Kau Yg Terindah Part 5

4K 210 4
                                    


//KEESOKAN HARINYA//
Hyena bangun dari tidurnya yang lena. Selesai memakai uniform sekolah, dia turun ke bawah. Dia jenguk di tingkap. Kereta mewah Jimin sudah tiada. Sudah pergi agaknya. Hyena mula mengatur langkah ke dapur. Dia tidak masak hari ini kerana terlewat bangun. Lagipun jika dia masak, Jimin bukan mahu menjamahnya. Membazir sahaja.
Selesai makan dua keping roti, dan minum segelas susu segar, Hyena mengemaskan pakaiannya. Dia sudah mahu pergi ke sekolah. Dia menggapai beg sekolahnya dan memakai kasut conversenya.
Dia pergi ke tempat menyimpan kunci untuk mengambil kunci tetapi dia terlihat ada sekeping nota dan sejumlah duit. Dia mengambil duit itu dan menyimpannya di sakunya. Dia membuka nota itu dan membacanya. Sudah tentu ianya dari Jimin kerana siapa lagi yang tinggal di rumah itu selain mereka.
' Lupa pulak aq nak bagitahu kau no. bas yang sepatutnya kau kena naik. Ni no. dia. T-23-46. Tu duit belanja kau.'
Hyena hanya tersengih membaca nota itu. Entah kenapa dia merasa yang nota itu sungguh comel. Dia menyimpan nota itu di sakunya. Selesai mengunci pintu, dia terus berangkat ke sekolah.

//DI SEKOLAH//
Hyena dapat sampai awal ke sekolah hari ini. Semuanya atas bantuan Jimin. Nasib baik Jimin bagi no. bas itu. Kalau tidak nasibnya pasti seperti semalam. Dia segera masuk ke dalam kelasnya untuk berehat. Sampai sahaja di dalam kelas,V dan Jungkook menyapanya.
Jungkook: Awal kau sampai hari ini...
Hyena: Hahaha.... Hari ini dah tak silap bas.
V: Bagus2...
//SEMASA BELAJAR//
Cikgu Chanyeol sedang memberi motivasi kepada semua pelajarnya. Semua pelajar fokus mendengar nasihat Cikgu Chanyeol.
C. Chanyeol: Ha, satu lagi. Ini pasal perkahwinan..
Kelas: Wuish.....
C.Chanyeol: Cikgu tahu semua mesti ada pasangan masing-masing kan. Tapi perkahwinan ini lain. Tidak boleh tukar-tukar seperti bercinta. Dia sudah ditetapkan. Jadi, kahwinilah orang yang terbaik untuk kamu. Jangan ikut yang lain.
Kata-kata Cikgu Chanyeol betul-betul menusuk hati Hyena. Dia teringatkan Jimin. Semua kata-kata yang Jimin berikan, tingkah laku Jimin, layanan Jimin kepadanya. Tiba-tiba terasa sakit pula hatinya memikirkan apa yang Jimin lakukan kepadanya. Sudah 1 bulan usia perkahwinannya tetapi Jimin masih belum berubah. Tetap dengan perangai dinginnya itu.
~Kringkring~
Waktu persekolahan akhirnya berakhir. Hyena segera bergegas untuk balik ke rumah. Dia jalan selaju-lajunya ke stesen bas. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelak dari V. Dia tidak mahu menipu lagi. Susah pula perlu memikirkan apa yang perlu digunakan untuk menutupi semua rahsia besar ini.

//DI RUMAH JIMIN//
Hyena sedang duduk bersantai di atas sofa sambil menonton televisyen. Itulah kerjanya jika dia sudah siap melakukan kerja rumah. Tiba-tiba phone Hyena bergetar tanda ada panggilan masuk. Dia segera menggapai phonenya yang diletakkan di meja.
Hyena mengangkat panggilan itu. Dari jauh terdengar suara V dan Jungkook yang memang membisingkan.
Jungkook: Weyh, jom keluar!
Hyena: Hrmh.. Boleh gak... Aq tengah bosan ni... Kat mana?
V: Apa kata dekat Krien Mall? (pelik2 nama mall yang aq buat)
Hyena: Hrmh... Okaylah...
Jungkook: Nak kiteorang ambik kau ke?
Hyena: Eh, tak pe... Aq pn kt luar. Nanti aq pergi terus.
VdanJungkook: Okay!!!
Selesai panggilan tamat, Hyena tak habis-habis merungut. Sakit telinganya akibat suara V dan Jungkook yang memang membingitkan. Dia terus naik ke atas dan bersiap. Selesai bersiap, dia mengunci pintu dan berlalu pergi.

