Kau Yg Terindah Part 9

3.7K 183 2
                                    

//PUKUL 10 MALAM//

Jimin menerima panggilan dari kawan-kawannya. Dia mengangkat panggilan itu.
XXX: Eh, we kau tak nak datang ke hah?
Jimin: Datang apa pulak? Cuba bagitahu... Maen serjah jer kau ni!
XXX: Party lah!!! Ni dah lama tunggu kau ni...
Jimin: Malaslah... Penat... *bohong*
XXX: Alah, tahulah org tuh dah ada bini. Mana lah nk spent time dgn kiteorg ni.... Wife dia kan special... Hohoho....
Jimin: Eh, macam mana kau tahu yg aq dah ada bini? *cuak*
XXX: Apa yg aq x tahu... Semua aq tahu hahaha.... Mehlah lepak sini...
Jimin: Hrmh.. Yela....
XXX: Bawak ah bini kau tu sekali... Boleh kenal dengan bini-bini kiteorang...
Jimin: Dia?
XXX: Yelah... Tak yah lah nak sombong sangat...
Jimin: Hrmh... Okay kejap lagi aq sampai...
XXX: Gud... Byebye....
Jimin mengeluh sebaik sahaja mematikan panggilan itu. Kenapalah dia disuruh oleh kawannya untuk membawa isterinya sekali. Menjengkelkan betul lah. Haish... Dengan kaki yg lemah, dia melangkah ke bilik isterinya. Dia mengetuk pintu bilik isterinya.
Selepas beberapa ketukan, pintu bilik terbuka. Hyena timbul di muka pintu. Dia memandang ke arah Jimin.
Jimin: Kau pergi siap sekarang!
Hyena: Kenapa pulak? Perlukah aq?
Jimin: Kau jangan banyak soal! Pergi sekarang!!! Pakai yg lawa-lawa... Cepat!
Hyena menelan liur apabila mendengar amarah Jimin. Dia menutup pintu dan terus ke almari baju. Sambil itu, mulutnya tak henti-henti memaki hamun.
Hyena: Ish, dia tuh dah kenapa... Sikit-sikit nak marah... Dahlah kalau marah, macam bapak singa... haish... my fierce husband...
Selesai memakai baju, Hyena turun ke bawah. Jimin sudah menunggunya di ruang tamu. Jimin menoleh ke arah Hyena.
Melihat Hyena mulut Jimin agak ternganga. Dia memandang Hyena tanpa henti. Dalam hatinya tak lepas-lepas memuji kecantikan wajah Hyena.
Jimin: Lawanya dia... Haish.... Muke dia nak iras Rachel. Eh, asal aq ni... Sedar, sedar Jimin! *dalam hati*
Jimin: Ha, dah? Jom!!!
Hyena: Ada awk nampak saya ni macam baru nak pergi siap....
Nasib baik Jimin tidak mendengar apa yg dikatakan oleh Hyena tadi. Mereka terus masuk ke dalam kereta dan pergi ke kelab itu. (ceh kelab... Mcm pelik pulak...)
Jimin menumpukan sepenuh perhatian di atas jalan. Hyena yg sedang bermain-main dengan tali keledar tidak diendahkannya. Hyena berasa pelik mengapa Jimin menyuruhnya memakai baju yg cantik-cantik dan bawanya keluar. Hendak ke mana? Dan hendak buat apa?
Hyena: Awk, kite nak pergi mana?
Jimin: Ikut jelah... Tak payah banyak tanya....
Hyena: Eleh, dia ni... Orang tanya pun nak marah.Hrmh!
//DI PERKARANGAN KELAB//
Mata Jimin melilau-lilau mencari parkir di sekitar kelab malam itu. Hyena pula tidak sedang duduk memerhati keadaan sekeliling. Tidak biasa pula dengan persekitaran seperti itu.
Hyena: Eh, awak.... Awak nak jual saya ke? Janganlah awak...
Hyena mula teringat apa yg dikatakan oleh Jimin semasa di hospital dan di Mowlsin Mall. Jimin pernah cakap jika dia menjadi abang Hyena dia juga akan menjualnya.
Jimin: Kau dah kenapa, sengal?!
