At Night

2.2K 181 6
                                    

Baekhyun merenung ke luar tingkap di biliknya. Memang ada kelihatan rumah nenek dan Geunji. Tapi dia dah tunjuk kepada Chanyeol. Chanyeol tetap tak nampak apa-apa. Chanyeol hanya nampak hutan. Semuanya hijau hutan. Pelik. Sama ada rumah ni yang pelik atau mata Chanyeol yang pelik.

Bunyi dari telefonnya menyebabkan dia tersedar dari lamunan.

"Hello." Tegur Baekhyun ringkas apabila melihat nama pemanggil ialah Chen.

"Amacam rumah baru?" Tanya Chen ceria. Baekhyun mengeluh.

"Pelik. Semuanya pelik dan...menakutkan." ujar Baekhyun lalu berbaring di atas katilnya.

"Apasal? Cerita la."

"Tak nak la. Kau datang dan tengok sendiri." Tolak Baekhyun.

"Menakutkan sangat ke sampai tak nak cakap kat sana?" Tanya Chen lagi.

"Ya. Nanti kau rasa la." Baekhyun berkata malas. Matanya mula mengantuk. Selalunya dia bukan seorang yang tidur awal. Mereka berbual seketika.

"Okay la. Eh, kita stop kat sini la. Aku nak pergi makan kat luar dengan Xiumin hyung dan Lay hyung." Ujar Chen lalu segera menutup panggilannya.

Baekhyun mengeluh lagi.

"Geunji!" Tiba- tiba dia teringat tentang budak bertopeng joker tu. Dia masih tidak tahu sebab Geunji memakai topeng dan sarung tangan di tengah-tengah musim panas begini. Apabila dilihat pada gambar di rumah nenek, hanya ada gambar pemuda berambut hitam pekat dan bermata biru. Tapi dia tahu, tu rambut yang diwarnakan. Mata pula mata yang asli. Tidak mungkin Geunji merupakan orang asing sedangkan pelat Koreanya sangat pekat.

"Ah, malas la nak fikir yang bukan- bukan. Baik aku tidur." Baekhyun menyerah kalah lalu segera melayari tidurnya. Namun tidak pada Chanyeol. Segala-galanya baru bermula.
_______________

"Chan, kau ke tu?" Baekhyun bangun dari tidur apabila dia terdengar bunyi ketawa dan petikan gitar. Tangannya menggapai telefon yang berada di atas meja di sisi katil. Pukul 3.05 pagi!

"Adoi, apasal nak start buat lagu pagi-pagi macam ni! Esok tak boleh ke!?" Marah Baekhyun kuat. Sekelip mata bunyi gitar dan ketawa hilang.

"Baru senyap. Pagi-pagi buta nak main gitar. Dah la ketawa macam perempuan." Keluh Baekhyun tanpa sedar.

"Macam perempuan?!!!" Baekhyun baru tersedar. Tu bukan suara Chanyeol tapi seorang perempuan. Dan alunan gitar juga kedengaran asing di telinganya. Oleh kerana terlalu takut, Baekhyun mula merakam suara melalui telefonnya.

Keadaan menjadi riuh semula. Kali ini lebih kuat. Seperti berada di pasar dan terlalu banyak bunyi instrumen musik tradisional. Bunyi orang lelaki dan perempuan bercakap pun ada namun tidak sepatah pun dia faham apa yang dipertuturkan.

Tiba- tiba katil Baekhyun bergoncang perlahan, lebih kepada membuai. Suara Baekhyun sudah tersekat di kerongkong. Tiada bunyi pun dia dapat keluarkan dari mulutnya kerana terlalu takut.

Dengan terketar-ketar dan pergerakan perlahan, dia tunduk dan baru tersedar katilnya jenis yang rapat ke lantai. Tiada istilah bawah katil!

"Channie, tol--ong aku!" Bergetar suara Baekhyun memanggilnya. Takut benda lain yang jawab, dia cepat berlari keluar dari biliknya dan segera menuju ke bilik Chanyeol.

Tiada! Chanyeol tiada dalam biliknya!

Baekhyun segera keluar dari bilik Chanyeol. Dia harus keluar dari rumah ni sebelum apa-apa terjadi!

Tiba di ruang tamu, gambar-gambar hitam putih sudah berwarna dan gambarnya... Bergerak!! Mereka seolah-olah dapat keluar dari frame gambar.

"Baekki!" Seseorang menegurnya dari belakang. Apabila dia berpaling, ada seorang gadis cantik yang memakai hangbok merah. Namun, pakaiannya iras-iras pakaian geisha! Jari telunjuk mula berpusing-pusing di depan mata Baekhyun membuat Baekhyun khayal.........

