Bab 13

46.3K 1.8K 16
                                    

Aku bangun kerana dikejutkan dengan suara riuh dari ruang tamu.Eh.Aku masih berada di dalam bilik Encik Buaya?Aku cuba bangun.Tetapi tubuhku terasa sangat lemah.Jadi aku duduk seketika dan menarik nafas panjang.Aku cuba berdiri sekali lagi.Aku menghampiri cermin di bilik Encik Buaya.Aku meninjau-ninjau tubuhku yang memakai baju Encik Buaya.Kemudian aku tersenyum.Aku masuk ke dalam bilik air di dalam bilik Encik Buaya untuk mencuci muka aku.Kemudian aku terdengar bunyi ayah kata.Eh?Telinga aku ni dah masuk air ke sampai dengar suara ayah? Aku mengikat rambutku menggunakan getah belacan di dalam bilik air.Kemudian aku melangkah keluar.

Aku sudah berada di anak tangga.Ketika aku ingin melangkah lagi,aku dapat mendengar suara ayah.Aku meninjau di celah-celah tangga.Ayah datang.Aku meluru untuk mendapatkan ayah.Tetapi,langkah ku terhenti mendengar soalan Tengku Akmal.

' Jadi kiranya bila lagi nak teruskan akad nikah ni Encik Hisyam.Tak elok pula tangguh-tangguh,' Akad nikah? Siapa pula nak kahwin ni.Ayah ke????Eh tak mungkin.Ayah dah tua.

'Kita tanya tuan punya badan dulu lah.Dhia ni degil sikit.Dhia...'Aku terkejut.Takkan aku nak kahwin???Aku terus memotong ayat ayah.

'Kenapa Dhia,ayah??' Semua mata memandang ke arah aku.Jelas sekali wajah ayah bertukar kelat.Encik Buaya pula tersenyum.Ini dah kenapa tersenyum-senyum.Kaki aku ni dah lama tak tendang kepala orang.

'Baguslah Dhia dah sedar.Sini duduk dulu,' arah Puan Mariam perlahan-lahan.Aku hanya mengikuti sahaja.

'Comel pula dia pakai baju Aidil ni kan yang,' kata Tengku sambil ketawa diikuti dengan semua yang berada di ruang tamu.Apahal pula semua orang hari ini.Dari tadi ketawa-ketawa.Aku hanya memasamkan wajah aku.

'Dhia,ayah nak tanya ni. Dhia dah ada yang punya ke?' Aku melopong.Makin besar bijik mata aku.Ayah ni kalau nak tanya cover lah sikit.Leceh lah.Aku boleh merasakan pipi aku yang membahang akibat malu.

' Erk..er ayah ni.Itu kan ayat privasi.Kenapa tanya depan keluarga Tengku.Malu lah.Dhia mana ada kekasih ayah.Tak main lah cintan-cintun ni.'Jawapan aku membuatkan semua orang tersenyum.Aik? Senyum pula.Aku belum lagi habis cakap.

'Lagipun ayah,kalau ada orang datang risik datang meminang ke apa ke,Dhia memang takkan terima.Walau apapun sekali alasan yang ayah beri.Ini pendirian Dhia.' Aku membuka mulut lagi.Senyuman semua orang mati.Aik? Dah tak senyum.Wait,Wait jangan kata...

'Ada orang dah risik ke ni ayah??' ujar aku sambil mengoncanggkan lengan ayah.Ayah aku hanya menundukkan wajah.Kenapa pula ayah ni.

'Dhia..' suara Puan Marian hambar.Aku menoleh ke arahnya.

'Kami dah berkenan nak jadikan Dhia menantu kami,'Aku tergamam.Kepalaku mula pening.Kahwin?Encik Buaya?Pandangan aku terus gelap.

'Eh Dhia kenapa ni?'Dhia yang rebah itu mengejutkan semya orang.Encik Hisyam terus mendukung Dhia dan meletakkan Dhia di atas katil milik Encik Buaya.Sekali lagi

'Puan ,Tengku bagilah Dhia berfikir dahulu.Lagipun kalau itu kata dia.Saya pun tak boleh buat apa-apa,'kata Encik Hisyam.Puan Mariam hanya mengangguk.Mereka berlalu pergi kecuali Encik Buaya.

'Qis,awak ni lucu lah.Belum apa-apa dah pengsan,' kata Encik Buaya sambil mengusap-ngusap kepala Dhia.Dhia yang tidak tahan terus membukakan matanya.

'Ish,Encik Buaya janganlah pegang,' segera dia menepis tangn Aidil.Aidil pelik.Orang pengsan lama.Dia pengsan tak sampai 10 minit.Kecuali...

'Oo ,kau tipu ye.Kau tak pengsan kan.Aku bagitahu semua orang.Mama..'Aidil yang separuh menjerit itu terus berhenti apabila Dhia menekup tangannya.

'Syhh,diam lah.Aku ni dah lama tak patahkan leher orang,'ugut Dhia.Aidil kemudian menarik tangan Dhia.

'Kenapa kau pura-pura pengsan?Melepas aku tadi tengok jawapan kau,' Aidil sudah tersenyum menyenget.Miang betul Encik Buaya ni.Geli aku tengok.

'Aku kahwin dengan kau Tengku Aidil a.k.a Encik Buaya?Memang tak lah.' kata aku sambil memangkahkan tangan aku di hadapan mukanya.Aidil terus terdiam.Dia kemudian menapak keluar.Fikirannya serabut.Dee hanya memandang Encik Buaya keluar.Aku tak salah cakap kan.Dah aku memang tak nak kahwin dengan Buaya Darat.

Sudah seminggu kejadian itu berlaku.Encik Buaya apalagi melancarkan perang dingin terhadap aku.Kalau aku jemput makan dia buat-buat tak tahu.Dia ingat aku ni dinding.Kalau aku dekat dapur,dia memang takkan masuk dapur.Kalau aku dekat atas kemas bilik,dia dekat bawah lah.Belum lagi kalau aku terserempak dengannya masa nak kemas bilik ,memng dia akan hempas pintu.Uuuu takutnya.Puan Mariam pula berada di Langkawi dengan Tengku atas urusan kerja.Balik pun bila aku pun tak tahu.Telefon aku berdering.Ayah lah.

'Hello,ayah?Dhia rindu ayah lah,'kata aku sambil menyeka aor mata.Kelakuan Encik Buaya membuatkan ku tidak betah tinggal disini.

'Hello.Ini anak Encik Hisyam ke?Kami berharap cik bersabar.Cik diasarankan datang ke hospital.Ayah cik sakit tenat.'Aku terdiam .Telefon yang berada di pegangan aku jatuh.Aku meraung.Ayahhh.Air mataku tidak henti-henti bercucuran.Apa yang terjadi?Aku meminta izin Mak Jah untuk ke hospital.Kebetulan Encik Buaya disitu.Dia menawarkan dirinya untuk hantar aku.Eleh bukan main perang dingin dengan aku.Aku hanya mengangguk kecil.Sepanjang perjalanan aku hanya ditemani dengan air mata.Sesekali aku mendengar Encik Buaya berbual-bual dengan Puan.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now