//KRIEN MALL//
Hyena , V dan Jungkook berjumpa juga akhirnya. Mereka semua membuat keputusan untuk pergi bermain bowling. Selepas bermain bowling mereka berjalan-jalan di sekitar mall itu. V sungguh baik hati hari ini. Semua yang diminta oleh Hyena dan Jungkook dibelinya.
Sedang mereka sedang berseronok bersama, ada sepasang mata sedang memerhati semua tingkah laku mereka. Orang itu mengetap bibir melihat semua itu. Dia sempat juga mengeluh.

//PUKUL 7 MALAM//
Hyena sudah pulang dri Krien Mall. Nasib baik Jimin belum pulang lagi dari kerja. Hyena segera mandi dan memakai baju selesa. Dia kemudian masak dan mengemas rumah. Dia tetap masak walaupun dia tahu Jimin tak akan makan. Tetapi apa yang dikisahnya. Peti sejuk ada jadi masukkan sahaja di dalamnya. Esok boleh dia bawa sebagai bekal.
Jadi duit yang diberi oleh Jimin boleh disimpannya. Bijak tak isteri Jimin ni... Hohoho...
Pintu rumah diketuk, Hyena yg sedang mengelap meja makan tersentak. Dia terus pergi ke arah pintu dan membukanya. Membulat matanya apabila melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu itu. Dia terus menutup pintu itu dengan kuat. Dia mengunci pintu itu secepat yang mungkin.
Dia begitu takut. Semua kerjanya tadi dibiarkan. Selepas 10 minit, pintu rumah itu tidak diketuk lagi. Hyena pula duduk di satu tempat dan memeluk tubuh. Air matanya tak henti-henti mengalir. Dia terus menangis.
Kira-kira 30 minit selepas kejadian, pintu rumah diketuk lagi. Hyena tidak berani langsung berganjak dari tempat yang dia sedang duduk. Air matanya mengalir lagi deras. Dia memeluk tubuhnya dengan lebih erat.
Tiba-tiba pintu rumah itu terbuka sendiri. Hyena tidak berani menyuakan muka. Dia menyebamkan mukanya di dalam pelukan tubuhnya.
Jimin: Eh, kau dah kenapa ni? Aq dari tadi ketuk kau tak reti nak bukak ke hah?
Hyena memandang ke arah Jimin dengan perasaan takut.
Jimin: Yg ko menangis tiba-tiba ni dah kenapa?
Hyena: Hik hik.. Awak...
Jimin: Ish... Aq tak fahamlah kau ni dah kenapa. Dah ah....
Jimin terus naik ke biliknya tanpa datang ke arah Hyena. Tangisan dan ketakutan yang dialami oleh Hyena langsung tidak dihiraukannya. Padahal dia nampak yang isterinya itu sedang menangis dan memeluk tubuh. Badan Hyena makin menggigil. Perasaan takut itu masih menghantuinya.
//KEESOKAN HARI//
Hyena tidak berani untuk pergi ke sekolah hari ini. Dia berasa takut untuk keluar dari rumah itu. Dia hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Jimin pula bagai tiada perasaan. Tidak langsung menyapa Hyena dan menenangkan Hyena. Dia cuma membiarkan. Dia langsung tidak kisah kepada Hyena. Tidak timbul langsung rasa hairan atau kesian melihat Hyena menangis seperti itu.
Kira-kira pukul 11 pagi, Hyena keluar dari biliknya. Dia turun ke bawah dan membuka televisyen untuk menghilangkan segala rasa takutnya. Dia memastikan semua pintu, tingkap berkunci. Tirai semuanya dia tarik. Bagai pontianak yang takut pada matahari pula dia sekarang.
Dia cuba mengawal emosinya sekarang. Makanan semalam yang diletakkan di dalam peti ais dikeluarkannya. Dia memanaskan kembali makanan semalam. Tiba-tiba dia terasa bagai ada orang di belakangnya. Dengan cepat, dia menggapai pisau di hadapannya.
Dia memusingkan badannya dan mengacukan pisau. Dia buka mata, tiada sesiapa pun di belakangnya. Dia menghembus nafas lega. Dia sambung memanaskan makanan yang hendak dimakannya.
//SELEPAS BEBERAPA MINGGU//
Hyena sudah kembali seperti dulu. Ceria dan tidak takut lagi. Dia juga pergi ke sekolah seperti biasa. Jimin seperti biasa juga.
Hari itu, Jimin tidak pergi ke kerja. Dia hanya duduk melepak di rumah. Tiba-tiba dia terasa bosan pula di rumah. Dia naik ke atas rumahnya untuk menukar bajunya. Semasa dia hendak naik ke biliknya, dia berselisih dengan Hyena tetapi, dia langsung tidak menegur Hyena. Biasalah memang perangainya.
