bab 46

14.2K 536 24
                                    

"Sayang bangun dah pukul 6.00 dah ni. Semalam kata nak Pergi sekolah kan. Cepat bangun".gerak Danial dengan mengusap perlahan rambut panjang azharina.

"Okey... Kejap 5 minit lagi".

Danial menggeleng kepala melihat gelagat azharina.

"Abang mandi dululah kalau macam tu. Tapi dengan satu syarat sebelum abang habis mandi, abang nak sayang cepat bangun okey kalau tak ,siap sayang!".ugut Danial.

"Hmmmm"ringkas Azharina menjawab.

Setelah lima minit. Azharina bingkas bangun tapi Danial ni tak keluar lagi. Hish. Tadi suruh cepat sangat bangun.

"Abang! Bila nak keluar Rina nak mandi pulak ni".jerit azharina sedikit.

"Sabar la. Sikit je lagi ni".balas Danial.

Krekk~~

"Mandi mengalahkan perempuan! ".bebel azharina geram. Dia terus masuk ke dalam bilik mandi.

Danial hanya mengajuk percakapan azharina dengan bibirnya dicebikkan dan tangan kirinya digerakkan.

"Sejak dia mengandung ni  kerja nak membebel je.tak penat ke mulut tu kerja nak bercakap je".omel danial Perlahan

"Rina dengar! ".

Pantas Danial mengemam bibirnya. Entah telinga apa la yang azharina ada.

Setelah 10 minit azharina selesai mandi. Dia terus keluar dari bilik mandi dengan siap berpakaian sekolah.

"Lamanya mandi".tegur Danial sambil membetulkan tienya.

Berkerut dahi azharina. "Lama? Ni Rina rasa cepat la ni. Selalu Rina mandi 15 minit atau 20 minit "

"Jenuh la abang nak bayar duit air".perli Danial.

Azharina hanya memekakan telinga. Dia terus memakai tudung labuh sekolah nya .sarung tangan, stokin dicapainya dan terus memakai.

Setelah selesai dia memakai sarung tangan dan stokin dia menghamparkan sejadah dan terus solat subuh. Malas dia mahu sarungkan telekung. Nanti Lambat sebab kena lipat telekung.

Selesai dia solat subuh. Bergegas dia mencapai beg sekolah dan buku teks.. Cepat- cepat dia turun.

"Sayang hati-hati. Nanti Jatuh .kesian baby dalam tu".tegur danial sambil menyapu jem ke atas roti.
"Hehehe.. Sorry. Takut Lambat je".

"Alaa biar lambat asal selamat"

"Hmmm ye lah". Lantas dia mengambil roti yang telah di sapu jem dan terus di sumbat ke dalam mulut. Buruk betul perangai.

Danial yang sedang melihat isterinya terus menggeleng. "Cuba makan tu elok-elok sikit. Dah nak jadi mak orang pun perangai macam budak-budak"

Azharina mencebik.. "Biar lah.jom".bingkas dia bangun mengambil beg sekolah nya dan buku ikat. Tak lupa jugak nak capai roti. Nyum nyum.

Danial hanya mampu menggeleng sahaja. Lagi ditegur lagi dibuatnya. Nasib sayang.

"Ejoy! ".panggil sofea geram.mana tak geramnya ejoy tu suka hati saja pergi melayan perempuan saleh sesat mana entah.. Eyy geramnya. Tu baru aku tinggal dia sekajap nak pergi tandas entah macam mana pulak kalau aku dengan dia tinggal jauh. Entah, entah dia dah kahwin. Uishh memang aku cincang dia hidup-hidup la.

Ejoy terus memandang Sofea dengan sengihan. "Miss.. I have to go"

"Yeah okey.. Can i take your picture?".

Ejoy melangkah ke arah perempuan itu untuk menangkap gambar.

"Okey say cheese".

Ejoy hanya turut kan saja. Payahnya jadi orang hensem ni. Hehehe.

"Okey sir thank you".

