Kau Yg Terindah Part 8

3.9K 195 2
                                    


//DI HOSPITAL//
Hyena dan Jimin dipindahkan ke wad biasa. Mereka berdua dipindahkan ke wad yang sama. Kali ini hanya mereka berdua. Mereka berdua mengeluh lemah. Sebenarnya tidak mahu bersama.
Hyena buat tidak endah kepada Jimin. Tetapi di dalam hatinya berasa sangat bersalah. Kerana dia berasa bahawa dialah yang menyebabkan kemalangan pada hari itu. Jika dia tidak bertindak sebegitu pasti Jimin akan tumpukan perhatian pada jalan. Dan keretanya pada hari itu tidak akan berlanggar.
Jimin: Eh, bila omma tanya pasal accident ni kau jangan berani nak bukak mulut. Faham!
Hyena: Faham...
Jimin: Hrmh... Kau nak tahu satu benda tak?
Hyena: Apa dia?
Jimin: Semua kemalangan ni disebabkan kau!!!! Kalau tak pasal kau, aku akan tumpukan perhatian dekat jalan! Ni tak sibuk dengan kau! Sepatutnya aku biarkan jer kau bukak pintu aritu. Biar kau mampus! Senang hidup aku!
Hyena: *menangis* Benci sangat ke awak dekat saya?
Jimin: Memang, memang aku benci sangat dengan kau! Sebabkan kau aku jadi macam ni! Kalau kau nak tahu, sejak aku kahwin dengan kau, banyak perkara malang timpa aku! Kau memang pembawak sial kan!
Hyena: Maafkan saya kalau ada banyak perkara malang timpa dekat awak... Tetapi saya tak tahu langsung pasal semua tu....
Jimin: Eh, aku rasa menyesal sangat. Aku buat silap besar! Kalau aku biarkan jer kau hari tu pasti hidup aku tak semalang ni kan? Aku rasalah kan sebab kau ni pembawa sial, abang kau nak jual kau! Susahkan hidup dia jer.. Hahaha *ketawa sinis* Kalau aku jadi abang kau pun, aku akan jual kau!!!
Hyena: Cukup!!!
Jimin: Eh, kau sapa nk suruh aku stop? Kau tu bukan sesiapa melainkan sampah yang aku kutip di tengah jalan!
Hyena: Saya dah tak larat nak hidup dengan awak!!!! Ceraikan saya!!!!
Jimin terdiam sebentar. Dia terkejut dengan kata-kata Hyena. Dia tidak menyangka yang Hyena akan berkata begitu. Dia memikirkan sebentar apa yg dikatakan oleh Hyena.
Jimin: Perlu ke aq ceraikan kau hah!
Hyena: Kenapa awak tak nak ceraikan saya? Lepaskan saya. Saya dah taknak hidup dalam penjara dunia yang awak bina.
Jimin: Kau nak tahu sebab apa? Sebab omma! Dia yg nak aq kahwin dengan kau. Dan sekarang kalau aku ceraikan kau, omma akan sedih. Aku taknak omma aq sedih! Omma aq segala-galanya! Faham!!!! Dan jangan nak perasan aq tak nak ceraikan kau sebab aq cintakan kau! Sebab aq takkan pernah cintakan kau! Kau bukan Rachel!!!!
Hyena menundukkan wajahnya. Air matanya tak henti-henti mengalir dari tubir mata. Penat mengelap air matanya itu tetapi tetap mengalir. Dia cuba menahan perasaanya tetapi tidak boleh. Kenapa dia perlu menangis untuk Jimin? Lelaki yg tak pernah mahu hargainya.
//BEBERAPA HARI KEMUDIAN//
Hari ini Jimin dan Hyena akan mendaftar keluar dari hospital. Keadaan mereka sudah stabil. Mereka mengemaskan pakaian dan semua barang-barang mereka. Puan Park tidak dapat hadir kerana ada urusan. Tetapi dia sudah menghantarkan pemandu untuk membawa mereka pulang.
Sebelum keluar dari pintu utama, Jimin sempat lagi berbisik kepada Hyena.
Jimin: Woi, aq nak kau pura-pura macam kita ni pasangan bahagia. Aq tak nak pemandu tuh perasan apa-apa. Nanti mesti dia akan bagitau mak aq.. faham?!
Hyena: Ermh... ye.. ye... Saya faham.
Mereka terus masuk ke dalam kereta mewah itu. Di dalam kereta mereka cuba sedaya upaya untuk berlakon seperti pasangan bahagia. Tidak mahu sebarang syak.
Selepas setengah jam di atas jalan raya, mereka sampai di rumah. Puan Park menyuruh mereka untuk pulang ke rumah Puan Park tetapi mereka menolak dengan baik. Mereka mahu pulang ke rumah mereka sendiri. Lagipun jika mereka di rumah Puan Park, mereka harus tidur satu bilik. Sudah pastinya Jimin akan menolak sekuat-kuatnya.
