Kau Yg Terindah EP16

3.7K 187 8
                                    


Kau Yg Terindah (ep16)

(perhatian readers... Before baca plezz stand by tissue... Advise)

Hyena tertidur awal kerana keletihan. Jimin seperti biasa menghadap laptopnya. Kerja di mana-mana sahaja dia berada. Hyena tidak dapat tidur lena. Tiba-tiba Jimin bermonolog sendirian.

Jimin: Kenapa Rachel perlu tinggalkan aku? Kalau tak dia sekarang pasti akan bersama aku. Honeymoon dekat sini. Dan bukannya Hyena. Kenapa susah sangat untuk aku lupakan dia? Aku cuma boleh sayangkan dia seorang.

Hyena dengar semuanya. Air matanya tidak dapat ditahan. Dia cuba sembunyikan sebak di dadanya dari didengari oleh Jimin. Sekarang baru dia tahu yg Jimin memang tidak cintakan dia. Kenapa dia perlu ingatkan Rachel yg sudah lama mati sedangkan Hyena di sisinya. Sudah terang, Jimin tak akan pernah cintakan orang lain selain Rachel. Dan Hyena takkan pernah ada peluang untuk menjadi yg terindah di dalam hati Jimin.

Hyena cuba memejamkan matanya. Dia memaksa dirinya untuk tidur. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengar semua luahan hati Jimin. Biarlah dia beranggap yg lain daripadanya hatinya sakit mendengar kenyataan.

//KEESOKAN PAGI//

Hyena bangun dari tidur lenanya. Dia melihat sekeliling. Jimin sudah tiada di dalam bilik. Dia kemudian bangun dan menuju ke balkoni. Dari situ, terlihat Jimin yg sedang duduk di tepi pantai. Di tangannya memegang sesuatu. Semestinya itu gambar Rachel.

Hyena hanya mengeluh. Dia mengunci pintu biliknya. Dia kemudian menggapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Dia mandi sambil air matanya tak henti mengalir. Kata-kata Jimin semalam terbayang-bayang di kepalanya. Dan juga kata Jimin tempoh hari. 'Jap, apa kau kata? Yang terindah? Eh, kau dengar sini baik-baik eh! Takkan ada lagi yang terindah dalam hati aku selain Rachel. Hanya dia yang terindah buat aku. Dan kau takkan pernah jadi yang terindah dalam hidup aku! Faham!'

Selesai memakai baju, Hyena turun ke lobi untuk mencari Jimin. Tiada. Dia kemudian pergi ke pantai tadi. Tiada juga di situ.

Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang tubuh. Orang itu sedang bermain piano. Hyena terdendang mendengar lagu yg dimainkan oleh orang itu. Dia mula merapati orang itu untuk mendengar lebih dekat.

Sebaik sahaja orang itu mengalihkan pandangannya kepada Hyena alangkah terkejutnya dia. Dia kaku melihat orang yg tadi sedang bermain piano.

XXX: Hyena? Awak kan?

Hyena: Ha? He...Henry?

Henry: Ye... Sayalah ni...

Hyena terus berlari ke arah Henry yg sudah pun berdiri. Kerana terlalu rindu, akhirnya Hyena memeluk Henry.Henry ialah kawan baiknya semasa di kampung dahulu. Henry boleh dikatakan ada crush kepada Hyena. Tetapi Hyena yg tidak perasan.

Sejak Hyena hilang tempoh hari, Henry mencari Hyena di merata tempat. Sehingga ke bandar. Akhirnya sewaktu di bandar, ada seseorang telah mengambilnya untuk bermain piano. Dan sejak dari itulah Henry menjadi pemain piano. Dia sering ditempah oleh hotel-hotel besar.

Hyena melepaskan pelukannya apabila matanya tiba-tiba tertancap pada susuk tubuh Jimin. Dia mengetap bibirnya. Perasaan bersalah dan takut berbaur di dalam hati Hyena. Jimin yg melihat itu, menjeling ke arah Hyena. Dia kemudian terus masuk ke dalam lif tatkala pintu lif sudahh terbuka luas.

Hyena terus cuak. Dia melihat muka Henry. Henry juga berasa pelik melihat muka Hyena yg tiba-tiba berubah.

Henry: Awk kenapa?

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now