bab 24

25.1K 975 9
                                    

"Adik tak balik lagi ke?".soal faizul.sejak dia tahu yang azharina ni adik dia,dia terus memanggil azharina adik.dah lama rasanya tak sebut dengan panggilan itu. Dan azharina pulak sudah memangilnya abang. Bahgianya rasa.

Azharina terus memandang faizul.dia tersenyum manis ke arah faizul.

"Tak lagi.pagi tadi Danial kata nak ambik rina balik.tapi tu laa,tak sampai lagi".jawab azharina. matanya melilau mencari kereta Danial tapi hampa.kereta Danial masih tak de.

"Jom la abang hantar.tengok la jam dah pukul berapa?lewat dah ni.Danial lupa tu kot".ujar faizul.

Azharina mengerling jam di tangannya.haah dah pukul 10.30 malam. Mana Danial ni.

"Urmm tak pe lah abang balik dulu...nanti mesti Danial ambik rina punya".tolak azharina perlahan.

"Betul ni?nak duduk sini sorang-sorang".tanya faizul lagi. dia risau sebenarnya.kawasan sini bila 10 keatas mesti sunyi.ni pon ada beberapa kereta ja yang lalu lalang.

"Tak pe..abang balik lah.nanti umi risau.tak pe kalau Danial tak ambil rina jugak nanti rina naik teksi".ujar azharina lembut.dia nak sangat jumpa umi.tapi faizul nak bawak dia jumpa umi hujung minggu ni.tak sabarnya.

"Hmm ye lah..hati-hati okey.".kata faizul dan terus memboloskan dirinya ke dalam kereta.

Setelah jam menunjukkan pukul 11.05 malam .dia terus jalan kaki untuk ke rumahnya .dalam hatinya sedih sebab Danial tidak mengambilnya.

Sesekali azharina rasa tak sedap hati.dia rasa macam ada orang ikut dari belakang.dah la kawasan ni sunyi.ya allah kau lindungi aku ya allah.

Azharina mempercepatkan lagi jalannya.dalam hati dia berdoa supaya ada orang yang lalu lalang di kawasan ni.

Baru saja azharina ingin berlari tiba-tiba ada tangan sasa menariknya ke dalam hutan yang semak.

"Tolong!!".jerit azharina kuat.

"Diam aku cakap!".jerkah seorang lelaki yang memakai topeng.

"Tolong!!".jerit azharina lagi.dalam hati mula berdoa supaya ada sesiapa yang sanggup selamat kannya

PANG!!

Lelaki yang berbadan tegap itu terus menampar kuat muka azharina.dia terus merentap tudung sekolah azharina.tudung sekolah dan beg sekolah yang di bawak azharina ditarik dan di buang di tepi jalan.

"Korang nak apa daripada saya?".tanya azharina dengan suara gugup.air mata sentiasa menemaninya di kala ini. Sungguh dia takut dengan dua orang lelaki ini.

"Hmm kitaorang nak awak la sayang".kata seorang lelaki yang badannya kurang tegap .tapi muka dia separuh bertopeng.

"Jangan sentuh saya!".jerit azharina kuat bila kedua-dua orang lelaki tu menyentuh rambutnya dan mukanya.

"Wanginya rambut.hmm makin berselera la kitaorang".ujar lelaki berbadan tegap.

Kedua-dua orang lelaki itu tergelak jahat.

"Tolong...tolong!!".
azharina menjerit sekuat hati.ya allah kau selamatkan lah hamba mu ini ya allah.

"Tak de orang la dekat sini.hmm sapa nak tolong ".ejek salah seorang lelaki itu.

Azharina dah menangis sambil memeluk lututnya.tiba-tiba dia teringatkan Danial,ayah dan abangnya.

Bila ada peluang saja bila tengok kedua-dua orang lelaki itu ketawa azharina bingkas bangun dan terus berlari tapi nasib tidak menyebelahinya bila lelaki yang separuh bertopeng tu menangkap tubuhnya.

Azharina meronta-ronta untuk dilepaskan.apakan daya kudrat seorang wanita tak sekuat kudrat lelaki.

"Danial tolong saya!!".

