Kau Yg Terindah Part 15

3.9K 189 5
                                    


//DI DALAM TEKSI//

Kedua-dua mereka agak senyap kerana amat penat. Jimin masih lagi boleh tahan penatnya. Tetapi Hyena tidak. Jimin mengalihkan pandangannya kepada Hyena. Sudah tertidur. Dia menggelengkan kepalanya.

Jimin: Haish.. Budak ni... Memang 'sleepholic' betul... *dalam hati* (ceh aq cuba buat ayt baru...)

Teksi sudah sampai di perkarangan hotel yg mereka duduki. Jimin membayar tambang teksi itu. Dia kemudian memandang Hyena. Tidak sampai hati pula hendak mengejutkan Hyena. Dia kemudian perlahan-lahan mendukung tubuh Hyena keluar dari teksi.

Masuk sahaja di dalam lobi hotel, Jimin meletakkan Hyena di atas sofa. Dia kemudian pergi ke kaunter sebentar untuk mendapatkan kunci biliknya. Selepas itu, dia kembali mendukung Hyena masuk ke dalam lif. Hyena sememangnya tidak sedar kerana dia tidur mati.

Pintu lif terbuka. Jimin keluar sambil tangannya mendukung Hyena, membawa teddy bear dan membawa beg shopping. Superman betul Jimin hari ini. Dia masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan Hyena di atas katil. Selepas itu, dia menyimpan semua barang.

Dia memandang ke arah Hyena yg sedang nyenyak tidur. Di muka Hyena masih ada makeup. Dia segera bangun dari tempat duduknya dan pergi ke tandas. Dia kemudian keluar sambil tangannya membawa, span muka, pembersih muka, krim malam dan juga air. Dia mula mencuci muka Hyena dengan pembersih muka. Kemudian dia lap dengan tisu. Seterusnya dia meletakkan krim malam kepada Hyena.

Jimin sebenarnya bukan apa. Dia cuma tidak mahu muka licin Hyena hilang. Jika dia kekalkan makeup di muka, pastinya jerawat senang tumbuh. Habislah muka isterinya yg licin itu. Selepas itu dia mencuci semuanya.

//KEESOKAN PAGI//

Hyena membuka matanya perlahan-lahan. Dia baru tersedar dari lenanya yg panjang. Entah kenapa dia kerap sangat tidur panjang dan susah untuk sedar. Tetapi dia tiba-tiba menjerit...

Hyena: Argh!!!!!!!

Dia segera menutup matanya dengan tangan. Jimin yg baru tersedar bahawa Hyena sudah bangun, segera menggapai tualanya. Rupanya, Jimin sedang menukar baju tadi. Dan Hyena sudah nampak Jimin *tututut*... Jimin kemudian mendekati Hyena.

Jimin: Apa yg ko nampak tadi?

Hyena: Tak... Tak ada apa...

Jimin: Kau nampak aku punya eeherm eh?

Hyena: Tak.. Tak jelas....

Jimin: Apa kau ni?

Hyena: Saya kan rabun jauh... So tak nampak lah!

Jimin: Oh... Aq ingat apa tadi.. Dah kau pergi mandi...

Hyena: Ha, baik...

Jimin: Dan jangan keluar selagi aku belum benarkan. Taknak pisang berbuah dua kali. Faham!

Hyena: Okay... Nanti bagi isyarat keyh...

Jimin: Dahlah tu... Cepat!

Hyena segera turun dari katil dan menggapai tualanya yg tersidai di suatu sudut. Setahunya dia tidak menyidai tualanya di situ. Entah siapa yg buatkan.. Tapi siapa lagi di dalam bilik itu. Cuma mereka berdua. Sudah tentunya itu kerja Jimin.

Dia segera masuk ke dalam bilik air dan mandi. Dia melihat mukanya di cermin. Tiada lagi kesan makeup semalam. Dia pelik. Setahunya dia sudah tidur dan tak sempat mencuci muka. Dia pelik. Mukanya juga berbau seperti krim malam yg dia selalu gunakan sebelum tidur.

Selepas mandi, dia mengetuk pintu tanda isyarat dia mahu keluar. Jimin kemudiannya berdehem...

Jimin: Dah, kau boleh keluar....

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now