Bab 15

48.2K 1.8K 19
                                    

Aidil membukakan matanya.Dia menggosok-gosok matanya sambil memandang ke sisi.Tiada susuk tubuh Dhia disitu.Mana pula isteri aku ni.Aidil bercadang untuk masuk ke dalam bilik mandi.Dia lantas membuka pintu biliknya.Lalu tergamam melihat susuk tubuh seseorang sedang mandi.Dan tiada mengunakan seurat benang di tubuhnya.Aidil menelan liur.Inilah kali pertama dia melihat perempuan yang tidak menggunakan baju.Mestilah nama pun mandi.Aidil masih lagi tercegat di muka pintu.Nafasnya turun naik.

Dhia bernyanyi-nyanyi kecil sambil menyabun badannya.Ish apahal naik bulu roma aku ni. Jin mana yang pandang aku ni.Dhia menepis segala firasat buruk lalu berpusing untuk mengambil tuala.

'AAAAAAAAAAAAAAA!' Dia terkejut melihat Aidil di muka pintu memandang ke arahnya seakan mahu menelannya.

'Kau buat apa ni.Pergilah.Kenapa tercegat lagi,Aiyoo janganlah tengok'Dhia menutup tubuhnya dengan tangan.Terus terhenti lamunan Aidil.

'Maaflah ,saya tak tahu awak mandi.Yang awak tak kunci pintu kenapa?'Aidil bersuara cemas.

'Awak ni dah lupa ke?Bilik air awak mana ada kunci.Pergilah sekarang,' Dhia menjerit lagi sambil menolak Aidil.Mana aku nak letak muka aku .Aiyoo , ini sangat memalukan.Pintu bilik mandi dibuka lagi.Dia pantas menutup tubuhnya dengan tangan.

'Saya minta maaf.Tak sengaja,'

'Aiyoo janganlah masuk lagi.Minta maaf kat luar lah,'Dush! Pintu ditutup kuat.Encik Buaya dah tengok ke?Dia mula terbayang akan situasi tadi.Tidak!Maruah aku.Jahanam punya Buaya.Tapi bukankah itu halal disisi agama?Dia dan Encik Buaya mempunyai ikatan yang sah.Kalau sah sekalipun,aku peduli apa.Dia yang menceroboh hak aku sebagai wanita.Dhia bertenang.Tapi dia dah tengok segalanya!!!

Dhia teragak-agak untuk keluar.Lehernya dipanjangkan di sebalik pintu untuk menjenguk keluar.Encik Buaya tak ada.Dia berjalan perlahan-lahan sambil memegang tuala di badannya.Takut terjatuh pula tuala itu.Ini lah padahnya tak bawa baju untuk bersalin di bilik mandi.Aku ingatkan Aidil ni jenis bangun lewat.Sekarang baru pukul 8 kut.
Aku menapak perlahan-lahan ke arah almari untuk mengambil baju.

'Hah!Buat apa tu.Dah macam pencuri.'

'Opocot,'Aku terkejut.Sejak bila pula Encik Buaya ini ada di sebalik pintu.Alamak!Aku terus mengambil bantal lalu membaling ke arahnya.

'Tutup muka awak dengan bantal tu.Atau saya jerit,'Aku sudah teragak-agak mahu menjerit.Aku takkan membiarkan Encik Buaya melihat aku yang seksi nak mampus ni.Aku hanya memakai tuala yang panjang atas paras lutut.Panjang?Kali atas paras lutut pendek lah tu Dhia oii.

'Sayang,jeritlah.Kalau awak jerit lagi bagus.Biar mama ,papa dan ayah fikir kita tengah...,' Dia tergelak kecil sambil menapak ke arah aku.Sayang?? eee geli pula aku.Aku yang termenung sejak tadi terkejut mendengar hembusan nafas Encik Buaya.Dia sudah berada di hadapan aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan.Lutut aku lemah.Kalau dikira boleh rebah aku.Aidil mula mencium rambut Dhia.Wangian rambut Dhia seakan-akan mengugat imannya.Dia kemudian mendekatkan wajahnya kepada Dhia.Encik Buaya takkan nak cium aku.Aku mula mengeletar.Dia menguncikan aku dengan kedua-dua belah tangannya.

'Sayang,sayang jangan panggil abang 'awak' lagi.Sebab abang suami sayang.Kalau sayang panggil awak lagi.Kiranya sayang ni dah sedia nak bagi abang anak,'jelas Aidil sambil mengenggam tuala aku.Dia tersenyum menggoda.Hati sado sikit.Jangan lah kau cepat cair.

'Ye,ye.Abang.Saya panggil abang.Dah pergi jauh lah,' Aku terus menolak badan Encik Buaya.Encik Buaya tertawa lalu bersiul-siul kecil.Dia mengambil tuala untuk mandi.

'By the way sayang,sayang tadi di bilik mandi gorgeous sangat.Tak kuat iman abang.'Encik Buaya lalu mengenyitkan matanya ke arah aku.Eeeeeeeeeee!Tak betah aku tinggal sebumbung dengan Encik Buaya.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now