfikir terus keluar daripada bilik.Di situ aku dapat melihat Encik Buaya berdiri berdekatan dengan kolam renang.Wajahnya muram.Kasihan pula aku tengok.Macam mati bini ada juga.Aku berfikir sejenak.Aku minta maaf juga lah sebab buat dia susah hati.

'Encik Buaya,saya nak minta maaf.Saya tahu saya tak sepatutnya cakap bukan-bukan.Ye lah,mulut saya ni takda insurans.Cakap main lantak je,' aku berkata jujur.Tengku Aidil tersenyum.Bagus juga pura-pura sedih.Betul andaian aku.Qis pujuk punya.

'Tak apalah.Saya salah juga sebab kejutkan awak.' kata Encik Buaya sambil berdiri.Kiranya koaong-kosong lah ni.Aku mula mengukir senyuman.Aku menapak ke arah Encik Buaya secara perlahan-lahan.Aku beragak untuk berjabat tangan dengannya.Sedang aku berjalan,aku tidak perasan lantai simen dibasahi air.Aku menapak lalu DUSH!!

Tengku Aidil terkejut.Dia melihat Dee jatuh ke dalam kolam renang.Jari Dee terkapai-kapai.Aidil terus membula t-shirtnya lalu melompat ke dalam air.Air matanya mula jatug membasahi pipi.Dhia,aku selamatkan kau.Aidil menyelam ke dalam dan melihat susuk tubuh mula tenggelam.Dia memaut tubuh itu lalu menariknya.Aidil membaringkan Dhia ke lantai.Dia menekan dada Dhia agar air keluar dari badan Dhia.Namun,Dhia masih tidak sedarkan diri.

'Qis,janganlah susahkan hati saya.Awak bangunlah.' kata Aidil.Air matanya mengalir deras.Dia tidak mempunyai pilihan lain selain melalukan CPR.Perlahan-lahan dia mendekati bibir merah Dhia.

'Uhuks...Uhukss..'Dee terbatuk kecil.

'Aidil?' Hanya itu sahaja ayat yang disebut Dee sebelum dia merebahkan dirinya.

'Qis..Qis!!'jerit Aidil sambil mengocangkan tubuh Dee.Tapi Dee masih memejamkan mata.

'Mama...Mak Jah.Pangil Doktor,' jerit Aidil sekuat hatinya.Dia merasa bersalah.Dia tidak mampu berkata apa-apa selain menangis.Qis ,awak jangan tinggalkan saya lagi.Saya...Aidil hanya tertunduk menahan esakan.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now