Kau Yg Terindah Part 12

3.8K 187 7
                                    



/BEBERAPA HARI KEMUDIAN//

Hubungan Hyena dan Jimin kekal begitu. Kali ini lebih teruk. Kalau dulu, Jimin masih menegur Hyena, tapi kini sepatah pun tiada. Mereka membawa haluan masing-masing. Jika seseorang berada di ruang tamu, seorang lagi akan berada di dalam bilik.

Semasa Jimin sedang menonton televisyen, pintu utama tiba-tiba diketuk. Dia masih tahu yg Hyena tidak keluar ke mana-mana. Jadi dia bangun dan membuka pintu.

Alangkah terkejutnya Jimin tatkala membuka pintu utama. Matanya terus membulat melihat tetamu yg datang. Dia menelan liur.

PuanPark: Hrmh... Nak biarkan omma kat sini je ke?

Jimin: Eh, ma... Masuklah...

Jimin mempersilakan Puan Park masuk. Dalam hatinya tidak henti berharap yg Hyena akan muncul dengan sendiri. Sebelum Puan Park bertanya.

Selepas Puan Park duduk di sofa, terdengar suara tapak kaki. Jimin mengeluh lega di dalam hati. Dia memandang ke arah tangga. Dia memberi isyarat kepada Hyena.

Hyena: Eh, omma!!! Bila sampai ni...

Hyena terus berlari mendapatkan Puan Park yg sedang duduk di sofa. Selesai bersalaman mereka berpeluk-pelukan melepaskan rindu masing-masing.

Hyena: Hihi... Omma kejap eh Hyena buatkan air...

Selepas itu, Hyena terus berlalu ke dapur untuk membuat air. Jimin pula pergi ke luar untuk mengambil beg Puan Park yg berada di dalam kereta. Dia mula memikirkan kenapa Puan Park membawa banyak barang. Dia membawa beg Puan Park masuk ke dalam rumah.

Semasa masuk, Jimin melihat Hyena sedang menatang dulang yg berisi jag air dan beberapa gelas. Dia memberi isyarat sekali lagi kepada Hyena. Hyena menundukkan kepalanya tanda faham. Selepas itu mereka semua berborak.

PuanPark: Ha, macam mana Hyena? Sihat? Effect dari accident hari itu dah tak ada kan?

Jimin: Aik, dia sorang je omma tanya? Jimin tak nak tanya? Hrmh... Majuk, majuk...

Hyena: Hek eleh dia ni.... Tua tua pun nak merajuk... Hahaha... *gelak x igt dunia*

Jimin menjeling ke arah Hyena. Dia membesarkan matanya. Tetapi Puan Park tidak perasan.

Hyena: Eh eh sorry... Hahaha...

PuanPark: Betul lah tu... Tua bangka pun nak merajuk... Hahaha... *gelak*

Jam mula menginjak ke pukul 12 tengah malam. Mata Jimin dan Hyena sudah mulai mengantuk. Mereka berdua menggaru-garu kepala memikirkan tentang Puan Park yg masih belum pulang.

Jimin: Hrmh... Omma boleh drive ke malam-malam buta macam ini?

PuanPark: Lah, omma lupa pulak... Malam ini omma tidur sini tau!

Kedua-dua mereka saling berpandangan. Ekspresi muka mereka cuba dikawal. Tidak mahu Puan Park musykil.

//JIMIN POV//

Haish... Omma nak tidur sini? Habislah kiteorang!!!! Rahsia boleh terbongkar macam ni... Adudu.... Takkan lah aku kena tidur satu bilik dengan budak tuh? Haish... Mcam mana ni... Kacau betullah...

//END POV//

Mereka berdua menemani Puan Park ke atas. Jimin membawa beg Puan Park ke atas bersama. Baru sahaja Puan Park ingin membuka tombol pintu tetapi cepat-cepat dihalang oleh Hyena dan Jimin.

Hyena: Eh, omma... Bilik ni tak boleh.. Sebab...

PuanPark: Aik... Kenapa pulak?

Jimin: Tak, omma.... Macam ni... Bilik ni Jimin kunci. Pastu, Jimin lupa kunci dia pergi mana... Hilang kot rasanya...

[EDITING] [COMPLETED] [MALAYFF] Kau Yg TerindahWhere stories live. Discover now