Hyena: Abistu kenapa kita dekat kelab? Awak nak jual saya ke? Hikhik....
Jimin: Taklah! Kawan-kawan aq buat party... So dia suruh bawak isteri sekali... Dah faham?
Hyena: Hihihi... Ingatkan apa tadi... *tunjuk gigi*
Selepas selesai mermakir kereta, mereka berdua masuk ke dalam kelab itu. Jimin mencari-cari kawan-kawannya. Bila sudah jumpa, mereka berdua pergi ke arah kawannya.
XXX: Eh, beb! Dh sampai!!!
Mereka berdua berjabat tangan. Selepa itu, Jimin dan Hyena duduk.
Jimin: Ha, perkenalkan ni bini aq Hyena.
Semua: Hai... Hahaha...
XXX: Lawa doh bini kau....
Hyena yg mendengarnya mula tersipu-sipu malu. Pipinya agak merah dan terasa bahang. Kembang-kembang.
Selepas berkenalan sesama sendiri, perempuan bersama perempuan dan lelaki bersama lelaki. Mereka bersembang bersama-sama. Sikap Hyena yg peramah dan baik hati membuatkannya mereka semua menyenangi Hyena. Semuanya amat gembira.
Selepas beberapa ketika, Hyena bangun menuju ke meja yang ada air. Dia berasa dahaga pula. Dia meneguk minuman yg disediakan di atas meja itu. Selepas satu tegukan, dia merasa air itu sedap pula. Dia meneguk lagi.
~Selepas beberapa ketika...~
Jimin yg sedang sibuk bersembang tersentak. Dia melihat Hyena. Sudah terhuyung-hayang. Dia segera merapati Hyena.
Jimin: Uish... Berapa banyak kau dah sebat hah? Eh, eh... Aq x minum lagi....
Hyena: Hihihi... Awak... *pegang muka Jimin*... Hahaha....
Jimin memegang Hyena yg sudah hampir jatuh. Dia membawa Hyena keluar dari kelab itu. Selepas meletakkan Hyena di sit penumpang, Jimin segera masuk ke dalam kereta. Dia memandu keretanya.
Hyena: Hihihi... Mna awk bawak saya ni... Sayang? Hahaha...
Hyena dari tadi tak henti-henti gelak. Jimin yang melihatnya hanya menggelengkan kepala. Tidak sangka pula jika Hyena mabuk sebegini. Jimin ketawa apabila Hyena bercakap benda yang pelik dan agak kelakar.
//DI PERKARANGAN RUMAH JIMIN//
Jimin cepat-cepat menurunkan Hyena dari sit penumpang. Keadaan Hyena yg agak mabuk memang menyusahkannya. Dia membuka pintu bilik Hyena dan meletakkannya di atas katil. Mujurlah hari ini tidak berkunci.
Belum sempat Jimin melangkah keluar, tangan Jimin dipegang oleh Hyena. Dia menoleh memandang Hyena yg semestinya sudah mabuk sangat.
Hyena: Alo, sygku...Nak pergi mana? Meh la sini... Nk tido ngan you Jimin oppa...
Jimin menghembuskan nafas sekuat-kuatnya. Dia akhirnya menurut apa yg dikatakan oleh Hyena. Dia mengambil tempat di sebelah Hyena. Hyena pula selepas Jimin berada di sebelahnya, dia terus memeluk erat tubuh Jimin. Jimin hanya tersenyum.
Hyena: I love you, Jimin oppa.... Hihihi... Dont be too fierce... I love you...
Hyena akhirnya tertidur di dalam dakapan Jimin.
//KEESOKAN PAGINYA//
Hyena sudah tersedar sedikit. Dia tahu yg dia sedang memeluk sesuatu tetapi dia berasa pelik dengan benda yg dipeluknya. Terasa besar pula bantal peluknya kali ini. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia baru sedar yg dia sedang memeluk Jimin.
Hyena: Eh, apa ni... Macam mana awk boleh ada kat sini hah? Apa awak buat?
