Dunia Lampau Geunji

1.9K 165 5
                                    

"Aduh, sakitnya kepala!" Keluh Baekhyun sebaik sahaja dia bangun dari tidur. Dia memandang sekeliling. Dan,... Dia masih berada dalam biliknya.

"Chanyeol! Semalam! Apa dah terjadi?! Aduh!" Semakin kuat Baekhyun berfikir, semakin sakit kepalanya.

Pelik. Semuanya jadi seperti biasa. Dia masih berada dalam posisi mula-mula dia tidur. Telefon pun masih berada di atas meja sisi.

"Perlu ke aku jumpa Chanyeol?" Baekhyun merenung pintu biliknya lama. Akhirnya, memutuskan untuk berjumpa dengan Chanyeol. Dia perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Chanyeol- ah!" Panggil Baekhyun mula bergerak pergi. Tangan kirinya memegang kepala yang masih berdenyut kuat.

"Chanyeol!" Panggil Baekhyun lagi. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik, semuanya sudah bertukar.

Rumah Chanyeol yang asal berwarna Koko gelap tetapi sekarang berwarna putih kekuningan.

"Kan aku dah kata jangan keluar!" Marah seseorang. Baekhyun segera ke ruang tamu apabila dirasakan suara tersebut datang dari sana. Kelihatan seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang memakai topeng joker.

"Geunji?" Tegur Baekhyun. Kedua-duanya berpaling memandang Baekhyun.

"Ah, kamu sudah bangun!" Wanita kelihatan tersenyum lebar lalu menyambut baekhyun yang masih terpinga-pinga tercegat di atas tangga.

"Geunji! Masuk ke dalam bilik kamu! Abang kamu yang kacak ni takkan suka penyakit kamu berjangkit kat dia!" Marah wanita itu. Baekhyun mula faham bahawa dia merupakan abang Geunji di dalam dunia Geunji. Geunji yang memakai topeng separuh itu memandang Baekhyun. Seperti meminta pertolongan.

"Eh, takpe. Geunji mari dekat...hyung!" Teragak-agak Baekhyun menyebut hyung. Sedangkan di dunia sebenar, Geunji sebaya dengannya. Dia mula tertanya-tanya kenapa dia boleh berada di masa lampau Geunji sedangkan dia masuk ke dalam pintu itu untuk mencari kebenaran Chanyeol.

"Kkk..kenapa nak suruh Geunji datang dekat pula?" Tanya wanita itu tak percaya. Baekhyun hanya tersenyum tanpa menjawab sepatah. Melihat Geunji yang masih teragak-agak, Baekhyun segera mendekati Geunji lalu berlutut agar paras ketinggiannya sama.

"Depan hyung tak payah pakai benda ni. Hyung tak takut pun dengan wajah Geunji. Tapi bagi hyung Geunji ni dah cukup comel di mata hyung." Baekhyun mula menanggalkan topeng Joker tu. Tangan Geunji yang sentiasa memakai sarung tangan merah juga ditanggalkan.

"Dah cukup." Baekhyun memegang bahu Geunji lalu ditenung Geunji.

"Hyung..Geunji kena pakai topeng tu kalau nak keluar. Kalau tak, kawan-kawan panggil hantu." Keluh Geunji. Mata birunya yang sentiasa tajam mula kelihatan berair.

"Tak payah peduli lah diorang tu. Sekarang ni, Geunji adik hyung. Dan yang paling penting Geunji dah lebih comel dari mana-mana budak yang hyung pernah jumpa." Baju hangbok Geunji sudah terkoyak di bahagian bahu. Baekhyun mengeluh kecil.

"Mari tukar baju Geunji ni dan ikut hyung keluar. Nak?" Baekhyun tersenyum apabila melihat Geunji yang mengangguk laju. Ah, dia sudah dapat teka yang Geunji bukan selalu boleh keluar dari rumah ni. Sementara dia berada di dunia Geunji, lebih baik dia buat apa yang patut pada Geunji. Benda yang akan membuat Geunji kenang sehingga besar.

"Baju warna apa yang Geunji kena pakai? Boleh tak Geunji pakai baju yang sama macam hyung?" Geunji bertanya seronok dan riang. Suaranya yang masih kecil menyebabkan Baekhyun mula jatuh sayang akan Geunji. Geunji sangat baik dan comel walaupun kelihatan begitu.

Baekhyun melihat pakaiannya. Tak sedar bila dia boleh tiba-tiba memakai baju hangbok yang berwarna biru laut.

