Bab 1

44.7K 1.5K 26
                                    

Dah lambat ni nak pergi sekolah.okey makanan dah siap.air dah siap.urm apa lagi belum ek.Azharina mengingati apa yang belum siap.

"Dah la rina pergi la sekolah cepat.biarkan je makanan tu dekat situ. Pandai-pandai la diaorang cari sendiri kalau makanan tu tak lengkap.".tegur Hashim yang baru keluar dari bilik

Azharina menggaru di luar tudungnya.risau."tapi nanti ibu marah".

"Biarkan ja.tak de nya dia nak marah.dah pergi sekolah cepat nanti lambat pulak."

Azharina mengangguk.dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayahnya.

"Hati,hati kayuh basikal tu".pesan hasyim.risau jugak dia bila bagi Azharina kayuh basikal sendiri.nak dihantar tak bagi katanya takut menyusahkan la apa la.

"Okey yah.ayah pun sama jugak.berkebun tu elok-elok jangan sampai luka pulak tangan tu".pesan Azharina pulak.hari-hari mesti kena pesan yang sama sebab tak nak bagi ayahnya lupa.

"Ye,ayah tahu la".baiknya hati kamu nak.macam mana la nanti kalau ayah tak dak dekat dunia ni.mohon panjangkan umur aku ya allah.

"Okey ayah assalamualaikum!".jerit azharina yang sudah bergerak mengayuh basikalnya.

"Waalaikumussalam".ujar hasyim perlahan.kalau nak dijeritnya nanti apa pulak kata jiran.hasyim terus menghidupkan enjen motornya dan mula bergerak ke sebuah rumah orang kaya.

Azharina yang mengayuh basikal dengan berhati-hati.sambil itu dia menghafaz ayat suci al quran.mohon dipermudahkan perjalanannya dan tidak lupa apa yang di hafaznya.

Danial memandu kereta sportnya dengan laju. Dah lambat pergi kerja.sedang dia ingin membetulkan radio keretanya tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

"Ya allah sakitnya.orang mana pulak yang tak reti bawak kereta ni langgar aku ni!sakit".Azharina yang tengah sedap menghafaz tiba-tiba je terasa ada orang langgar basikalnya daripada belakang.nasib baju sekolah aku tak koyak.kotor pun tak.alhamdulillah boleh lagi ni nak pergi sekolah.

Danial dengan kalutnya keluar dari kereta.

"Cik okey?".tanya Danial dengan prihatin.mesti la kena prihatin budak ni dah la budak sekolah.tudung labuh.sekolah agama ke dia ni?

Azharina bangun sambil memegang sikunya yang luka.dia tak selak pun lengan baju.aurat la katakan.dia memandang ke suara yang garau menegurnya.

Cantiknya dia.sejuk je mata memandang.dia cantik lagi daripada rabiatul.Sedang ralit dia membelek setiap wajah perempuan di depannya matanya tertancap pada nametag perempuan itu.'Azharina Amelin.hmm sedap nama macam tuan dia'. Lamunan Danial terus mati bila Azharina melambai tangannya di depan wajah Danial.

"Saya okey.".kata Azharina.sesekali dia memandang wajah lelaki yang melanggarnya itu.malas tengok lama-lama nanti boleh jatuh zinar mata.

"Okey apa ni.siku kau luka tu".Danial saja panggil kau aku.malas panggil awak saya.nanti nampak pulak yang dia ni terhegeh-hegeh.

"Luka sikit je.taruh ubat lepastu bubuh plaster.siap".Azharina tersenyum walaupun menahan sakit.

Senyuman dia.lupa habis masalah aku kat rumah yang mama dengan papa suruh aku cari calon isteri.

"Okey la bang saya pergi dulu okey.lambat dah ni nak pergi sekolah"Azharina mengangkat basikalnya yang jatuh tadi.hmm calar.biar je la nanti balik rumah kita tampal warna yang sama dengan basikal ni.

Abang dia panggil aku.tapi memang patut aku kena panggil abang sebab dia muda lagi daripada aku.

"Dik.ni duit sikit.ambik la buat belanja beli ubat dengan plaster"Danial menghulurkan senot duit RM100.setakat seratus tak ada apa la.tak bankrap pon aku

Azharina cuma memandang duit RM100 itu.dia memandang semula ke arah Danial.

