Kau Yg Terindah Part 17

3.4K 195 5
                                    


Kau Yg Terindah (ep17)

(mian kepada readers.. Skang slow update.... Too much stresses...)

//KEESOKAN PAGI//

Jimin turun dari biliknya. Dia sudah siap memakai baju kemeja dan kot. Dia membetulkan tali lehernya. Sedang dia turun tangga, matanya tertancap pada Hyena. Hyena sedang tidur dalam keadaan sekelilingnya berselerak. Jimin merapati isterinya itu.

Dia tidak sampai hati hendak mengejutkan isterinya itu. Dia tahu jika dia kejut, isterinya cuma akan bertambah marah dengannya. Dia melihat sekeliling Hyena. Memang bersepah. Kusyen di merata-rata. Matanya tiba-tiba menangkap sesuatu. Cebisan-cebisan kertas.

Jimin: Sapa punya keje ni! Kalau aq dapat, siaplah!

Jimin kemudian pergi meninggalkan Hyena. Dia memakai kasut dan kemudian berlalu pergi dari rumah. Dia memandu keretanya ke tempat kerja. Di kepalanya tak habis-habis memikirkan tentang gambar itu.

Hyena akhirnya tersedar dari tidur. Dia sedar selepas 20 minit Jimin beredar. Hyena menjengukkan kepalanya ke luar tingkap. Dia memandang halaman rumahnya. Tiada kereta Jimin. Itu bermaksud Jimin sudah keluar bekerja.

Dia kemudian menyelak rambutnya yg menutupi matanya. Dia memandang keadaan sekeliling. Amat berselerak. Dia memegang dahinya.

Hyena: Apa yg aq buat semalam ni... Haish..

Hyena kemudian bangun dan mengemas rumahnya. Dia meletakkan kembali kusyen di tempat yg sepatutnya. Dia mengutip cebisan-cebisan gambar. Dia buang ke dalam tong sampah. Lagi dia lihat, lagi dia benci.

Dia kemudian segera masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Selesai menyarungkan uniform sekolah, dia membetulkan tali leher. Dia kemudian menggalas begnya dan turun ke bawah. Dia mengunci pintu dan keluar dari rumah.

//DI SEKOLAH//

V dan Jungkook sedang sibuk membaca buku komik di dalam kelas. Mereka masih tidak menyedari kehadiran Hyena di dalam kelas. Hyena mula melangkah ke arah mereka. Dia meletakkan begnya di atas meja dan memusingkan kerusi menghadap mereka berdua.

Hyena: Woi... *tolak buku komik*

V: Eh, kau.... Bila sampai?

Jungkook: A'a bila kau sampai? Tak perasan pon...

Hyena: Macam mana nak perasan dah kusyhuk sangat baca komik ni....

Jungkook: Hihihi... Ha, macam mana?

Hyena: Apa yg macam mana?

V: Alah, kau ni... Holiday kau ah...

Hyena menelan liur. Dia mula berasa cemas. Holiday? Macam mana mereka berdua tahu? Dia perlukan seseorang untuk menolongnya.

CikguPrince: Ehermm.. Kelas?

Nasib baik Cikgu Prince masuk ke dalam kelas. Jika tidak, mati katak Hyena hendak menjawab soalan dari V dan Jungkook. Semua pelajar bangun untuk memberi hormat kepada Cikgu Prince.

~Kring kring~

Loceng sudah berbunyi. Bermakna sudah tamat waktu persekolahan pada hari ini. Hyena mengeluh lemah. Malas betul dia hendak pulang ke rumah. Dia memeriksa bawah mejanya. Dia lihat ada sekeping nota. Dia mengambil dan membaca nota itu.

'Jumpa aku kat atas bumbung...'

Hyena mengerutkan dahinya. Penat dia fikir siapa yg menghantar nota itu kepadanya. Selepas berfikir seketika, dia pun naik ke atas bumbung. Dia mencari-cari orang di situ. Dia terlihat V dan Jungkook di atas sana. Lega hatinya melihat mereka.

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now