Bab 4

55.4K 2.2K 33
                                    

  Aku hanya menyarungkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu.Rambut panjang aku sanggul.Aku ingin nampak kemas di rumah Tengku Akmal Zackaria.Macho pula nama tuan empunya rumah.Mesti hensem.Tengku Akmal mempunyai seorang isteri yang berasal daripada Eropah tetapi memeluk agama Islam ketika berkahwin dengan Tengku Akmal.Kalau nama bapa pun dah hensem belum lagi anak lelaki.Hihihi.Jauh pula angan- angan aku ni.Telefon aku berbunyi.Aku segera membuka mesej daripada Risya.

"Dee,kau pergi rumah Tengku dekat Taman Rejang.Kau jumpa Mak Jah dulu tau."

"Ya,pandai-pandai lah aku nanti.Kau pun satu.Tak nak temankan aku.Kang aku salah rumah,baru kau tau." Selesai membalas mesej daripada Risya, aku segera mencapai novel yang memang aku sediakan dan terus menuju ke destinasi.

'Ish,betul ke rumah ni.Dah lah panas ni." Omel aku seorang diri.Sakit pula hati aku tiada satu pun kelibat manusia yang keluar
Dah nak putus tangan aku dok tekan loceng.Aku terfikir hendak membuat panggilan pada mulanya.Aku mula bergerak ke arah kereta untuk mengambil telefon bimbit yang berada di dalam beg .Namun, langkahku terhenti apabila mendengar bunyi pagar terbuka.Aku terus berpaling dan melihat susuk tubuh seorang wanita tua.

' Ini ke Dhia?' tanya wanita itu sambil tersenyum.

'Ya ,mak cik.Saya datang nak jumpa Mak Jah.Nak jadi pembantu rumah.'Senyumannya ku balas.Wanita ini ku agak sebaya dengan bapaku.Kelihatan garis-garis tua di mukanya ketika dia senyum.

'Mak cik lah Mak Jah.Masuklah nak.Tuan besar tengah outstation dengan Puan .Tuan muda jarang pula balik ke rumah,' Mak Jah menjelaskan aku secara terperinci semua tentang cara bekerja.Mulai esok,aku akan berpindah ke rumah ini .Mak Jah mengingatkan aku dengan arwah ibu ku.Suami Mak Jah ,Pak Mat pula security guard dekat sini.Tapi tak nampak pula batang hidung dia.Mungkin tengah bersiar-siar di sekitar rumah.Aku meneliti setiap inci rumah Tengku.Perghh,tergamam aku melihat 5 bijik kereta diimport dari luar negara.Memang kaya giler Tengku ni. Kereta Myvi aku yang kecik , 3 hari 3 malam bapaku berkira nak beli.

Aku memulakan tugas dengan mengelap barang-barang yang ada di rumah.Segala yang aku lakukan ,aku pastikan tiada kelalaian.Takut pula pecah barang orang ,habis duit dalam bank aku keluarkan untuk gabti rugi.Tiba-tiba ,aku terpandang akan gambar yang ada di ruang tamu.Aku tahu ini keluarga Tengku.Mataku tertumpu ke arah pemuda yang berdiri di tengah-tengah Tengku dan isterinya.Macam familiar sekali pandang.Mungkin firasat ku sahaja.Biasalah ,aku ni selalu sangat macam kenal semua orang.Selesai membuat tugasan,aku duduk di dapur dan membaca novel yang ku bawa tadi.Aku khusyuk membaca novel tidak perasan akan kehadiran Mak Jah.

'Dhia ni jenis ulat buku ye.Mak Jah tengok tak melepas buku dari tangan Dhia dari tadi' kata Mak Jah sambil menuangkan air teh untuk aku.Aku menyambut cawan dengan cermat.

'Panggil Dee je, Mak Jah.Tak adalah.Dee baca untung hilangkan bosan .Mak Jah dah berapa lama kerja di sini?'

'Dah 30 tahun Mak Jah kerja dekat sini.Masa Tuan Muda belum lahir lagi.Tuan Muda tu jarang balik.Kalau balik pun masa Tuan Besar ada.Tuan Muda ni suka sangat bertukar perempuan.Pening kepala Tuan besar dan Puan' kata Mak Jah .Aku hanya menjadi pendengar setia sebelum brhasrat untuk balik dan mengemas baju.Kasihan Tuan dan Puan dapat anak macamtu.Sama macam Encik Buaya.Dah lama aku tak jumpa Encil Buaya.Ush,buang tabiat fikir pasal dia.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now