"Kenapa tak ambil. Ambil la. Abang ikhlas bagi ni dekat...Err"mata Danial yang baru je nak baca nama yang lekat di tudung Azharina tapi Azharina lagi pantas menjawab.

"Azharina Amelin.panggil Azharina je"

"Haa ni abang bagi dekat Azharina. Ambil la".hulur Danial.sampai lenguh tangannya sebab hulur duit tu.

"Tap..tapi...duit ni banyak sangat la.kalau setakat minyak gamat RM2.50 pastu plaster 20sen.baki dia banyak lagi la abang.tak payah la ye,banyak sangat tu".tolak Azharina lembut.

Danial mengusap belakang tengkuknya.susah betul perempuan ni nak ambik duit aku.kalau perempuan lain dah lama berebut.

"Tak apa ambik je la.abang rasa bersalah ni sebab langgar adik.baki duit ni adik ambik je masuk tabung".

Azharina teragak-agak nak ambik duit tu.tapi kesian pulak dekat abang ni duk hulur je tangan tu mesti la lengah.Azharina melemparkan senyuman yang cukup ikhlas kepada  Danial.

"Err terima kasih abang...".Azharina tak tahu nama abang yang berdiri di depan dia ni.nanti kalau panggil ahmad tak pasal-pasal kena tendang dengan abang ni.nanti dia ingat ahmad albab pulak

"Danial rykal.panggil Danial je".Danial memberi tahu nama panjangnya.orang dah kenalkan nama dia dekat aku,so aku bagi tahu nama aku la pulak.so it is fair right.

"Terima kasih abang Danial.saya pergi sekolah dulu.dah lambat sangat ni".Azharina mintak diri.lembut je suara Azharina.suara dia memang lembut bukan saja-saja buat lembut bila jumpa lelaki hensem.

"Okey.tapi sebelum tu adik sekolah agama ke?".tanya Danial ingin memastikan.

Azharina hanya mengangguk.

"Sekolah agama dekat mana?".soal Danial lagi.

"SABK Maahad al islamic.kalau macam tu saya pergi dulu.assalamualaikum".azharina terus mengayuh basikalnya malas lama-lama duduk dekat situ nanti boleh jadi fitnah.

"Waalaikumussalam".tanpa sengaja Danial menyimpulkan senyumannya.baik betul budak tu.hmm sekolah SABK Maahad al islamic ek.tapi sekolah tu bukan ke papa selalu bagi sumbangan.tak silap aku la,nanti tanya papa la.

Danial melihat jam di tangannya.terbeliak matanya.lambat.dia bergegas buka pintu dan memloloskan dirinya ke dalam kereta.lambat-lambat.nanti mesti papa bising.Danial terus memecut laju keretanya.

azharina Yang baru sampai di depan pintu sekolah.dia terkocoh-kocoh mintak maaf dekat ketua pengawas itu.

"Azim saya mintak maaf lambat.tadi ada hal".azharina berusaha mintak maaf.takut jugak di sebabkan hal ni dia kena tulis nama.karang tak pasal-pasal namanya kena demaric.dah la penolong pengawas buat hal sebab datang lambat.nanti tak adil la pulak.

Azim yang sedang memegang buku terus melemparkan senyuman kepada Azharina.dia perasan lengan baju di siku Azharina ada tompokkan merah.ni mesti kes jatuh basikal.

"Okey tak pe.lagi pun awak penolong pengawas kan.cikgu disiplin pun dah bagi tahu saya tadi yang awak datang lambat sebab jatuh basikal"

Azharina mengerutkan dahi.setahu aku,masa aku call cikgu pakai public phone mana ada aku bagi tahu cikgu yang aku jatuh basikal.aku cuma cakap aku datang lewat sebab ada hal.

"Dah tak payah nak kerutkan dahi tu sangat.saya tahu la awak jatuh basikal sebab tu saya bagi tahu cikgu.saya nampak awak jatuh dekat simpang nak masuk perumahan hujung sana tu.tadi saya malas la nak tolong awak sebab ada lelaki hensem mana entah tolong awak tadi.so saya tak jadi la nak tolong.saya terus datang sekolah".jelas azim panjang lebar.dia tahu apa yang difikirkan si azharina ni sebab tu la dia jelaskan panjang lebar.

Azharina hanya mengangguk.faham."okey lah saya masuk dulu azim.thanks sebab ganti saya berdiri dekat depan ni".pamit azharina.dia menolak basikalnya

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now