Bab 27

34K 1.2K 105
                                    

'Kau tak guna!!'Tamparan tepat terus mengenai tepat di pipi Aidil.Aidil hanya mendiamkan diri.Semua orang terdiam.

'Aku ajar kau jadi anak berguna,jadi suami yang boleh bimbing isteri tapi kau bunuh isteri!!!'Tangisan Tengku Akmal mula kedengaran.Puan Mariam memeluk anaknya.Encik Hisyam pula menangis.Dia tidak sanggup kehilangan anaknya.Tapi kalaulah ini takdir,redha kah dia sebagai ayah melepaskan pemergian anaknya?Risya mundar-mandir dihadapan wad Dhia.Sungguh dia tidak sangka perkara seperti ini terjadi.Hatinya sedih.

'Ma,Pa ayah,Dhia curang.Aidil nampak segalanya.Dhia bersekedudukan dengan lelaki.'Air matanya jatuh.Tidak dapat ditahan keperitan hatinya.Isteri yang disanjungnya melukakan hatinya.

'Apa Aidil cakap???!'Encik Hisyam muka bersuara.Dhia? Curang? Tak mungkin.Aku kenal anak aku.Ilmu agama penuh di dada.

'Ayah,kita semua memang tak boleh terima kenyataan.Aidil nampak semuanya.Aidil ada bukti.'Dia jatuh terduduk.Tidak sanggup meneruskan lagi ayatnya.

'Abangg..'Sayu suara Dhia di depan pintu wad.Suaminya tidak mempercayainya

'Dhia!..Dhia okey?'Puan Mariam bertanya.Semua orang berpusu-pusu berlari mendapatkan Dhia.Doktor Fikri yang berada di dalam bilik terus keluar.

'Puan Dhia..Puan kena banyak berehat,'Dia bercakap lembut sambil ingin memapah Dhia.Dhia terus menolak.

'Abang..Dhia..Dhia tak curang,'Dhia merapati Aidil yang sedang menangis.Aidil yang sedar akan kehadiran Dhia mula ingin menjauhinya.Entah kenapa dia jijik.Dhia tersentak.

'Anak awak?'soalan ringkas dari Aidil.Anak saya?Dhia terhenti seketika.Bukankah anak ini anak aku dengan Aidil? Ini sepatutnya anak kita?Jijik sangatkah Aidil dengan aku?

'Abang ini anak kita.Anak abang.'Suaranya mendayu cukup untuk didengari semua orang.Puan Mariam sudah menangis teresak.

'Anak aku? Kau dengan lelaki lain tapi kau cakap itu anak aku?Aku akan ceraikan kau,'Jawapan Aidil mengejutkan semua orang.Cerai??

'AIDIL!!!!'Bergema suara Encik Hisyam.Hatinya bagaikan disayar.Tidak sanggup melihat penderitaan anaknya.Anaknya yang dididik kasih diperlakukan seperti itu.

'Hisyam,sabar.Kita tak tahu kebenarannya,'Tengku Akmal mula memujuk.

'Abang!Dhia dah cakap ini anak abang!!!Dhia tak curang!'Dhia kembali menjerit.Hatinya sudah berada di tahap kesabaran yang maksimum.Susah sangatkah Aidil menpercayainya?Hina sangatkah dirinya?

'Ayah ,Mama ,Papa .Aidil minta maaf.Mungkin semua orang tak percaya.Tapi Aidil melihat segalanya.Aidil kecewa dengan isteri Aidil.Aidil dah buat keputusan.Aidil akan menikahi Bella!'Serentak itu cincin dari tangannya dibuka.Gelang Cartier yang menandakan hubungannya dengan Dhia diputuskan.Encik Hisyam yang berdiri dari tadi terus menarik tangan Risya dan mendekati Dhia.

'Akmal,Kalau itu keputusan anak kau.Aku takkan buat apa-apa.Tapi kalau dia datang cari Dhia suatu hari nanti.Dia kena ingat ,tempat dia tak sesuai lagi dengan Dhia.Mungkin anak aku kelihatan bersalah,tapi aku kenal anak aku.Aku yang tatang dia dari kecil.Kalau perkara sebegini tak boleh diselesaikan dengan berbincang,aku tak kisah.Sebab kalau Tuhan tunjukkan kebenaran ,aku Hisyam Raden haramkan dia jejak kaki ke rumah aku atau Dhia!!'Tegas suara Encik Hisyam.Air matanya menitis.Seorang ayah mempertahankan anaknya,begitu besar kasih seorang ayah.Dhia terkedu.Puan Mariam cuba tersenyum.

'Hisyam,perkara boleh bawa bincang,'Puan Mariam bersuara.Dia tidak mahu terputus hubungan keluarga ini begitu sahaja.

'Aidil,Aidil minta maaf sekarang!!!'Tengku Akmal mula mengarah.

