bab 42

16K 579 25
                                    

Peperiksaan SPM sebenar lagi seminggu. Hati ni masih dup dap dup dap. Gementar, takut, macam tak nak ambik SPM pun ada jugak. Senwng cerita semua perasaan ada la dalam hati.

"Azharina awak study apa tu? ".soal sumayyah yang baru datang

"Akaun".bersyukur la sekolah SABK maahad al islamic ni tak banyak matapelajaran.cuma ada pun akaun, perdagangan dengan ekonomi dan selebihnya mata pelajaran agama... Biasa la sekolah agama mesti focus dekat agama je. Itu pun kebanyakkannya menghafal. sikit-sikit hafal. Habis satu tajuk ,hafal. Haih dugaan pelajar. Astagfirullahalazim azharina jangan merungut.

Sumayyah buat mulut bentuk 'ooo'. Tapi serta merta dahinya berkerut.

"Bukan ke awak dah study semua mata pelajaran.ooo ni kira awak ulang balik lani? ".

Azharina mengangguk. "Haah, saya nak dapat result cemerlang ".wajahnya masih ditundukkan menghadap buku. Malas mahu mengangkat.

"Azharina. Pandang la saya kejap".

"Nak buat apa? ".

"Alaa pandang je lah. Tak lengah ke asyik tunduk menghadap buku ja? ".desak sumayyah. Dia perasankan dari pagi sampai rehat sekarang azharina asyik tunduk saja. Apa yang dirahsia sangat pun tak tahu la.

azharina terus mengangkat mukanya dan memandang sumayyah.

Terbuntang mata sumayyah bila tengok wajah pucat lesi yang tak berdarah azharina.

"Awak okey tak ni? Muka awak pucat sangat ni".sumayyah terus meletakkan tangannya di dahi azharina. Tapi tak panas.

"Tak saya tak demam. Saya cuma pening kepala sikit. "

"Dah makan ubat? ".celah seseorang dari belakang.

Sumayyah terus mencebik. Menyampah!. Gedik betul azim ni.

"Saya okey je. Awak datang dari mana ni? ".tanya azharina pelik.

"Saya datang dari belakang nak masuk ke hati awak".

Sumayyah hanya membuat muka acah-acah nak muntah. Geli gila

Azharina hanya tersenyum hambar. "Awak, kalau saya jujur ni saya harap awak boleh terima seadanya okey."

"Ehh saya main-main je lah. Awak jangan terasa".ujar azim dengan tergelak kecil. Tipu lah kalau dia kata dia tak jatuh cinta dengan azharina. Tapi perasaan tu cepat-cepat diusir. Mana la tahu azharina ni dah jadi kepunyaan orang lain.

"Kalau saya cakap ni awak jangan marah okey.. Saya bagi tahu awak sebab awak ni kawan baik lelaki saya yang saya selesa nak berkawan. ".

Sumayyah hanya mendengar apa azharina nak cakap. Sebab dia tahu azharina nak kata apa.

"Apa dia? ".balas azim. Rasa tak sedap hati pulak

"Sebenarnya saya..... "

"Abang azim. Ada budak sakit dekat kelas 2 Adam".potong budak lelaki dengan nada penat.
"Hah.. Okey jom. Azharina nanti kita sambung okey".lantas azim terus mengekori budak lelaki tadi

Azharina mula mengeluh kecil. Dia terus memandang sumayyah yang setia disisinya.

"Macam mana saya nak terus terang dekat azim. Saya tahu dia suka saya. Saya takut dia fikir selama ni saya ada bagi dia harapan palsu. Saya tak nak semua tu. ".tiba-tiba saja air mata azharina menitis. Entah kenapa sejak dua menjak ni emosi dia kurang stabil. Kerja nak menangis je.

Sumayyah terus mengusap belakang azharina. "Alaa awak jangan la macam ni nanti biar saya yang bagi tahu okey. Dah jom masuk kelas loceng dah bunyi".

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now