"Mesti la boleh. Biar semua orang tahu yang Geunji yang comel ni adik hyung!" Baekhyun segera menyuruh Geunji naik ke atas belakangnya. Kuat betul Geunji ketawa. Dia boleh rasakan bahawa Geunji tidak pernah disayangi walaupun di dalam keluarganya.

"Omma dah siapkan sarapan. Pergilah makan." Ujar wanita itu. Baekhyun hanya mengangguk sambil lewa. Dia hanya melayan gelagat Geunji.

"Mana bilik Geunji?" Tanya Baekhyun. Baru sedar tiada arah untuk dia tuju sebenarnya.

"Atas." Jawab Geunji ringkas.

Baekhyun mula naik ke atas iaitu tingkat dua.

"Bilik mana?"

"Bukan kat sini. Tapi kat loteng. Hyung dah lupa eh?" Geunji berkata perlahan. Tergamam sebentar Baekhyun. Setakat ni, dia hanya tahu kewujudan omma dan Geunji sahaja. Takkan la semua 7 bilik di tingkat 2 sudah dihuni?

"Mana adik beradik yang lain?" Tanya Baekhyun lagi.

"Ah, along dah kahwin. Jadi ada hyung dan Geunji aje kat rumah. Nenek pergi rumah dongsaeng dia sebab ada majlis. Appa dah mati." Ujar Geunji sedih. Baekhyun dapat rasakan jantung Geunji yang berdetak kuat. Entah apa yang difikirkan.

"Dah, tak mahu sedih-sedih. Pergi tukar baju macam hyung punya dan kita pergi keluar. Cepat!" Arah Baekhyun sambil menurunkan Geunji dari belakangnya. Geunji ketawa riang lalu membuka pintu ke loteng. Gelap dan berhabuk. Bagaimana seorang budak yang masih dalam lingkungan 5 tahun sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran begini?

"Cepat Geunji. Nanti lambat pula." Gesa Baekhyun namun hanya tangisan kecil yang kedengaran.

"Geunji. Kenapa?" Tanya Baekhyun sambil menuju ke katil Geunji yang kecil. Dalam masa yang sama, Baekhyun memerhatikan keadaan sekeliling. Tiada apa pun disitu. Ada satu pelita tersangkut di tepi pintu masuk dan satu lagi di tepi meja di sisi katil. Ada sebuah almari kecil di tepi tingkap besar yang rasanya sudah dikunci kemas.

Dilihat Geunji yang menangis di depan almari.

"Geunji." Baekhyun menyentuh bahu Geunji yang terhinggut menahan tangis. Mata Geunji bertukar merah. Begitu juga pipi, telinga dan hidungnya.

"H-hyung.. Geunji tak ada baju nak pakai. Omma tak pernah beli baju pada Geunji." Adu Geunji, kesedihan.
Baekhyun membuka almari pakaian Geunji. Hanya ada topeng, stokin dan sarung tangan. Hangbok atau pakaian lain tiada langsung.

Baekhyun menarik Geunji ke dalam pelukannya. Dalam hatinya terdetik, apa lagi yang telah Geunji hadapi.

"Tak ape. Kita pergi ke pasar dan beli baju untuk Geunji. Baju-baju yang cantik." Pujuk Baekhyun. Sedih betul hatinya apabila melihat serendah itu cara Geunji hidup selama ini.

Geunji hanya mengangguk dan kembali senyap apabila Baekhyun mengusap kepala Geunji.

"Dah, jom pergi!" Baekhyun menarik Geunji bangun lalu mereka segera ke luar dari bilik loteng itu.

Baekhyun cuba meraba poketnya.

Banyaknya duit. Mesti abang Geunji sudah bekerja. Nasib dia la. Dia yang bekerja, aku yang habiskan duit. Padan muka kau, Kaebsong~

Ketawa Baekhyun di dalam hati.

Mereka keluar dari rumah. Tak sangka rumah Geunji sebenarnya berada di depan pasar.

Semua orang kelihatan sibuk dengan kerja sendiri. Baekhyun mengenggam tangan Geunji. Takut juga jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

"Itu hyung si Geunji. Sangat kacak!" Bisik beberapa orang mak cik yang merenungnya. Baekhyun hanya tersenyum memandang mereka.

"Geunji!" Seorang perempuan cantik meluru ke arah mereka. Tak semena-mena, Geunji ditarik ke dalam pelukannya.

"Noona!" Geunji turut membalas pelukan perempuan itu. Boleh nampak betapa gembiranya Geunji ketika itu.

"Ah, Baekhyun. Kau dah balik!"
________________

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now