'Tidak.Itu bukan salah Aidil.Aidil tak ada zuriat.Aidil tak ada isteri sebegitu.'Jawapan yang mudah dari Aidil.Ego seorang lelaki dikeluarkan.

'Tengku Aidil Farhan..'Nafasnya ditarik. Dan. Dihembuskan.

'Halalkan segala perlakuan aku selama ini.Makan minum aku.Aku minta maaf.Kalau ini yang kau nak.Aku harap lepasni kau jangan cari aku.Aku redha kalau hubungan ini terputus,'Dhia terdiam seketika.Kemudian dia melemparkan senyuman.Manis.Lesung pipitnya keluar.Dhia terus menapak keluar dari hospital.Walaupun perit baginya.Tapi ,jika Aidil sudah memilih jalan berpisah ,hendak diteruskan bagaimana?Laut dan pantai boleh berubah.Inikan hati manusia.

Tak!Aidil belum lafazkan ayat cerai.Dia hanya mencadangkan sahaja.Tapi tak guna.Surat cerai akan datang di rumah aku bila-bila masa.Dia teresak-esak di dinding hospital.Hatinya sungguh sakit.Selama setahun lebih dia ingin mendirikan rumah tangga,tetapi ada yang menghancurkan.Dia mengelus lembut perutnya.Anak Mama kena kuat bisik hatinya.Dia masih ingat lagi perbincangannya dengan doktor.

'Doktor,anak saya macam mana?'Dhia bertanya kepada doktor yang merawatnya.Doktor Fikri.Doktor Fikri tersenyum seketika.

'Anak puan selamat.Puan bersyukur kecederaan puan tidak lah teruk sangat.Cuma puan kena hati-hati turun tangga,'jelas Doktor.Hati-hati?Suami aku yang tolak aku.Demi Bella.

Nyawa anak aku dipetaruhkan kerana seorang perempuan.Perempuan yang cuba menghancurkan rumah tangganya.

'Dhia,'Dhia tersentak dari lamunan.Dia melihat ayahnya di hadapanya.Dia terus memeluk ayahnya.Dia menangis sepuas-puasnya.Hendak kepada siapa dia mengadu.Ayahnya dan Risya sahaja yang ada disisinya.

'Dhia,ayah minta maaf.Ini salah ayah jodohkan...'Dhia pantas memotong ayat ayahnya.

'Ayah,Ini takdir Dhia.Kita kena redha.Kita tak boleh mengeluh.Dhia redha andai penceraian yang Aidil inginkan.Anak Dhia masih ada biarpun ayahnya akan meninggalkannya,'Air matanya diseka.Dia mahu kuat di depan ayahnya.Dia tidak boleh lemah.Encik Hisyam terdiam.Air matanya tidak dapat dibendung.Sungguh bedar dugaan yang diterima Dhia.Sebentar lagi dia akan menjdi ibu tunggal.

'Aidil,Aidil dah buat apa hah??!!!Aidil akan bercerai tahu tak!'Puan Mariam sudah hilang sabar.

'Mama,kalau mama sayangkan Aidil.Hormat keputusan Aidil!'Aidil bersuara.Dia mencari cincinnya tetapi tidak ditemui.Baru dia teringat ,Dhia sudah mengutipnya.Dhia,abang sayangkan Dhia.bisik hatinya.Tapi kenapa Dhia yang curang?Apa kekurangan abang?Bahunya terasa dipeluk.Dia menoleh.Dia berharap orang itu Dhia.Jangkaannya meleset.Bella.

'Aidil,I tahu you sedih.I pun tak sangka ini yang terjadi.You jangan sedih.I ada untuk you,'Bella melemparkan senyuman.Aidil..Aidil tak sangka you bodoh.Dan Dhia???Sudah mati .Hahahaha.

'Thanks Bella.I hargai pertolongan You.I dah cakap kat parents I kita akan nikah sejurus I ceraikan Dhia nanti.Buat masa ini,I dengan Dia ada hubungan,'Jawapan Aidil membuatkan Bella terdiam.Kahwin???Yes!!!!!!Tak sesia I rancang.Aidil milik aku sooner.Hahaha.

Dhia memandu ke rumahnya.Dia pilu.Rumah ini terlalu banyak memori.Dia pantas mengambil bajunya dan dimasukkan ke dalam bagasi.Dia tidak mahu mengingatinya sebarang kenangan dengan Aidil.Kenangan yang hanya akan membuat hatinya terluka.Dia melihat gambarnya dengan Aidil di dinding.Air matanya tumpah.Sampai hati abang buat Dhia macamni.Abang akan ceraikan Dhia dan tinggalkan anak kita.Janji abang dulu abang lupakan begitu sahaja.Dhia keluar dari rumah itu.Dhia ingin meninggalkan kenangan lamanya.Kenangan yang membuatkannya dilukai.Terima kasih abang.

Buaya Darat vs Ulat BukuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin