Kau Yg Terindah Part 20

4.3K 234 13
                                    

Kau Yg Terindah (ep20)

//DI HOSPITAL//

Hyena dibaringkan di atas strecher. Beberapa nurse membantu Jimin menolak Hyena. Jimin makin cemas. Darah masih belum berhenti keluar. Strecher itu ditolak semakin laju. Akhirnya mereka sampai di hadapan pintu. Jimin ingin menolak lagi tapi dihalang oleh nurse.

Nurse: Encik maaf... Sila tunggu ya...

Jimin melepaskan pegangan tangannya di strecher itu. Nurse itu kembali menolak Hyena masuk ke bilik itu. Bilik kecemasan. Jimin mengambil tempat duduk di kerusi yg disediakan. Hatinya tidak tenang.

Jimin: Apa yg aku dah buat... Semua salah aq!

Tanpa disedari air mata menitis perlahan-lahan di pipi Jimin. Semakin deras tangisan dia. Jimin tidak henti-henti melihat ke arah bilik kecemasan. Dia menunggu keputusan.

Selepas 1 jam menunggu, akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan. Jimin yg sedang duduk terus bangun dan pergi ke arah doktor itu.

Jimin: Dok, macam mana dengan anak saya? Isteri saya?

Doktor: Erm.. Encik maafkan saya.. Bayi encik tidak dapat diselamatkan. Bayi encik sangat lemah dan jantungnya sudah berhenti berdegup.

Jimin: Hah... *mengalirkan air mata* Isteri saya?

Doktor: Erm... Encik boleh tak kita bincang dalam bilik saya?

Jimin kemudian mengikut doktor itu masuk ke dalam bilik. Doktor itu duduk bertentangan dengan Jimin. Jimin juga melabuhkan punggungnya di atas kerusi yg tersedia. Dia berasa gementar.

Doktor: Encik, masanya dah nak sampai....

Jimin: Sampai? Masa apa?

Doktor: Takkan encik tak tahu? Isteri encik tak bagitahu?

Jimin: Hah? Bagitahu?

Doktor: Dia menghidap barah otak tahap empat. Dan kini dia dah ada komplikasi pada jantung.

Jimin: Doktor tipu kan! Tak, tak mungkin! Langsung tak ada tanda-tanda!

Doktor: Sabar, sabar encik. Dia selalu tak tertidur? Lama kan?

Jimin: Ye doktor... Kenapa?

Doktor: Dan bila awak kejut atau awak kacau dia, dia tak bangun kan... Sebenarnya masa tu dia pengsan. Tapi mungkin tak sedar.

Jimin: Itu sebenarnya jawapannya. Dia memang selalu tidur kan. Dia ada peluang untuk hidup kan? Cakap! Cakap doktor!

Doktor: Maafkan saya, tapi tak ada. Dulu jika dia hidap barah mungkin ada harapan tapi kini dia menghidap komplikasi pada jantung. Maaf encik... Jangka waktu untuk dia hidup dah tak lama.

Jimin: Macam mana dengan dia? Berapa hari...

Doktor: Tak sampai sebulan encik... Buatlah dia bahagia.

Jimin keluar perlahan-lahan dari bilik doktor itu. Air mata tak henti-henti mengalir. Kakinya sekarang rasa seperti tidak mampu berjalan lagi.

Berita yg didengarinya tadi mula membuat dia sebak. Dia berasa amat menyesal.

Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam wad yg menempatkan Hyena. Hyena mungkin tidak sedar lagi. Dia membuka pintu perlahan-lahan. Hyena masih tertidur. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yg terletak di sebelah katil Hyena.

Jimin menatap wajah Hyena yg tenang itu. Seperti terukir senyuman. Comel, wajah keanak-anakan. Mukanya licin dan bersih tanda tulusnya hati kecilnya. Air mata yg cuba diseka perlahan-lahan gugur.

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now