PANG....PANG!

kedua belah pipi azharina ditampar lagi.

Betapa peritnya tamparan ini.terpejam mata azharina dibuatnya.sakit hanya allah saya yang tahu betapa peritnya

Lelaki yang berbadan tegap itu menolak tubuh azharina ke rumput setelah tubuh azharina semakin lemah.

Azharina menahan dengan kedua-dua tangannya supaya mukanya tidak tersembam di atas rumput. ada juga batu-batu kecil yang tajam menikam telapak tangannya yang terserek.

"Erghh".azharina megadu kesakitan.

kedua lelaki itu mendekati azharina dengan senyuman jahat.

"Tolong jangan apa-apakan saya".rayu azharina dengan nada lemah dan air mata berjujuran.

Lelaki berbadan tegap itu terus merentap lengan baju sekolah azharina.

"Ehh bagi aku dulu".kedua-dua lelaki itu mula bergaduh.siap bertolak bahu bagai.

"Ok lah kita buat sama-sama.deal".ujar lelaki berbadan tegap itu.

Laju saja lelaki yang memakai separuh topeng itu mengangguk.

Baru saja kedua-dua lelaki itu nak 'terkam' azharina tiba-tiba.

BUK...DUSH!!!

Kedua-dua lelaki macam perogol besiri itu sudah tumbang. Menyeringai keduanya menahan senak.

"Jahanam kau nak rogol bini aku. ini padah dia!".Danial terus menarik topeng di muka lelaki berbadan tegap itu dan terus menumbuk lelaki itu berkali-kali.sehinggakan keluar darah di bibir lelaki tegap itu.

Danial bangun dan terus menendang,dan menumbuk lelaki memakai separuh topeng itu pula.

"Berambus aku cakap"jerkah Danial.dia sempat menyepak kedua-dua lelaki tu.

Danial bergegas mendapatkan azharina yang terkulai lemah.dia mengangkat kepala azharina di atas ribanya.dia menepuk perlahan wajah azharina.

"Azharina sayang..awak bukak mata awak".panggil Danial lembut.jelas terpancar kedua pipi azharina lebam dan di tubir bibir azharina ada darah sedikit.Danial mengelap air mata azharina dengan lembut.

Azharina membuka matanya.dan dia terus memeluk Danial.dia mula menangis teresak-esak.

"Awak saya takut".ucap azharina dalam keadaan menangis

"Shhhhh saya ada dekat sini.awak selamat.jom kita balik rumah".Danial memapah azharina tapi bila tengok azharina jalan perlahan dia terus mencempung azharina.entah kenapa jantungnya laju saja berdegup.

"Saya boleh jalan".kata azharina lemah.

"Ye.memang awak boleh jalan.tapi awak jalan macam siput".sindir Danial.

Azharina hanya diam tak terkutik malas mahu melayan sindiran Danial.

Danial terus membuka pintu keretanya dan meletakkan azharina di seat kereta sebelah pemandu .Dia terus menutup daun pintu kereta dan tak lupa juga nak ambil tudung dan beg azharina di tepi jalan.barang-barang ni lah yang buat dia tahu dimana azharina ada.nasib dia sampai tempat itu awal.eh awal ke?awal la tu kalau diorang tak sempat buat benda tak senonoh dekat azharina.

"Azharina dah sam...."kata-kata Danial mati bila melihat wajah azharina lena tidur.kesian dekat awak kan azharina.salah saya sebab janji tak ditepati.salah saya jugak awak jadi macam ni.macam mana aku terlupa nak ambil azharina ni balik.tu la buat sangat kerja dekat office sampai tak tahu petang atau lewat malam.tu pun lupa nak ambil azharina.nasib faizul bagi tahu kalau tak,aku tak boleh maafkan diri aku ni.bebel Danial dalam hati.

Dia terus melonggarkan sedikit tali lehernya.dan dia keluar dari kereta.

Danial terus mencempung azharina perlahan supaya tak terjaga.

Haih jantung aku ni tak boleh ke kalau berhenti sekejap..eh silap bukan berhenti terus tapi perlahankan sikit degupan jantung ni bila dekat dengan azharina.Haih azharina buat aku cinta mati dengan dia!

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now