Kau Yg Terindah Part 10

3.5K 185 1
                                    


//DI RUMAH JIMIN//
Jimin sudah pulang dari temapt kerjanya. Selesai menukar baju dan mandi, dia turun ke bawah. Dia menggapai kunci keretanya di almari. Belum sempat Jimin keluar, pintu utama sudah dikuak. Hyena sudah pulang dari sekolah. Jimin baru sahaja hendak pergi mengambilnya di sekolah. Tetapi, dia sudah pulang.
Hyena membuka kasut conversenya dan meletakkan di dalam almari. Dia kemudian terus naik ke atas. Langsung tidak menegur Jimin yg berada di ruang tamu. Jimin hairan dengan tingkah laku isterinya itu. Tiba-tiba sahaja senyap. Tetapi Jimin malas hendak bertanya. Pandai-pandai lah Hyena menceritakkannya sendiri.
Hyena menghempaskan badannya ke atas katil. Dia cuba menahan tangisan yg dari tadi semasa dalam perjalanan pulang. Dia memeluk tubuhnya. Dia menangis semahu-mahunya.
Hyena: Hik hik... Kenapa dia perlu kembali? Aq benci dia!!! Hikhik...
Hyena membaling semua bantal yg ada di atas katil. Dia terus menangis. Mujurlah Jimin tidak mendengar semuanya. Hyena berasa sungguh takut. Dia benci dengan abangnya itu. Kenapa dia perlu datang semula untuk menganggu hidup Hyena yg kian bahagia kini?
Hyena: Aq tak nak dia rosakkan segalanya. Jimin, Puan Park. Aq tak nak!!!
Tiba-tiba phone Hyena berdering. Dia menggapai telefonnya. Dia melihat mesej yg baru masuk. No. yg tidak dikenalinya. Dia membuka mesej itu.
XXX: Eh, kalau kau nak semuanya selamat, bagi aku duit!!! Aku nak duit!!! Sekarang. Jumpa aq dekat Cat Cafe'.
Hyena sudah tahu siapa yg menghantar mesej dari segi mesejnya. Dia menelan liur. Duit? Macam mana ni... Dia perlu ke luar jika hendak memberikan duit itu kepada abangnya. Tetapi, Jimin pasti mengikutnya.
Selepas mandi dan menukar baju, Hyena turun ke bawah perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling. Jimin masih ada di situ. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Jimin. Dia melihat Jimin.
Tiba-tiba phone Jimin berdering. Jimin mengangkat panggilan itu. Selepas bercakap seketika, Jimin terus naik ke atas bilik dan mengambil briefcasenya. Dia kemudian meninggalkan rumah dengan segera. Hyena yg melihat itu berasa gembira. Bolehlah dia pergi berjumpa dengan abangnya itu.
Usai memakai kasut, Hyena terus keluar dari rumah. Dia membawa sejumlah wang di dalam tasnya. Selepas menaiki bas, dia sampai di CatCafe'. Dia masuk ke dalam cafe itu dan mencari kelibat abangnya.
Dia merapati abangnya yg sedang menghirup kopi di satu sudut yg agak tersembunyi. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan abangnya. Abangnya baru tersedar yg Hyena sudah sampai. Dia berhenti menghirup airnya itu.
Abang: Lambat kau sampai. Asal laki kau tak bagi kau keluar?!
Hyena: Ish... Dahlah.. Nah!
Hyena mencampakkan sampul yg berisi duit ke atas meja. Abang Hyena yg melihat itu terus tersenyum gembira. Dia menggapai sampul itu.
Hyena: Okay, duit dah dapat kan! Jadi, jangan pernah kacay saya lagi!
Abang: Amboi, kau... Eh, budak! Kau jangan ingat aku boleh lepaskan kau macam tu jer! Sekarang ni aku akan senyap, tapi nanti bila aku nak, kau kena bagi!
Hyena bangun dan terus keluar. Meluat dengan perangai abangnya itu yg tak pernah berubah. Dia menghembus nafas lega kerana abangnya itu tidak akan mengganggunya buat sementara waktu.
//BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN//
Jimin mula menyedari ada perubahan pada sikap isterinya itu. Semakin senyap. Macam ada sesuatu yg berlaku sehingga dia tidak bercakap lagi. Jika dulu, selalu sahaja bergaduh dan bertikam lidah. Tapi kini, rumah itu senyap sunyi. Yg ada cuma bunyi dari televisyen. Hyena selepas pulang dari sekolah terus masuk ke dalam bilik.
Jimin mengetuk pintu bilik Hyena. Selepas beberapa saat,pintu terbuka. Hyena berada di muka pintu. Dia hairan kenapa Jimin tiba-tiba mengetuk pintu biliknya.
Jimin: Jom... Pergi pakai baju....
Hyena: Ermh... Nak pergi mana? Saya malaslah...
Jimin: Kau kenapa eh sekarang? Aq tengok makin lama makin senyap...
Hyena: Mana ada...
Jimin: Baik kau cakap... Kau ada sorokkan sesuatu dari aku kan...
Hyena mula gelisah. Dia tidak mahu beritahu Jimin bahawa abangnya menganggunya. Dia tidak mahu Jimin dalam bahaya. Dia sayang Jimin. Dia tidak mahu Jimin hidup derita.
Hyena: Tak... Cu..Cuma...
Jimin: Cuma apa?
Hyena: Saya dapat keputusan yang tak elok lah! Benci-benci.. *hentakkan kaki*