//DI RUMAH JIMIN//
Hyena dan Jimin masing-masing masuk ke dalam bilik. Mereka tidak bertegur sapa. Cuma Jimin berasa agak kasihan kepada Hyena dan membantunya membawa beg Hyena ke atas. Selepas itu, Jimin terus berlalu ke dalam biliknya.
Hyena menghempaskan badannya ke atas katil. Dia memandang seluruh biliknya. Rindu benar dia pada biliknya itu. Katilnya dan semuanya. Tetapi dia baru teringatkan sekolahnya. Sudah lama dia tidak datang sekolah. Dan kejadian tempoh hari. Pasti V dan Jungkook masih pelik dengan kejadian itu.
//DI SEKOLAH//
Hyena bertegas untuk ke sekolah. Dia rindu pada sekolahnya dan semestinya semua kawan-kawannya. V dan Jungkook kawan baiknya. Selepas menyerahkan surat di pejabat, Hyena terus masuk ke dalam kelasnya. Kehadirannya disambut oleh semua rakan kelasnya. Mereka menanyakan khabar Hyena.
V dan Jungkook yg sebenarnya di kantin terus berlari ke kelas. Mereka dengar yang Hyena datang ke sekolah. Sampai di dalam kelas, mereka terus menghampiri Hyena.
V dan Jungkook: Eh, kau datang sekolah dah? Yea!!!
Hyena: Hihihi... Yer aq dah datang.... Im back!!!!
Jungkook: Miss u...
V: Yeah... Me too!!! *juihkan bibirnya*
Hyena: Alolo, kawan aq 2 org nieyh... Hahaha... Miss u guys too!!!
Semua: Hahaha....
V: Erm... Weyh... Sebelum kejadian tuh... Bukan ada seorang lelaki tarik tangan kau ke? Dia bawak kau pergi dari mall kan? Dan dia pun kemalangan dengan kau kan... Siapa dia?
Jungkook: Aa... Siapa dia tuh?
Hyena: Tak ada apa-apalah... Dia tu abang aq jer...
V: Yeke? Tapi kenapa dia perlu heret kau keluar?
Hyena: Erm.. Mak aq sruh balik tapi aq buat bodoh jer, tu abang aq datang tuh... Masa tu dia marah sikit sebab tu lah...
VdanJungkook: Ooh....
//DI LUAR SEKOLAH//
Hyena sedang berjalan ke arah stesen bas. Dia berjalan dengan agak perlahan kerana kepalanya agak sakit. Sampai sahaja di stesen bas dia terus mengambil tempat duduk di stesen bas. Dia mengurut-ngurut kepalanya yg terasa agak sakit.
Tiba-tiba ada sebuah kereta mewah menghampiri Hyena. Hyena menganggap yg ia ialah V dan Jungkook. Tetapi jangkaannya meleset. Orang itu menurunkan cermin tingkapnya yang semangnya gelap. Tinted lah katakan.
Xxx: Eh, yg kau tercegat kat situ buat apa hah? Cepatlah naik!!!
(surely lah korg tahu sape kan... Saper lagi kalau bukan our Fierce Husband)
Hyena memandang Jimin lama. Selepas berfikir panjang dia naik ke dalam kereta mewah itu. Tapi kereta ini langsung tak familiar baginya.
Sebaik sahaja pintu ditutup, Jimin terus memandu keretanya. Dia memasang radio dan menumpukan perhatian di atas jalan. Sejujurnya dia masih lagi fobia dengan kejadian tempoh hari. Oleh sebab itu, dia cuba membawa keretanya hari ini.
Hyena: Hrmh... Awak... Bile awak beli kereta?
Jimin: Perlu ke kau tahu?
Hyena: Hrmh... Kesah pulak aq kan... Nk bgitahu, bgitahu lah... X nak sudah....
Hyena sekarang sudah berani melawan apa yg dikatakan oleh Jimin. Cukuplah dia bersabar selama ini. Hatinya juga banyak terluka. Dia juga malas melayan perangai Jimin yg dianggapnya kadang kala seperti kebudak-budakkan. Rimas pula jadinya.
Jimin: Ewah, kau sekarang dah pandai eh... Aq sepak kau baru tahu...
Hyena: Sepak jerlah... Saya bukan sesiapa pun untuk awak... Teruskan jerlah... Saya kan boneka untuk awak...
Jimin: Argh... Malas aq nak layan kau!
Hyena: Sape suruh layan?
