bab 8

26.8K 1K 28
                                    

Lepas saja solat asar hasyim terus dikebumikan.macam-macam maimunah dan sofia mencaci azharina tetapi azharina hanya buat tidak endah,dia hanya melayan perasaan.

Azharina menangis di depan kubur ayahnya.dia menggenggam tanah merah itu.

Ayah,macam mana rina nak teruskan hidup kalau ayah tak dak dekat sisi rina.rina rindu dengan ayah.menyesal rina tak layan ayah semalam.

Sumayyah yang setia berada di sisi Azharina terus mengusap belakang azharina."azharina jom la balik . Sebab dah nak maghrib dah ni.jom la balik".pujuk sumayyah.

Azharina memandang Sumayyah yang setia di sebelahnya.

"Awak nak balik,awak baliklah.saya nak duduk sini lagi.kalau saya balik pun mesti mak dan kakak saya marah saya".azharina berkata dalam keadaan sendu.

Sumayyah memandang azharina dengan kesian."balik la awak.sekarang dah nak maghrib,kalau awak balik sekarang awak boleh bacakan yassin untuk ayah awak.tak baik tau meratap depan kubur ayah awak . jom balik".pujuk sumayyah lagi.dia menarik lembut tangan Azharina.

Azharina memandang kubur ayahnya semula.ada betul juga kata sumayyah tu.ayah rina balik dulu tau,esok rina jumpa ayah lagi ek.assalamualaikum ayah.

Azharina terus bangun.dia memandang sumayyah.

"Jom lah kesian awak tunggu saya.".ajak azharina.

Sumayyah tersenyum."jom!".

Mereka masing-masing menolak tongkat basikal dan pergi ke arah jalan masing-masing.

Azharina yang baru masuk ke dalam rumah terus mukanya ditampar kuat oleh maimunah.

Tersungkur azharina dibuatnya.azharina menangis teresak-esak.

"Kau ni memang perempuan pembawa malang la.sapa yang rapat dengan kau memang selalu dapat musibah!di sebabkan kau la laki aku mati.!".maimunah mengamuk dia merentap kuat tudung azharina dan terus menarik kuat rambut Azharina.

"Sakit bu..."esak azharina

Maimunah yang tiada perasaan terus menampar kuat pipi kiri Azharina pulak.

Makin bertambah esakan azharina.

Sofia yang matanya sembab akibat terlampau banyak menangis terus memijak perut azharina tanpa belas kasihan.

"Di sebabkan kau juga aku tak de ayah!"herdik sofia.

"Ta...tak...bukan salah rina.bu,kak sakit...."adu azharina dengan esakan yang menjadi-jadi.dia menahan sakit.

"Apa kau kata?sakit?sakit lagi hati aku ni kerana disebabkan kau lah laki aku mati!".maimunah terus menarik rambut azharina dan menghempaskan kepala azharina di dinding.

Azharina menahan tangannya di dinding supaya kepalanya tidak cedera.

Azharina lebih pantas bangun dan terus melarikan dirinya ke dalam bilik.dia lebih pantas mengunci pintunya.

Azharina memusingkan badannya dan makin lama badannya melurut ke bawah.dia menangis ye dia dah tak tahan dengan semua ni.ya allah kau tabah kan lah aku ya allah.

Azharina bangun dan berjalan ke arah sudut gambar dia bersama ayahnya.masa ni gambar dia dapat anugerah cemerlang PT3.azharina mengusap gambar ayahnya di dalam gambar itu.rindunya dengan ayah walaupun baru pagi tadi rina dah sayang ayah lama lepas tu masa ayah nak di kafankan pun rina dah cium pipi ayah lama.rina rindu dengan pelukan ayah,rina rindu dengan semua kejutan ayah yang ayah buat dekat rina.rina rindu ayah.

Azharina yang terlupa untuk solat maghrib terus kalut membuka pintu.dia menjenguk kepalanya sedikit.sunyi.mesti diorang keluar tak pun duduk dalam bilik.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now