"Baek. Baekki!" Suho menepuk pipi Baekhyun perlahan. Baekhyun lekas-lekas bangun. Melihat sekeliling biliknya.

"Dah bangun!" Jerit Suho sehingga memarik perhatian orang lain.

"Aik, kenapa aku ada kat sini? Dan kenapa korang ada kat sini?" Baekhyun memandang muka mereka bertujuh.

"Dah semalam kau kata takut duduk kat sini. Aku datang la bawak diorang sekali. Tak sunyi sikit." Chen berkata. Membiarkan Baekhyun berfikir semula.

"Oh, ya la."

"Ni aku nak tanya. Kenapa aku boleh jumpa kau terlantar tidur kat lantai ruang tamu betul- betul depan pintu masuk?" Tanya Chanyeol curiga.

"Semalam!! Aku dengar macam-macam. Aku pergi bilik kau tapi kau tak ade. Aku fikir nak keluar dari rumah ni.. Lepas tu, sampai kat ruang tamu, semua gambar bergerak. Ada sorang perempuan muncul depan aku pakai baju hangbok pelik. Dan aku dah tak sedar." Baekhyun bercerita. Semua memandang masing- masing sbelum ketawa dihamburkan.

"Hyung ni banyak tengok cerita hantu." Sindir Sehun dalam ketawa yang tak tertahan.

"Dah-dah! Sekarang kau tidur balik. Lepas kitorang buat sarapan, nanti kitorang kejutkan. Kau mesti tak cukup tidurkan." Chanyeol menepuk bahu Baekhyun. Baekhyun hanya mengiakan lalu berbaring semula. Sebelum dia dapat hilang ke dalam tidur, dia ternampak perempuan berbaju hangbok pelik di pintu biliknya. Belum sempat dia bangun semula, matanya sudah terkulai layu membiarkan kawasan hitam memenuhi pandangannya.
________________
"Pagi." Baekhyun menegur Chanyeol yang berada seorang diri di dapur. Tapi mana yang lain.

"Chan, mana yang lain? Kata nak kejutkan aku bangun tidur. Tapi last-last aku yang bangun sendiri." Tanya Baekhyun sambil mengambil roti yang disapu jem. Chanyeol memandangnya pelik.

"Apa kau mengarut pagi-pagi buta ni? Mana ada diorang datang kat sini." Marah Chanyeol. Terasa seram sejuk apabila Baekhyun mula bercerita yang bukan-bukan.

"Betul la. Diorang ada datang tadi. Aku pasti!" Ulas Baekhyun lagi. Terasa seperti nak gila apabila kawan baik sendiri tak percaya apa yang dikatakan.

"Dah-dah, relaks! Cuba kau ceritakan kat aku." Suruh Chanyeol. Baekhyun mula bercerita dari awal hingga akhir. Termasuk la telefonnya yang merakam.

Dia keluarkan telefon yang masih lagi dalam mod merakam. Namun apabila di pasang dari awal, tiada apa-apa pun kedengaran. Hanya terdengar suara Baekhyun yang ketakutan.

"Jadi?" Chanyeol memandang Baekhyun tidak mengerti apa yang Baekhyun cuba sampaikan.

"Aku--- nak keluar kejap." Baekhyun bangun dari kerusinya lalu keluar dari dapur ke ruang tamu. Gambar-gambar yang digantung masih lagi tersusun seperti biasa. Warna pun masih hitam putih.

Dia keluar dari rumah. Mahu bersiar-siar.

"Apa yang betul sebenarnya? Yang mana mimpi, yang mana realiti? Apasal semua sama." Keluh Baekhyun. Dia sudah jadi teramat takut namun tidak tahu apa yang patut dilakukan.

"Hello!" Geunji menegurnya dan masih dengan topeng dan sarung tangan. Baekhyun hanya tersenyum sedikit lalu mengangguk.

"Apa kau buat kat sini?" Tanya Baekhyun. Geunji memandang muka Baekhyun lama sebelum menerbitkan senyuman.

"Kau normal."

"Apa maksud kau, aku normal?" Tanya Baekhyun. Berkerut keningnya, tidak faham apa yang dikatakan oleh Geunji.

"Kulit kau putih tapi nampak normal. Tak macam aku." Ujar Geunji dalam sedih. Dia tunduk memandang bajunya.

Baru Baekhyun perasan bahawa tiada langsung kulit Geunji yang terdedah. Semuanya tertutup.

"Kenapa dengan kulit kau?"

"Kulit aku macam ni.." Perlahan-lahan Geunji membuka sarung tangan merah yang membalut tangan Geunji.

______________________

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now