Jimin dan Hyena terus bergaduh. Bertikam lidah benar mereka berdua. Ini bertambah rancak kerana Hyena sudah pandai melawan apa yg dikatakan oleh Jimin. Dia tidak lagi takut kepada Jimin. Baginya, dia juga ada hak untuk mempertahankan diri sendiri daripada terus dihina, dicaci, dimaki dan macam-macam lagi. Walaupun Jimin itu suaminya, dia masih lagi manusia. Manusia yg ada hati dan perasaan. Yg boleh merasai sakit, gembira dan sedih.
//MOWLSIN MALL//
Jimin terus memandu memasuki Mowlsin Mall. Hyena yg dari tadi sdang memandang ke arah luar tersentak. Dia mula bertanya kepada Jimin.
Hyena: Eh, kenapa awak bawak saya kat sini?
Jimin: Asal tak leh? Kau nampak tempat ini macam club ke? Bukannya aku nak jual kau.... Kalau aku nak jual aku tak hantar kau dengan baju sekolah.
Hyena mengetap bibirnya. Lain yg ditanya, lain yg dijawabnya. Sudah itu, panjang lebar pula jawapannya. Jawapan yg tiada kena mengena dengan soalan yg diajukan. Dia sudah malas melayan kerenah Jimin. Dia cuma duduk diam.
Selepas mermakir keretanya, Jimin mengajak Hyena masuk. Tetapi Hyena tiba-tiba berdegil tidak mahu ikut Jimin masuk ke dalam. Dia tidak berganjak dari tempat duduknya.
Jimin: Eh, kau dah pahal? Cepatlah turun!!!
Hyena: Tak nak... Nk pegi, pegi jer lah...
Jimin: Ish... Kau ni kan memang nak kene....
Hyena: Aper yg ko berani buat...
Jimin menyeluk sesuatu di poketnya. Hyena memandang ke arah Jimin. Dia berasa agak takut sedikit. Manalah tau Jimin agak psiko, jadi dia mungkin keluarkan pisau dan macam-macam lagi.
//DI RESTORAN JEPUN//
Selepas pelayan itu menghantar makanan, Jimin mula menggosok-gosok tangannya. Terserlah kelaparannya. Dia mula mengambil penyepit. Dia sudah mula makan, tetapi dia berhenti seketika apabila melihatHyena langsung tidak menyentuh makanan itu.
Jimin: Asal kau x makan?
Hyena: Saya cakap saya x nak ikut kan... Ish...
Jimin: Kau ikut jugak kan... Hahaha... *gelak*
//FLASHBACK//
Jimin mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Rupanya itu ialah.... Phone Hyena yg dibaling Jimin tempoh hari. Tangan Hyena mula menggapai phonenya dari tangan Jimin tetapi tidak berhasil. Jimin asyik mengelaknya. Geram pula hatinya.
Hyena: Ish... Apa awk nk buat dengan phone saya tuh hah?
Jimin: Kt dalam ni ada kedai jual phone kan... So... Aq ingat nak jual ah...
Hyena: Wait, what!!!! Eh, bagi balik lah... *cuba merampas phone*
Jimin: Hahaha... Aq x leh guarantee... Byebye...
Jimin berjalan meninggalkan Hyena yg sdang duduk di dalm kereta. Takut dengan apa yg Jimin akan lakukan kepada phonenya, Hyena mengekori Jimin masuk ke dalam mall itu. Jimin sempat menoleh ke belakang. Dia lihat Hyena mengikutinya. Dia ketawa gembira. Dia kemudian mengunci keretanya.
//END FLASHBACK//
Hyena: Ish... Dah awk yg paksa... Hrmh...
Jimin: Aq rasa lah kan... Aq nak gi jual dekat depan tuh nanti...
Hyena: Ape ni... Saya dh ikut awk masuk... Dahlah bagilah balik!
Jimin: Makan dulu!
Hyena: Ish... *annoyed*
Hyena akhirnya makan jua. Dia amat takut phonenya akn dijual oleh Jimin. Paham-paham lah Jimin... Jika dia kata dia mahu lakukan, dia akan lakukannya. Itu yg membuatkan Hyena takut. Phone kesayangan tuh... Rugi jer kalau jual... Banyak memori keyh...
//DI RUMAH JIMIN//
Sampai sahaja di rumah, Hyena terus masuk ke dalam biliknya. Dia sempat lagi menghempaskan pintu. Benci betul dia dengan perlakuan Jimin hari ini. Macam-macam betul.
Hyena: Kalau nak bagi tuh, bagi jerlah!!! Ni sibuk macam-macam... Ish... Geramnya!!!!
Hyena menghentak-hentakkan kakinya. Geram betul dengan Jimin. Kata mahu memberikan phonenya, tetapi langsung tidak dapat. Banyak pula dalihnya. Dia cuba untuk tenang.

TBC
____________

��Wݹ��

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now