•Chapter|3•

4.4K 224 9
                                    



//SEMASA PERKAHWINAN//
Jimin tidak habis-habis berharap yang ada orang yang akan datang untuk membatalkan perkahwinan ini. Dia benar-benar tidak mahu berkahwin. Dia memandang sekeliling. Tiada siapa. Cuma dipenuhi tetamu, rakan-rakan ommanya. Rakan-rakannya tiada kerana dia mahu merahsiakan hal ini dari mereka. Malah pihak media juga tidak tahu.


Hyena pula duduk berhampiran dengan Puan Park. Akhirnya, Jimin dan Hyena diijabkabulkan jua. Walau Jimin amat berharap yang perkahwinan ini terbatal, tapi ia berjalan dengan lancar sekali. Semasa sesi penggambaran, Jimin cuba untuk senyum. Dia tidak mahu memalukan ommanya. Dia terpaksa.

//MALAM PERTAMA// (no byuntae eh. Sesuai untuk semua peringkat umur...)

Jimin sudah berada di bilik dahulu sebelum Hyena. Dia juga sudah siap mandi. Dia berbaring dengan senang hati kerana masih tiada lagi kelibat Hyena.

Selepas minum air di dapur, Hyena naik ke atas bilik. Itupun kerana dia sangat mengantuk. Dia membuka pintu dengan perlahan. Terbuka sahaja pintu, terlihat Jimin yang sedang berbaring sambil menonton televisyen. Hyena tiba-tiba berasa takut. Dia menghampiri katil perlahan-lahan.

Jimin: Ha, apa kau nak?

Hyena: Erm, saya nak tidur....

Jimin: Okay, then? Kenapa datang kat katil ni?

Hyena: Habistu, abang nak saya tidur dekat mana?

Jimin: Eeee gelilah siaa dengar kau panggil aku abang. Jangan nak pandai-pandai panggil aku abang. Panggilah benda lain....

Hyena: Okay, sorry....

Jimin: Well, tadi nak tidur kan? Hmm....

Hyena: Kalau awak tak suka, saya pergi tidur dalam bilik saya....

Jimin: Eh, kau ni bebal ke apa? Mampuslah aku kena marah dengan omma nanti. Ke kau memang suka aku kena marah hah?

Hyena: Tak, tak awak....

Jimin: Ambil ni... Pandai-pandailah kau sesuaikan diri kau...

Seraya itu sebuah bantal dilemparkan ke lantai. Hyena memandang bantal yang dilemparkan oleh Jimin.

Hyena: Saya tidur dekat bawah ke?

Jimin: Kau rasa apa lagi? Tak payah pura-pura bodohlah.. Dah pergi turun sana. Kau tak layak sekatil dengan aku shuh shuh...

Hyena hanya mendiamkan diri dan menurut arahan Jimin. Sakit hatinya diperlakukan seperti kucing kurap yang tiada nilai.

Bantal yang dicampak sebentar tadi disusunnya kemas. Ditepuknya perlahan lalu dia mula berbaring untuk tidur. Boleh tahan sejuk lantai marmar namun dia gagahi jua. Tidak sampai 10 minit, Hyena sudah hanyut dibuai mimpi.

Jimin pula masih menonton televisyen. Isterinya itu langsung tidak diendahkan bahkan dijenguknya daripada atas.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Jimin menutup mulutnya tatkala dia menguap perlahan. Dia mengerling jam dinding. Dia menekan alat kawalan jauh untuk mematikan televisyen. Dia kemudian menuju ke tandas.

Usai keluar daripada tandas, matanya tertancap pada Hyena yang sedang tidur lena di atas lantai. Namun, kelihatan seperti isterinya itu sedang menggigil kesejukan. Dia mengeluh panjang.

Hyena dihampirinya dengan sebuah selimut yang tebal. Dia menutup sebahagian tubuh badan Hyena dengan selimut tersebut kemudian mula menapak ke atas katilnya dan tidur.

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now