Hyena juga berasa bosan jadi dia membuat keputusan untuk pergi melawat ommanya. Dia meminta izin daripada Jimin memandangakan ia berkaitan dengan omma Jimin. Mereka harus menyembunyikan hal yang sebenar.
Hyena: Awak, saya nak pergi jumpa omma kejap.
Jimin: Ha?
Hyena: Rindulah dekat dia... Lagipun kesian omma kita lama tak lawat dia.
Jimin: Hrmh... Yela yela pergi.
Hyena: Tapi awk tak ada. Saya nak cakap apa?
Jimin: Okay, dengar betul-betul. Aq tak ulang dah! Ko cakap dekat omma aq ada shooting untuk movie baru. Sebab tu aq tak boleh ikut kau. Faham?!
Hyena: Faham.... *tundukkan wajahnya*
Selepas itu, Jimin terus pergi meninggalkan Hyena. Langsung tidak terdetik di hati untuk menghantar Hyena. Memang kejam!
//DI RUMAH OMMA//
Puan Park sungguh gembira dengan kehadiran Hyena. Sebaik sahaja Hyena sampai dia terus memeluk menantu kesayangannya itu. Mereka berdua melepaskan rindu.
PuanPark: Rindunya omma dengan kamu ni...
Hyena: Huhuhu... Hyena pun rindu omma...
PuanPark: Ermh... Kejap mana Jimin? Dia tak datang ke?
Hyena terus teringat apa yang Jimin katakan tadi sebelum dia pergi. Nasib baiklah dia masih ingat apa yang disuruh oleh Jimin.
Hyena: Oh, Jimin pergi shooting omma. Alah, movie baru. Apetah nama dia...
PuanPark: Lah, yeke... Tak pelah.. Ada jugak privacy antara kita... Hahaha
Hyena: Yelah kan omma... Hahaha...
Kedua-dua mereka menghabiskan masa bersama-sama. Bagus juga Jimin tiada tidaklah Hyena berasa agak kekok apabila bersama mereka bertiga. Yelah jika ada Jimin manalah dia boleh bermanja dengan Puan Park. Nanti Jimin cemburu pula. Yalah,Puan Park kan ommanya.
Jam mula menganjak ke pukul 10 malam. Hyena tahu yang sudah lambat, tapi Puan Park tidak mahu melepaskannya lagi. Puan Park menyuruh Hyena menghantar mesej kepada Jimin mengatakan dia akan balik lewat.
*mesej tau*
Hyena: Awk, saya balik lewat hari ni.
Jimin: Kesah pulak aq... Lantak ko lah nak balik awal ke lambat ke... tak payah nak bagi jadual kau kat aku. Aku tak suka!
Hyena: Awk satu lgi... Saya lupa nak bawak kunci. Jadi, nanti awk tolong eh bukakkan pintu.
Selepas mesej itu, Jimin tidak membalas lagi. Hyena mengeluh di dalam hati. Kenapalah dia dapat dapat suami seperti ini. Terngiang-ngiang pula apa yang Cikgu Chanyeol katakan.
//PUKUL 1 PAGI//
Hujan lebat. Kereta Puan Park meluncur pergi selepas menghantar Hyena. Basah juga Hyena. Dia mengetuk pintu berkali-kali. Dia harap yang Jimin tidak tidur lagi. Tiada jawapan.
Dia mengetuk pintu lagi. Dia terus mengetuk pintu tanpa henti. Tetapi tetap tiada jawapan. Dia mula mencari phonenya dan menghantar mesej kepada Jimin.
*mesej*
Hyena: Awak... Saya dah sampai rumah... Tolong bukakan pintu...
Jimin: Ewah, sedap kau balik lambat. Pastu sedap kau jer nak arahkan aku bukakan pintu...
Hyena: Awk, tloglah... Sejuk ni... Hujan wak....
Jimin: Lantak ah... Gatal kan nk balik lambat. Kau tido kt luar... Lantak ah...
Petir berdentum dan kilat sambar-menyambar. Jimin masih lagi belum membukakan pintu. Hyena mengetuk pintu lagi. Tetap sama.
Akibat kepenatan, Hyena akhirnya tertidur di luar rumah. Dia tidak hiraukan kesejukan. Dia sudah biasa apabila dia miskin dan tinggal dengan abangnya. Rumah mereka tidak semewah rumah Jimin dan Puan Park. Jadi rumah mereka selalu bocor dan basah.
Jimin pula dengan penuh tenang berbaring di atas katilnya. Dia tidak memikirkan tentang Hyena langsung. Dia sedang baring dengan selesa di atas katil sedangkan Hyena sedang tidur dengan kesejukan dan kebasahan.

TBC
_________________________

0.

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now