Kau Yg Terindah Part 7

3.5K 190 0
                                    


Jimin: Dah, jom balik!
Jimin menarik tangan Hyena. Dia mengheret Hyena keluar dari mall itu. Hyena pula hanya menurut, tidak mahu malu. Tetapi Hyena tidak sempat mengatakan selamat tinggal pada V dan Jungkook.
Jimin membawa Hyena ke arah keretanya. Selesai meletakkan Hyena di sit sebelahnya, Jimin masuk ke dalam keretanya. Hyena duduk diam sahaja sambil mulutnya memuncung. Dia marah dengan perlakuan Jimin. Sepatah dia tidak bercakap dengan Jimin. Jimin pula terus memandu keretanya.
//Hyena POV//
Ish dia ni dah kenapa? Menyemak jerlah.. Asal dia nak sibuk pasal aq... Ikut sukalah aku nak keluar dengan V dan Jungkook. Dia bukannya cintakan aku pon! Hish... V dan Jungkook dah nmpak... Macam mana ni... Hish... Mesti diaorang fikir yng bukan-bukan.... Semua pasal Jimin!
//END POV//
Tiba-tiba deringan dari phone Hyena memecahkan suasana tegang di antara mereka. Hyena segera membuka tas tangannya dan mencari phonenya. Dia membuka phonenya dan mendapati ada mesej. Mesej dari V. Dia mengeluh.
Tetapi tidak sempat Hyena membaca mesej itu, phonenya sudah dirampas oleh Jimin. Jimin membaca mesej itu. Hyena memberikan pandangan tajam kepada Jimin. Jimin mengetap bibirnya tatkala selesai membaca mesej itu.
Dia membaling phone Hyena ke sit belakang. Mata Hyena terus membulat tatkala Jimin membaling phone kesayangannya itu.
Hyena: Eh, awak dah kenapa hah? Tu phone saya kan? Awak ni dah gila ke hah?!
Jimin: Oh, aq gila? Eh, perempuan! Sekarang dah pandai nak keluar dengan jantan kan. Kau kan memang dasar perempuan murahan kan?!
Hyena mengetap bibirnya. Matanya semakin membulat. Kemarahannya tiba-tiba datang.
Hyena: Apa awak cakap?! Saya perempuan murahan?! Eh, awak tu apa? Bukan lelaki murahan? Hah, dasar!
Jimin: Apasal pulak aq yang murah? Kau tu yang murah!
Hyena: *ketawa sinis* Awak, tu memang lelaki murahan! Peluk orang sana sini. Biarkan banyak perempuan kiss awak... *ketawa sinis* Awak bukan murahan? Sekurangnya saya tak biarkan orang pegang, peluk dan kiss saya...
Jimin: Kau! *tunding jari*
Hyena langsung tidak mengendahkan kata-kata Jimin. Dia membiarkan. Dia duduk sambil bermain-main dengan tali pinggang keledarnya. Dia tidak kisah. Kerana dia sudah puas. Apa yang ingin dikatakannya sudah dikatakan.
Hyena: Eh, dah berhenti sini. Saya nak balik rumah omma.
Jimin terus memandu. Dia tidak mengikut apa yang dimahukan oleh Hyena. Dia menumpukan perhatiannya kepada jalan.
Hyena: Eh, saya suruh berhenti kan! Mana awak nak bawak saya hah?
Melihat Jimin langsung tidak berhenti. Hyena mula bertindak berani. Dia membuka pengunci kereta. Dia memegang padel (aq sebenarnya x tahu apa nama dia.. So faham2 jelah...) Melihat itu, Jimin terus cemas.
Jimin: Eh kau nak buat apa tu hah? Jangan...
Mereka berdua terus bergelut... (ceh macam tengah gaduh pulak... Memang pun.. Hahaha) Jimin tidak menumpukan perhatiannya ke atas jalan.
~PIN PIN~
Sebuah lori sedang menghala ke arah mereka. Cahaya dari lori itu, menyedarkan mereka berdua. Jimin terus memegang sterengnya. Dia cuba mengawal keretanya itu.
Nasib baik kereta mewah Jimin tidak bertembung dengan lori itu. Dia dapat mengelak dari bertembung dengan lori itu, tetapi keretanya merempuh pembahagi jalan. Keretanya remuk. Kedua-dua mereka tidak sedarkan diri. Perkara terakhir yang mereka dapat lihat ialah orang yang berlari ke arah mereka.
//KEESOKAN PAGI//
Jimin membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling. Suasana yang langsung tak disenanginya. Bilik yang besar itu, hanya dia seorang sahaja di situ. Dia memandang ke tepi, tiada sesiapa. Yang ada hanya almari dan tiang yang digantungkannya botol antibiotik. Jimin cuba bangun, tetapi kepalanya sangat sakit.
Jimin: Argh... Sakitnya...
Tetapi, dia memaksa dirinya untuk bangun. Dia terjun dari katil dan membawa tiang yang bergantung antibiotik itu. Dia keluar dari biliknya.
Dia menghampiri sebuah kaunter di tingkat hospital itu. Jururawat sedang sibuk mengisi laporan di dalam komputer.
Jimin: Cik, mana isteri saya?
Jururawat: Oh ya... Apa nama isteri encik?
Jimin: Nama dia Hyena. Ada tak?
Jururawat: Oh, pesakit tuh. Encik jalan terus dan belok ke kanan. Biliknya di hujung sana.
Selepas mengucapkan terima kasih kepada jururawat itu, Jimin terus meluru ke bilik Hyena. Dia mengikut arah yang diberi oleh jururawat tadi. Dia cuba mempercepatkan langkahnya.
Sebaik sahaja sampai di muka pintu, Jimin terus masuk ke dalam. Dia lega melihat Hyena dan Puan Park di situ. Dia mengambil tempat di sebelah Puan Park.
Jimin: Bila omma sampai?
PuanPark: Lama dah omma sampai... Omma pergi bilik Jimin tadi tapi Jimin tak sedar lagi. Jadi omma datang kat sini.
Jimin: Oh... Hyena tak sedar lagi ke?
PuanPark: Tak... Dari tadi omma tunggu. Dia tak bangun...
Jimin dan Puan Park berasa sedih. Mereka duduk di situ sehingga Hyena bangun...
Hyena: Argh!!!!!!!!! Jimin oppa!!!!!!!!!!
Hyena terus menjerit. Dia baru tersedar dari pengsan. Dia memandang sekeliling. Dia tidak ada di atas jalan raya lagi.
PuanPark: Eh, Hyena dah bangun?
Hyena: Huh... Omma.. Oppa...
Jimin: Nasib baik Hyena dah tak apa-apa.
Mereka bersyukur semuanya selamat. Cuma kereta Jimin sahaja agak remuk tetapi sudah dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Puan Park pula mula menyoal tentang kejadian itu. Tetapi Jimin dan Hyena cuba mengelak seboleh yang mungkin.

TBC
_______________________


[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahDonde viven las historias. Descúbrelo ahora