Hyena terus cemas. Dia melepaskan pelukan dengan cepat. Dia memandang Jimin yang sedang menggosok matanya. Dia melihat di bawah selimut. Dia menghembus nafas lega apabila melihat masih ada lagi bajunya.
Jimin: Ish... Kau ni... Mna ada... Kau mabuk semalam... Lepastu kau yg ajak aq tidur sini... Kau yg x nak lepaskan aq.
Hyena: Huh? Mabuk? Saya ke?
Jimin: Yelah... Berapa botol kau minum ni... Aq tengok khayal semacam jer...
Hyena: Boleh tahan gak... Hihihi...
Jimin: Dah2... Tu tgok mulut tu, bau lagi... Haish...
Hyena: Alamak....
//BEBERAPA HARI SELEPAS ITU//
Hyena pergi ke sekolah seperti biasa. Menaiki bas. Jimin tidak menghantar atau menjemputnya lagi. Bermula sudah angin Jimin itu. Hyena cuma membiarkannya. Lagipun sudah biasa. Sudah hampir 9 bulan mereka berkahwin. Jadi perkara itu sudah biasa.
//DI SEKOLAH//
Hyena sdang sibuk bersembang dengan kawan-kawannya. Tiba-tiba Cikgu Prince memanggilnya. Cikgu Prince menyuruhnya ke pejabat. Katanya ada orang hendak berjumpa dengannya. Hyena segera keluar dari kelas dan menapak ke pejabat.
Di dalam perjalanan, dia sibuk berfikir siapakah gerangan orang yg hendak berjumpa dengannya.
Hyena: Eh,siapa pulak nak jumpa dengan aq? Ha, tah-tah Jimin oppa. Dia ni kan agak gila... Yeayea... Dia datang sekolah aq...
Sampai sahaja di pejabat, matanya terus membulat. Jangkaannya meleset. Bukan Jimin yg datang berjumpa dengannya, tetapi abangnya!!!! Hyena berasa ketar lutut di saat bertatapan mata dengan abangnya. Ya, lelaki yg pernah cuba untuk menjualnya. Dia menelan liur.
//DI TAMAN//
Abang Hyena mengajaknya berjumpa di taman sekolah. Mahu lebih privasi. Hyena berani mengikut kerana ia masih dalam kawasan sekolah. Hyena berasa agak takut.
Abang: Ewah, kau sekarang... Dah kayalah kira eh... Hahaha *gelak jahat*
Hyena: Ish, abang nak apa! Pegilah!
Abang: Kau! Pandai nak melawan eh sekarang.... Kau tu untung jer, tak kena jual...
Hyena menundukkan wajahnya. Terimbas kembali kejadian itu. Dia benar-benar takut.
Abang: Eh, sebab kaulah aq nyaris mati! Nampak ni... Parut!!!
Hyena: Kenapa pulak saya!!!
Abang: Eh, sebab kau lari, diaorg pukul aq! Kau memang dasar adik tak guna kan!!!
Abang Hyena menarik rambut Hyena dengan kuat. Sehinggakan Hyena menjerit kuat. Dia cuba melepaskan genggaman tangan abangnya itu.
Hyena: Ish, apa ni! Lepaslah!!!
Abang: Sekarang, kau dah kaya kan! Aq nak duit.
Hyena: Yg kaya tu suami saya! Bukan saya! Abang pergilah!!!
Abang: Berlagak eh kau sekarang!!! Kau nak aq ganggu suami kau ke hah!
Hyena: Abang jangan berani nak apa-apakan dia eh!
Abang: Kalau taknak, bagi aq duit!!!!
Hyena menahan tangisannya. Dia cuba menahan sakit dari genggaman tangan abangnya itu. Selepas beberapa minit, abangnya melepaskan genggaman itu. Dia kemudian berlalu pergi dari sekolah Hyena.
Hyena membetulkan kembali rambutnya yg kusut masai itu. Dia pergi ke tandas. Membasuh mukanya yg agak sembam. Dia berfikir sejenak. Mengapa semua ini harus terjadi padanya? Kenapa kebahagiaannya harus diganggu?

TBC
______________________________

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg Terindahحيث تعيش القصص. اكتشف الآن