Kau Yg Terindah Part 4

4.2K 218 3
                                    

//DI SEKOLAH//
Nasib baik Hyena sempat sampai sebelum pintu pagar sekolahnya tutup. Sampai sahaja di dalam sekolah, dia terus meluru ke kelasnya. Dia mengambil tempat duduknya. Sambil itu dia mengemaskan rambutnya yang agak kusut masai kerana berlari daripada stesen bas.
Ini semua kerana Jimin. Kalaulah dia menghantar Hyena tdi, mesti Hyena tidak akn lambat. Hyena tertukar 2 biji bas untuk ke skolahnya. Dia tersilap naik bas. Dia tidak pernah naik bas ke sekolahnya jadi dia tidak tahu hendak naik bas aper. Jadi dia main naik sahaja bas mana yang dilihatnya.
Sedang dia membetulkan rambutnya yang kusut, V dan Jungkook datang. Mereka mengambil kerusi dan memusing ke belakang. Menghadap ke arah Hyena.
V: Lambatnya ko dtg sekolah hari ni...
Hyena: Oh, aq tersilap bas tadi.. Hihihi...
V: Bukan selalu ada driver ke hantar ko?
Hyena: Ooh.. Skarang ni dia dah berhenti...
Jungkook: Lah yeke... Aq ingat kenapa tadi...
Semua: Gelak...
Hyena berasa agak cemas bila V menanyakan soalan itu. Nasib dia sempat cover tanpa disyaki. Haish... Habislah kalau V tahu semua ini. Takkan dia nak bagitahu yang dia sudah kahwin. Sudah pastinya dia akan malu.
//DI RUMAH JIMIN//
Jimin masuk dengan menghempaskan pintu. Dia geram kerana Hyena membukakan pintu untuknya. Berpuluh kali dia mengetuk tapi tiada jawapan. Boleh lebam jugak tangannya mengetuk.
Jimin: Woii Hyena!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ko pekak ke hah? X dengar ke aq panggil? Kau turun sekarang!!!!!!!!!!!!!!
Jimin membentakkan kakinya bila Hyena masih belum turun. Kemarahannya betul-betul memuncak. Akibat menunggu terlalu lama, dia naik ke atas sendiri. Dia terus membuka pintu bilik Hyena yang tidak berkunci itu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, terlihat semua barang-barang tersusun rapi. Cantik semua barang. Tiada lagi habuk yang memenuhi bilik itu. Tapi bukan itu yang dicari Jimin. Melilau mata Jimin mencari kelibat Hyena tapi masih belum jumpa.
Jimin masuk ke dalam bilik Hyena. Dia memandang sebuah meja di hadapannya. Meja belajar. Baru dia teringat yang Hyena pergi ke sekolah. Memanglah tiada orang.
Jimin: Haish.. Lupa pulak yang dia ni pergi sekolah. Bodohnya aq ni... *tepuk dahi* Memang pintu tak terbukak lah... Haish... Kesian dia kena sumpah ngan aq.. *gelak*
Jimin kemudian masuk ke dalam biliknya dan mandi. Selesai mandi dia terus tertidur. Sahaja, bukan dia mahu menjemput Hyena di sekolah. Perangai, perangai...
//DI SEKOLAH//
Hyena tidak habis-habis mengerling jam dinding di dalam kelasnya. Tidak lama lagi sesi persekolahan akan tamat. Dia berasa sangat risau memikirkan bagaimana dia hendak pulang ke rumah. Dia takut dia akan silap naik bas lagi. Penat dia bertukar-tukar bas. Nasib baiklah tambang tidak dikenakan ke atas budak sekolah. Kalau tidak sudah pasti wang belanjanya sudah licin.
~Kring kring~
Sesi persekolahan sudah tamat. Semua pelajar di dalam kelas bergegas keluar dari kelas untuk pulang awal. Hanya Hyena yang berasa sedih untuk pulang. Dia keluar dari kelas lambat-lambat.Setelah memaklumkan tiada lagi murid di dalam kelas 5 Fory Hyena menuju ke pagar sekolah.
Langkah kakinya dilambat-lambatkan. Hyena cuba sedaya upaya untuk mengingat no. bas yang dinaikinya ke sekolah tadi. Tapi sayang dia tidak ingat. Bertambah rasa malasnya untuk pulang ke rumah.
~Pon pon~
Tiba-tiba ada sebuah kereta membunyikan hon kepadanya. Hyena menoleh ke arah kereta itu. Dia memandang kereta itu. Seorang lelaki keluar dari kereta itu. Dan rupanya itu V. Hyena cuma mengeluh. Dia fikirkan itu Jimin menjemputnya. Tetapi memang tidak lah.
V: Nak balik ke?
Hyena: Eh, taklah. Baru nak masuk sekolah. *annoyed*
V: Huh? *buat muka blur*
Hyena: Ko boleh tak jangan tanya soalan bodoh.. Hish... Aq nak baliklah... Tak kan nak pergi pulak kot.
V: Nak aq hantar kan?
Hyena: *senyum sampai ke telinga* Nak!!!!!!!!
Hyena terus meluru ke kereta V. Dia membuka pintu dan terus masuk ke dalam kereta. Lega rasanya ada yang sudi menghantarnya. Tak adalah dia pening memikirkan tentang bas yang hendak dinaikinya.
//DI DALAM KERETA//
V dan Jungkook memandang ke arah Hyena.
Jungkook: Amboi kau... Teruja betul...
Semua: Hahaha
V: Okay now... Rumah kau dekat Jalan Ilseon kan? (aq x tau maen hentam jer)
Hyena: Hah?
//Hyena POV//
Alamak.. Matilah aq... Macam mana ni... Huh... Aq ingat rumah Jimin.. Tapi nanti kantoi ah yang aq duduk dengan dia... Macam mana ni... Kena buat sesuatu ini... Berlakon...