Ejoy mengangguk dan terus berlari ke arah Sofea yang sudah monyok mukanya.

"Jom".

Sofea masih terkaku di situ sambil memeluk tubuh. Geram!.

"Alaa sofea jangan macam ni. Aku terserempak je pun dengan dia tu.aku cuma tolong dia sebab dia bawak banyak sangat barang. Aku sebagai lelaki kena la tunjuk yang aku ni kuatkan. So aku tolong la dia. Jangan la macam ni Sofea".terang ejoy panjang Lebar. Payahnya kalau perempuan merajuk. Hash.

Sofea merenung ejoy tajam. Dia menghadiahkan jelingan yang paling tajam ke arah ejoy dan dia terus berlalu pergi. Kisah apa aku.

"Sofea, Sofea".kejar ejoy. Dia merentap perlahan tangan Sofea.

Terpusing badan Sofea. "Kau nak apa? ".

"Aku nak kau".

Sofea mendengus kasar. Orang tanya elok-elok dia main -main pulak.

"Aku tak nak dekat kau pun.pergi la dekat perempuan tadi tu".ujar Sofea dengan nada cemburu.

Ejoy terus memegang kedua belah tangan isterinya. "Okey, okey. Aku mintak maaf okey. Aku cuma nak tolong perempuan tu je. Kau jangan la cemburu... N
....".

"Habistu waktu ada lelaki hensem ni tanya aku jalan kau jeles pulak. Padahal lelaki tu tanya jalan je kat aku".celah Sofea laju. Puas hati dapat balas balik.

"Yang tu memang aku nampak lelaki tu gatal. Aku dah ada kat sebelah tak nak tanya lepastu pergi tanya kau. Mana aku tak hangin"

"Ooo.. Habis tu perempuan tadi tu pun sama ja gatal. Dah tolong tu cukup lah. Ni tak galak jugak dia nak snap pic kau dengan dia.herh. please lah. Aku rasa macam nak bagi terajang je tadi tu".geram suara Sofea. Lega rasanya dapat lepaskan semua.

Ejoy terus memegang kedua pipi gebu Sofea. Dia merenung dalam anak mata Sofea.

"Are you jealouse? "

"Gile kau tak jeles. Suami kot.".jujur Sofea

Tergelak ejoy dibuatnya. "Jujurnya kau".

"Dah tu.. Kalau aku tipu pun apa guna. Baik aku terus terang. "Selamber saja Sofea cakap.

Ejoy tersenyum. "Okey look. Kau satu-satunya isteri aku. And no more...."kata-kata ejoy terus dipotong oleh Sofea.
"Alaa tipu je. Nanti kau kahwin jugak bila aku dah tak de".

Ejoy merengus geram. "Aku kiss mulut kau karang baru tahu. Kerja nak menjawab je. Dengar la apa aku nak cakap dulu. Habis hilang romantik aku ni ha"

Terbuntang mata Sofea. Dia mula melihat Ejoy dari atas hingga ke bawah sambil jari telunjuknya di tujukan ke arah ejoy.

"Ini yang kau kata sweet. Puih nak pengsan aku tahu tak.. Hahahaha".gelak sakan Sofea dibuatnya.

Ejoy yang dah lama tahan sabar dengan sofea terus mendekakan wajahnya dengan wajah Sofea.. Dan....

Cup

Terhenti terus Sofea gelak. Bila ejoy mencium bibirnya.

"Haa tahu pun senyap. Dah jom balik . Aku tak jadi nak sweet dengan kau dah.".lantas dia menarik lengan Sofea.

Sofea masih dalam keadaan yang sama. Terkaku, terkelu, terkejut senang-senang semua perasaan ada lah. Eyy tak malunya ejoy ni. Dah lah cium aku dekat tempat public. Ya Allah malunya. Walaupun ni negara asing. Tapi aku tetap malu jugak.

Tak pe, tak pe. Ada hari ada bas, one day nanti aku balas. Kau tunggu kau ejoy.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now