bab 53

14.6K 546 53
                                    

2 minggu sudah berlalu. Rindu di hati ini kepada sang suami memang tak terhingga. Nak tunggu lagi 7 hari ibaratkan 7 tahun. Dan lagi seminggu kandungan ni hampir 3 bulan. Perut ni ada nampak sikit.

Alhamdulillah kertas peperiksaan SPM sudah selesai. Semuanya. Boleh di jawap Alhamdulillah. So sekarang ni kita duduk releks goyang kaki. Hahaha.

Azharina mengusap perutnya. Sesekali dia tersenyum .teringat kata-kata suami nya minggu lepas.

"Sayang, abang rasa macam tak nak pergi la".rengek Danial manja. Dia mengenggam erat tangan isterinya.

Berkerut dahi azharina. Dia memandang wajah suaminya dengan penuh pelik. "Kenapa pulak? Abang jangan ek. Dah sampai dah ni. Dah pergi masuk".halaunya. Ada ke patut tak nak pergi pulak. Dulu beriya nak pergi sangat kononnya dah lama tak jejak perancis la apa la. Hari ni tup tup tak nak pulak.

Danial sudah menarik muncungnya. "Halau nampak".perlinya dengan nada merajuk. Dia memeluk tubuh.

Meletus gelak azharina. Dia manarik lembut pipi suaminya. "Alolo, dia merajuk ek? Comelnya. Hahahaha".

Danial hanya mencebik. Sesekali dia menjeling jam tangannya. Lagi 10 minit dia akan masuk Balai berlepas. Huh nak tak nak kena pergi jugak sebab urusan kerja. Papa ni pun satu la .hantar la orang lain, ni tak hantar kita pulak. Kita dah lah boleh dapat penyakit rindu kalau tak jumpa isteri kita ni.

Azharina terus berjalan menghadap Danial. Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke bahu Danial. "Okey look. Cuba abang cerita kenapa abang tak nak pergi? ".

"Rindu sayang...".jawab Danial dengan muka mahu menangis. Macam gedik je .biarlah nak manja dengan isteri je pun. Lepasni tak boleh dah.

"HAHAHAHAHA"gelak azharina sampai nak terkeluar air matanya .tapi cepat-cepat dia lap dengan jari runcingnya.

"Sayang ni! Macam tak rindu abang je"

"Hahaha.. Okey-okey. Mana ada abang, sayang akan rindu abang sangat-sangat. Alaa sekarang kan dah ada kecanggihan teknologi. Abang telefon la, kalau agak-agak abang rindu sayang abang skype ke, video call ke".ujar azharina sambil memperkemaskan sweater di badan Danial.

Danial mengangguk lemah. "Kalau abang rindu nak peluk ,cium sayang macam mana pulak?".

Pantas bahu Danial dipukul manja oleh azharina.

"Gatal ek"

"Gatal dengan sayang je".tersengih Danial. Dia membetulkan lipatan tudung bawal yang di pakai azharina.

Azharina tersenyum. "Kalau abang rindu peluk, cium sayang. Abang peluk la gambar sayang yang ada dekat henfon abang tu".kata nya dengan nada bergetar. Rina pun rindu semua perbuatan abang. Hurm.

"Dah-dah la tu sweet nya. Nak termuntah aku tengok".celah faizul.

"Entah. Geli kot. Mentang-mentang dah kahwin. Alaa Danial ni nak pergi 2 minggu je bukan 2 tahun".tambah hairul lagi.

Keluarga Danial dan azharina mula tergelak dengan kata-kata hairul dan faizul.

Merona merah wajah azharina . Dia memang tak teringat yang familys nya ada di situ. Haish malu, malu

"Sebok je. Tahu la jealous .ha alah".Danial menghadiahkan jelingan tajam ke arah abang-abang iparnya.

Faizul dan hairul. Mencebik. Menyampah tengok.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now