Hyena cuba sedaya upaya untuk berlakon. Dia tidak mahu Jimin mengesyaki apa-apa.
Jimin: Lah, tu je ke? Dah dah tak payah nak risau sangat. Biasalah sekolah kan... Dah dah pergi siap...
Hyena: Okaylah....
Hyena menghembus nafas lega sebaik sahaja menutup pintu. Dia berasa lega kerana Jimin mempercayai apa yg dikatanya. Di dalam hatinya, tidak hilang rasa bersalah. Dia tidak suka menipu tetapi ini semua demi kebaikan. Dia tidak mahu Jimin dalam bahaya.
//LACEY MALL//
Hyena dan Jimin berjalan-jalan di Lacey Mall. Jimin tidak habis-habis membeli pakaian dan barangan yg dianggapnya cantik. Hyena pula hanya mengikut ke mana arah Jimin pergi. Selesai membeli belah, perut Jimin terasa lapar. Mereka berdua pergi ke sebuah restoran.
Sampai sahaja di restoran itu, Jimin dan Hyena mula mencari tempat duduk. Akhirnya mereka terjumpa sebuah meja yg kosong. Mereka pun mula melangkah ke arah meja itu. Tiba-tiba mata Jimin membulat tatkala melihat orang di belakang meja itu.
Itu adalah abangnya. Hyena cuba mengawal ekspresi mukanya. Tidak mahu Jimin berasa pelik. Jimin mengambil tempat membelakangi abangnya. Tetapi, Hyena segera bertindak. (ceh bertindak... hahaha)
Hyena: Eh, awak... Saya nak duduk belah sini..
Jimin: Aduh.. Kau ni kenapa pulak?
Hyena: Tak saya nak tengok tv....
Jimin: Hrmh... Yela...
Jimin bangun dan menukar tempat duduk. Kali ini dia bertentangan dengan abang Hyena. Tidaklah abang Hyena mengganggu Hyena nanti. Selepas makanan sampai, mereka sambung berjalan-jalan. Tetapi kali ini tidak seseronok tadi.
Abangnya tak henti-henti mengikuti mereka. Hyena mula merasa takut. Dia mempercepatkan langkahnya. Selepas memujuk Jimin masuk ke dalam arcade, mereka berdua masuk ke dalam. Abangnya berhenti mengekori mereka. Selepas bermain seketika, mereka keluar berjalan semula.
Kali ini mereka dapat membeli-belah dengan selesa. Tiada lagi gangguan dari abangnya itu.
Selesai membeli belah, mereka menuju ke tempat mermarkir kereta. Selepas meletakkan barangan di dalam kereta, Jimin mula berjalan ke arah tempat memandu.
Tiba-tiba.....

TBC
________________________

0));(coWn1

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now