•Chapter|1•

9.4K 348 15
                                    

Jimin merupakan seorang idol yang digemari ramai. Dia juga merupakan pewaris syarikat milik keluarganya dan bekerja keras dalam sektor syarikat juga. Masanya terisi dengan kerja 24 jam. Perkara yang tidak mendatangkan faedah seperti berfoya-foya dan bersuka ria langsung tidak menjadi kegemarannya.

/DI RUMAH PUAN PARK//

Jimin baru sahaja selesai dengan penggambaran terbaru dan kini sedang berehat selama 2 bulan. Dia singgah ke rumah ommanya untuk melepaskan rindu buat ommanya.


Puan:Bila kamu nk kahwin?

JIMIN: Omma ni apa ni... Tiba-tiba buka topik pasal benda ni....

Puan: Omma serius... Bila Jimin nk kahwin? Omma tak sukalah tengok Jimin seorang diri macam ni...

JIMIN: Habistu omma?

Puan: Kamu kena cari calon. Kalau omma rasa berkenan, dia akan menjadi suri hati kamu.

JIMIN: Apa?! No, omma... I'm too young for this marriage things....

Puan: Nope, in fact kamu dah capai umur yang sangat sesuai untuk berumah tangga Jimin. Sampai bila kamu nak hidup tak terurus macam ini? Keputusan omma adalah muktamad. I give you 2 weeks to bring my future daughter in law, or else you gonna marry the girl that I choose.

JIMIN: Omma dh ada calon ke?

Puan: Semestinya darling. Ingat benda ni dan jangan buat sambil lewa dengan apa yang omma cakapkan ni....

JIMIN: Fine....

Jimin memandu keretanya di sebuah jalan yang sunyi. Pada waktu itu, agak gelap jadi suasana di situ memang agak menyeramkan. Jimin memasang lagu untuk menghilangkan rasa takut dalam dirinya. Sambil itu dia memikirkan apa yg ommanya katakan pada minggu lepas.


JIMIN: Haih... 2 minggu? Perempuan? Kahwin? Arghhhhh serabutnyaaaaa!


Secara tiba-tiba kelibat seorang perempuan muncul di hadapan. Seraya Jimin terus menekan brek sekuat-kuatnya. Dia memejamkan matanya sekuat hati.

Sebaik sahaja kereta miliknya itu berhenti, perlahan-lahan matanya dibuka. Tiada sesiapa yang kelihatan di jalan. Jimin menghela nafas panjang dan memberanikan diri untuk memeriksa keadaan di luar.

Perempuan yang tatkala tadi muncul kelihatan terbaring di atas jalan raya. Mata Jimin membulat melihat keadaan perempuan tersebut. Dia segera memeriksa keadaan perempuan tersebut khuatir jika dia terlanggar perempuan tersebut.

Fuh, mujur sahaja perempuan itu cuma pengsan. Jimin memerhati segenap sudut perempuan itu. Pakaiannya selekeh, mukanya kelihatan sembam manakala badannya terdapat calaran serta kesan luka. Namun bila dia cuba amati lagi sebenarnya perempuan itu memiliki rupa paras yang amat menakjubkan dan cantik.

Petir tiba-tiba kedengaran berdentum dan kilat sabung-menyabung. Nampaknya hujan akan turun dengan sangat lebat tidak lama sahaja lagi. Langkahnya mula diatur ke arah keretanya. Namun, hati kecilnya tidak sanggup untuk meninggalkan perempuan itu begitu sahaja di sini.

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membawa perempuan itu pulang. Dipangku perempuan itu masuk ke dalam keretanya dan diletakkan di bahagian penumpang. Kereta mewahnya menyusur keluar daripada kawasan itu.

//DI PERKARANGAN RUMAH PUAN PARK//
Puan Park gembira melihat kereta anaknya itu memasuki pagar rumah agamnya. Dia menunggu di hadapan pintu. Hari hujan. Tetapi senyuman manisnya tiba-tiba bertukar. Matanya membulat melihat Jimin sedang mendukung seorang perempuan dan perempuan tersebut kelihatan seakan tidak sedarkan diri.

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now