//END POV//
Hyena: Eh, jap eh....*mengeluarkan phonenya.*
Hyena sengaja pura-pura seperti ada mesej masuk. Dia mahu cover semua bende ini.
Hyena: Hah, we... Mak aq cakap dia tunggu dekat Mowlsin Mall.
(pengetahuan Mowlsin Mall tu sebenarnya tak wujud. Dan dalam citer ini Mowlsin Mall tu dekat dengan rumah Jimin. Hihihi.. Thatts all)
V: Oh, yeke... Okay aq hantar kau kat situ eh....
Hyena: Ha, okay2...
V pun memandu keretanya ke Mowlsin Mall.
//PERKARANGAN MOWLSIN MALL//
Dalam masa 10 minit sahaja kereta V sudah sampai di Mowlsin Mall.
Hyena: Ha, dah kau berhenti jer dekat situ.
V: Eh, tak perlah. Biar aq park dalam.
//Hyena POV//
Aduh terbongkarlah rahsia aq nanti. Macam2 betul lah V ni... Pening2
//END POV//
Hyena: Tak weyh...Ko tahu tak ko parking dalam tuh bapak mahal.
V: Lah, aq bukan park. Nanti aq pusing balik lah.
Hyena: Serious weyh. Ko pusing kejap jer pun dah kene. Mahal pulak tuh... Dah2 ko balik jer terus.
V: Hrmh.. Okaylah kalau macam tuh.
Hyena segera turun dari kereta V. Dia melambai ke arah V dan Jungkook. Kereta V kemudiannya beredar pergi dari situ. Selepas memastikan V dan Jungkook sudah pergi, Hyena mengorak langkah ke rumahnya. Dia berjalan dengan gembira sekali.
Hyena: Haish... Senang... Tak letih dah. Jalan sikit jer... Tapi, nasib baik sempat cover tadi... Haish.. Kene buat sesuatu ni... *dalam hati*
Sampai sahaja di perkarangan rumah, Hyena terlihat kereta Jimin.
Hyena: Dia ni dah balik rupanya. Haish... Bukan reti nak ambik aq.... Huh... Aq pecahkan jugak kereta dia baru tau kang... Hahaha...
Hyena terus membuka kasut conversenya dan menuju masuk ke dalam rumah. Dia melihat ruang tamu. Jimin tiada. Tapi kereta ada di luar. Tanpa memikirkan banyak, Hyena masuk ke dalam biliknya. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Dia kemudian memikirkan apa yang dilakukannya sebentar tadi.
Hyena: Haish.. Tak pasal-pasal aq dah buat 2 dosa... Menipu... Tapi menipu demi kebaikan... Haish.. Lantak ah...
//PUKUL 8 MALAM DI RUMAH JIMIN//
Hyena baru bangun dari tidurnya. Akibat terlalu letih, dia tertidur selepas mandi. Bangun sahaja dari tidur, perutnya terus berbunyi. Tapi dia tidak larat pula hendak masak. Dia turun ke ruang tamu.
Di ruang tamu, terlihat Jimin sedang menonton televisyen. Hyena yang baru turun tidak diendahkan. Hyena duduk di sofa yang lain kerana sofa yang diduduk oleh Jimin telah dikuasai sepenuhnya oleh Jimin kerana dia duduk berbaring. Dengan perasaan yang agak meluat, Hyena bercakap dengan Jimin.
Hyena: Awak... Dah makan?
Tetapi macam biasa tiada jawapan. Jimin terus menonton televisyen. Pandang Hyena pun tak.
Hyena: Awak... Saya laparlah... Awak dah makan ke?
Tetap tiada jawapan. Sempat pula Jimin menekan alat kawalan jauh menukar saluran. Bagai Hyena tiada pula disitu.
Hyena: Awak... Saya tanya ni... Dah makan ke? Saya lapar tapi tak larat nak masak....
Hyena sebenarnya berharap yang jika Jimin sudah makan dia ada membelikan apa-apa untuknya. Atau jika Jimin belum makan, dia ingin minta tolong belikan sekali.
Jimin tetap diam. Hyena mula marah. Dia naik ke atas bilik. Kemudian dia turun semula ke bawah. Dia mengambil kunci lalu keluar dari rumah. Dia menghempaskan pintu sekuat-kuatnya. Jimin pula baru sedar yang Hyena sudah keluar. Sempat pula Jimin mengeluh.
Hyena terus berjalan keluar. Dia baru ingat yang tadi ada Mowlsin Mall. Boleh sahaja dia pergi membeli makanan di mall itu. Dia terus berjalan kaki ke sana.
Selesai membeli makanan, Hyena memulakan perjalannya pulang ke rumah. Dia berjalan dengan perlahan sambil menjinjing beg plastik yang berisi makanan. Tiba-tiba...
XXX: Uik... Cik adik nak pegi mana tuh...
Hyena memandang ke arah suara itu. Terdapat beberapa pemuda sedang duduk di atas motor. Mereka berkumpul. Hyena tidak mengendahkan panggilan itu. Dia meneruskan perjalannya.
XXX: Amboi sombongnya dia... Meh la sini kejap...
Hyena tetap terus berjalan. Dia cuba berjalan selaju yang boleh. Kegembiraanya tadi sudah bertukar menjadi takut.
Tiba-tiba semua pemuda datang mengepungnya. Muka Hyena terus cuak. Dia cuba lari tapi tetap dihalang.
Hyena: Ermh... TOLONG!!!!!!!!!!!!!
XXX: Hek eh... Dia mntak tolonglah... Hahaha... Lek dik.. Jom ikut abang...
Dua orang dari mereka memegang Hyena. Beg plastik yang dipegang oleh Hyena terjatuh. Dia sangat takut sekarang.
X: WOI!!!!!!! Kau lepaskan dia sekarang!
XXX: Eh apsal pulak ko ni... Jangan kacau urusan kamilah....
X: Tak guna!
Lelaki itu adalah....* jeng jengjeng....*

