bab 72

16.9K 514 8
                                    

1 bulan kemudian

"Sayang, kenapa ni muka macam hantu je. Pucat semacam".tegur Danial sambil membelek wajah isterinya yang sedang menyiapkan breakfast.

Azharina menarik wajahnya. Dia menggeleng perlahan. "Tak de pape lah abang. Hari ni rasa pening sikit".

"Dah makan ubat? ".

"Dah. Tapi pening ni tak hilang lagi. Maybe lepas Rina tido kejap lagi okey la ni".katanya ingin menyedapkan hati Danial. Dia menarik kerusi di hadapan Danial dan duduk.

"Betul ni. Tak nak pergi klinik? Abang boleh cuti hari ni nak hantar sayang. "

"Eh abang tak payah la. Abang pergi je kerja. Rina okey lah. Jangan risau ".bibirnya yang pucat mula mengukirkan senyum manis. Air suam diteguk rakus. Dahaga.

Danial mengangguk. Nasi goreng yang telah dihidang oleh isterinya di suap ke dalam mulut.

"Urmm abang nak tanya something boleh? ".ujar azharina dengan teragak -agak.

"Hmmm apa dia? ".

"Kalau Rina dapat sambung belajar dekat luar negara abang izinkan Rina pergi tak? ".soalnya teragak-agak. Dia merenung wajah suaminya yang sedang merenungnya tajam.

"Nanti lah abang fikirkan ".kata Danial dengan perlahan dan tegas. Suapan terakhir di masukkan ke dalam mulut dan dia terus mencapai begnya untuk keluar. Tapi sempat di tahan oleh azharina.

"Abang! Salam".dia menghulurkan tangannya ke arah Danial dan disambut .

"Sayang rehatlah. Nanti abang balik kalau sakit kepala sayang makin melarat".dia terus berlalu masuk ke dalam keretanya

"Okey abang. Bawak kereta hati-hati! ".jeritnya sedikit perlahan bila suaminya sudah memboloskan diri ke dalam kereta . Dia hanya melihat saja kereta suaminya bergerak sampai kelibat kereta milik suaminya hilang.

Keluhan berat dilepaskan. Abang tak izinkan Rina sambung belajar ke? Sedihnya!!

Hampir ke tengah hari azharina mengemas rumah. Penat! Orang kata kalau sakit kepala ke pening ke kena tidur tapi ada aku kisah. Entah fakta mana diorang ambik pun tak tahu la. Tapi menjadi jugak. Hmmm.

Sakit kepala dan pening yang semakin menjadi-jadi hanya dibiarkan. Dia gagahkan juga untuk mengemas rumah supaya peluh keluar. Tapi masalahnya sekarang ni peluh tak keluar, kalau keluar pun sikit je. Tangan kaki habih semua sejuk. Apasal dengan aku ni?!

Tangan yang masih lincah mengemop di tepi tangga makin lama makin perlahan. Entah kenapa kali ni sakit kepala dengan pening makin teruk. Nampak sekeliling gelap.mop yang dipegang sudah terlepas dan dia cuba ingin paut pemegang tangga tapi tangannya sudah lembik tak terdaya. Entah macam mana dia tersalah langkah tiba-tiba tubuhnya hampir jatuh. Redho je lah. Bukan tinggi mana pun kalau setakat 6 tangga dari atas.kalau jatuh pun habih teruk dahi benjol tak pun tangan patah.hahaha. Tapi kenapa tak sakit?

"Sayang. Bukak mata ni. Jangan buat abang risau boleh tak".Danial terus menepuk lembut pipi isterinya. Nak gugur jantung dia bila dengar mop jatuh dekat bawah. Nasib la dia sempat nak sambut tubuh azharina yang hampir jatuh.

Perlahan-lahan matanya dibuka. Tapi sekelilingnya masih gelap. Dikecilkan matanya melihat siapa yang sambut. Tak lain tak bukan Danial lah. Dengar suara pun dah tahu.

Tolong!! Jangan Mainkan Cinta Aku Where stories live. Discover now