Kau Yg Terindah Part 11

3.5K 191 5
                                    


Tiba-tiba, Jimin diserang dari belakang. Kepalanya dipukul kemudian mukanya ditumbuk. Jimin tidak sempat melawan kerana dipukul curi dari belakang. Selepas itu, lelaki yg memakai topeng itu pergi dari situ.

Hyena yg dari tadi melihat kejadian itu mula keluar dari kereta. Dia menghampiri Jimin yg terduduk di tepi kereta.

Hyena: Hik... hik... Awak kenapa ni....

Selepas keadaan Jimin agak stabil, mereka pulang ke rumah. Hyena cuba untuk membawa kereta. Dia meletakkan Jimin di sebelahnya. Selepas beberapa minit, mereka pun sampai ke rumah.

Selepas membuka pintu utama, Hyena memapah Jimin ke sofa. Selepas Jimin duduk, Hyena segera pergi ke dapur untuk mengambil kain dan air suam. Dia meletakkan sedikit antiseptik di dalam air suam itu. Kemudian dia bawa keluar.

Dia mula menuam lebam-lebam di muka Jimin. Jimin mengerang kesakitan.

Jimin: Auch... Pelan-pelan lah sikit....

Hyena: Ala awak ni... Tahan lah sikit.

Selesai menuam muka Jimin, Hyena mengangkat besen yg berisi air suam itu ke dapur. Sedang dia membersihkan semuanya, phonenya berbunyi. Dia melihat ada mesej.

XXX: Tu baru sikit... Kalau kau tak nak dia lebih teruk, lebih baik kau ikut apa yg aku cakap! Faham! Kalau tak suami kau tuh dalam bahaya!

Hyena menelan liur tatkala membaca mesej itu. Tahulah dia siapa yg melakukan itu kepada Jimin. Dia cuba mengawal ekspresi mukanya dari disyaki oleh Jimin. Selepas itu, dia membawa air sejuk untuk Jimin. Selepas membantu Jimin masuk ke dalam bilik, Hyena terus masuk ke dalam biliknya.

Hyena: Ya tuhan, kenapa semua ni perlu terjadi... Tolonglah jangan biar apa-apa terjadi pada Jimin. Aku tak mahu dia tersakiti hanya kerana aku. Aku sayangkan dia...

Hyena bermonolog sendirian. Sambil itu air matanya tak henti-henti mengalir. Dia benar-benar takut dengan ugutan abangnya tadi. Lagipun abangnya itu sudah mula menunjukkan belangnya. Dia takut Jimin akan teraniaya lagi. Dia tidak mahu lihat Jimin sakit sebegitu.

Dia cuba menahan tangisannya. Dia perlu kuat untuk menghadapi semua cabaran ini. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada kehidupannya yg sudah bahagia sekarang. Baginya, abangnya bukanlah tuhan. Dia tidak boleh memusnahkan kebahagian seseorang.

//SEHARI SELEPAS KEJADIAN//

Hyena keluar curi-curi daripada pengetahuan Jimin. Ini kerana dia perlu berjumpa dengan abangnya itu. Abangnya mahukan duit lagi. Dia cuba sedaya upaya untuk keluar tanpa pengetahuan daripada Jimin.

Selepas berjumpa dengan abangnya, Hyena menyerahkan sejumlah wang di dalam sebuah sampul.

Hyena: Eh, abang jangan nak kacau saya lagi! Nah duit! Jangn sentuh Jimin lagi! Kalau tak...

Abang: Kalau tak apa?!

Hyena: Saya akan laporkan dekat polis!

Abang: Oh, kau berani?

Abang Hyena mula menarik rambut Hyena dengan kuat. Semakin lama semakin kuat tarikannya. Dia menghemburkan kata-kata kesat kepada Hyena.

Hyena: Kenapa? Abang memang layak kena penjara! Abang penjenayah!

Abang: Kau, jangan kurang ajar sangat!

Abang Hyena menampar pipi Hyena dengan kuat. Dia menampar lagi sekali. Hyena terus menangis. Air matanya menggambarkan betapa sakitnya tamparan itu.

Abang: Oh, ya.... Kau hantar lambat kan? So... Kalau kau tak nak suami kau yg sakit.... Baik kau yg terima pukulan itu!

Abang Hyena terus menolak Hyena ke tanah. Sambil itu, kakinya tak henti-henti menendang tubuh kecil Hyena itu. Tanpa kasihan dia menendang Hyena. Selepas puas hati, abang Hyena berlalu pergi bersama sampul itu.

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now