(Hahaha... Meet again here.... Saja nakkacau korang... Okay sambung-sambung)
Lelaki itu adalah Jimin. Dia terus membelasah semua pemuda-pemuda itu. Dengan senang sahaja. Hyena pula tidak menyedari yang itu ialah Jimin. Dia menutup matanya tadi.
Jimin: Weyh, yang ko kenapa?
Hyena: Ho? Ho? Macam mana awak ada dekat sini? T..tadi...
Jimin: Hrmh... Ko ni degil kan!
Hyena: Hrmh... *menundukkan kepalanya*
Jimin: Gatal btul kan nak keluar.. Ha... Sekarang.... Degil betul!
Hyena: Abistu awak yang tak layan saya.... Awak tak jawab pon saya tanya....
Jimin: Cubalah lagi tanya... Ni tak cepat sangat nak putus asa! Hishh... Aq pang sekali bruu ko tahu...
Hyena: Eleh, nak cover diri dia tu salah ler tu *dalam hati*
Hyena memandang ke arah plastik makanannya yang jatuh. Sudah lunyai makanan dalam plastik itu. Dia terus buat muka sedih. Jimin memandang tempat yang Hyena pandang.
Jimin: Lapar ke?
Hyena: Hrmh.... *tundukkan wajah*
Jimin: Dah jom pegi Mowlsin Mall tuh...
Hyena: Boleh tapi jangan pegi dekat Japanese Restaurants.
Jimin: Asal lak? Bukan kau suka ke makanan Jepun?
Hyena: X... Tdi baru jer balik dari situ... Jadi takkan datang lagi... Malulah...
Jimin: Hrmh... Macam2 ah kau.... Eh jap asal aq kena dengar cakap ko.... Kau kene ikut aq makan kat mana-mana yang aq suke... Faham!
Hyena: Aduh datang dah perangai dia... *dalam hati*

//DI RUMAH JIMIN//
Selesai makan kedua-duanya pulang ke rumah. Jimin tidak naik terus ke bilik. Dia sambung menonton televisyen. Hyena mula merapati Jimin yang sedang duduk di atas sofa. Kali ini dia tidak berbaring...
Hyena: Awak...
Kembali seperti asal... Tiada jawapan.
Hyena: Thanks sbb selamatkan saya tadi...
Tiada jawapan juga. Hyena mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu. Dia mencium pipi Jimin. Mata Jimin terus membulat dengan perlakuan Hyena
Jimin: Hiya, kau!
Hyena terus lari ke dalam biliknya dan mengunci pintu. Dia ketawa gembira kerana dapat mengenakan Jimin. Sebenarnya dia syok sebab dapat mencium pipi suaminya yang penuh ego itu.

TBC
______________________


[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now