Tertangkap

1.3K 130 15
                                    

*Follow my insta guys!
@aireen_jj ...im in pink shawl..trial spm sngt mnakutkannn 😨*

Mereka kembali semula ke dunia asal. Benda pertama yang dia nampak dihadapan mereka ialah D.O yang meratah daging tengkuk Lay seperti Vampire. Dia masih ralit dengan tubuh Lay yang tidak sedarkan diri sehinggalah Kai mengaduh kesakitan apabila cuba melarikan diri.

"Jong In... kau nak tinggalkan aku lagi? Kenapa? Apa salah aku?" D.O memandang wajah Kai yang kepucatan kerana ketakutan. Kai sudah tak boleh berdiri. Kakinya dah tak dapat rasa apa-apa kali ni. Dia mengesot ke belakang perlahan-lahan. D.O yang kelihatan amat buruk rupanya itu menambahkan lagi debaran Kai. Kai langsung tidak menyangka bahawa begitu sekali kejamnya penilik itu mengawal badan D.O.

"D.O... tolong jangan apa-apakan aku..." rayu Kai. Namun D.O hanya tersenyum memandang Kai.

"Ma--af!" Jerit Baekhyun sebelum menghentak kerusi lama ke kepala D.O. Darah mengalir dari kepala D.O berserta benang merah itu. D.O mengangkat kepalanya sedikit lalu tersenyum sambil menghulurkan tangannya kearah Kai.

"Sehun! TARIK KAI JAUH-JAUH!" Jerit Baekhyun apabila melihat benang merah dari kepala dan tangan D.O mula berlumba-lumba keluar untuk menerkam Kai bila-bila masa. D.O ternganga luas dan matanya terbeliak bagi mengeluarkan semua benang itu. Telinga dan hidungnya juga berdarah kerana terlalu banyak benang merah yang dikeluarkan. Namun, Xiumin cepat-cepat mengheret Kai jauh dari D.O apabila melihat Sehun kelihatan tergamam melihat situasi itu. Dia kaku dan tak dapat berbuat apa-apa.

"Double hit!" Jerit Xiumin kepada Baekhyun. Baekhyun yang memahami maksud Xiumin terus mengambil kaki kerusi yang patah tadi lalu menghentak kepala D.O beberapa kali. Darah memenuhi kawasan kepala D.O.

"Hyung.. macam mana dengan Lay? Dia mesti dah kena kawal jugak. Dia dah kena gigit dengan D.O hyung." Ujar Kai yang dipapah oleh Xiumin. Xiumin hanya mampu mengeluh sahaja. Sememangnya dia tak dapat mencederakan kawan baiknya itu. Hati terasa berat walaupun dia sudah tahu bahawa ada benda lain yang bakal mengawal badan Lay.

"Ki..kita.. kita tinggalkan dia.. boleh kan? Aku tak sampai hati nak buat semua ni lagi! Kita dah bunuh kawan-kawan kita sendiri weh!" Marah Sehun.

Kai memerhatikan darah D.O yang terpercik di badannya menyebabkan dia jijik dengan diri sendiri. Hanya satu dia fikirkan sekarang. Dia mahu keluar dari semua ini. Kalau ini semua hanya mimpi, tentu dia gembira sekali.

"Jom.. kita tinggalkan Lay kat sini. Chen dengan Chanyeol pun kita jangan usik. Biar diorang terperangkap kat sini. Aku dah tak sanggup bunuh diorang." Ujar Baekhyun muram. Disebabkan dia yang berdegil dengan semua ni, semua orang menjadi mangsa malah mengorbankan kawan-kawannya sendiri.

"Baik. Jom kita tanam mayat Geunji dan Eunju kat luar. Semuanya akan okey lepas ni. Aku harap ini tugas yang terakhir." Sehun bangun dari duduknya lalu segera menghampiri mayat dua orang yang penting untuk Baekhyun.
_______________
"K-kita dah selamat nak keluar ke?" Tanya Kai apabila mereka semua masuk semula ke dalam rumah setelah selesai kebumikan mayat-mayat itu. Walaupun ini hanya imaginasi semata-mata, mereka agak pelik apabila mereka kebumikan kedua-dua itu, mayat mereka terjerumus ke dalam sungai di tepi rumah dan hilang beberapa ketika kemudian. Pelik! Kenapa sungai itu tak hilang sedangkan seluruh kampung tidak wujud lagi selain rumah ni?

"Mana Sehun?" Tanya Baekhyun apabila mengira jumlah mereka yang tidak cukup.

"Ke dapur. Dahaga katanya." Jawab Xiumin selamba. Namun, Baekhyun memandang Xiumin tidak percaya.

"Hyung... kau tahukan... badan Chen dah kena kawal juga dan aku jumpa dia kat dapur... dan kau biar...sehun pergi sorang?" Tanya Baekhyun tersekat-sekat. Jantungnya berdetak laju. Diorang sudah tinggal 4 orang aje dari 9 orang. Kalau Sehun pun kena kawal...

"Weh...kenapa kau tak bagi tahu awal-awal?" Marah Xiumin apabila baru sedar dengan apa yang telah dilakukan.

"Kita nak tunggu Sehun ke sekarang ni?" Tanya Kai sambil matanya memandang terus ke arah pintu dapur yang sunyi. Macam mana diorang boleh keluar jika pintu keluar ke dunia sebenar ada di dapur sahaja?! Dan di dapur ada Chen yang dah dikawal!

"Sehun.. kau kat sana ke?" Xiumin berbisik sambil bergerak mendekati dapur diikuti Baekhyun yang memapah Kai yang sudah tidak mampu berjalan lagi. Suasana yang sangat sunyi.

"Sehun.. kalau kau dengar tolong jawab ya.." Xiumin berkata lagi. Kali ini, perlahan-lahan kakinya menjejak masuk ke dalam ruang dapur. Tapi...

Kosong.

Sehun tiada di sana.

"Sehun! Cepat keluar sekarang!" Laung Xiumin tidak tertahan lagi. Bagaimana Sehun boleh hilang pula?

"Sehu--"

"KORANG! CEPAT KELUAR IKUT PINTU DAPUR SEKARANG!!" laung Sehun dari tingkat atas sebelum bunyi yang kuat seperti bunyi hentakan dapat didengari oleh mereka bertiga.

"Sehun! Apa yang berlak--"

"Cepat pergi! Chen dah lepaskan Chanyeol keluar!" Sehun berlari ke arah mereka bertiga yang masih teragak-agak untuk meninggalkan Sehun. Namun, belum sempat mereka bertanyakan apa yang berlaku, Sehun terus keluar dari situ tanpa berpaling lagi. Bahaya semakin mendekat.

Bau hanyir darah mula menyengat deria bau mereka.

Tap.

Tap.

Tap.

"Hy--hyung..jom.. pergi SEKARANG!" Kai menepuk bahu baekhyun sejurus sahaja Kai berpaling untuk melihat apa yang ada di belakang mereka.

Chanyeol sedang tersengih memandang mereka. Ada kesan rekahan yang besar pada kepalanya dengan darah yang sudah beku namun warna pekat darah itu sudah mencemari seluruh wajah Chanyeol. Tangannya yang patah akibat dihentak dengan pintu oleh Suho itu sudah terkulai lembik ke kiri dan ke kanan setiap kali Chanyeol melangkah.

Mana Chen?

"Air apa ni?" Xiumin menyapu bahunya yang terasa basah. Dengan Chanyeol yang semakin hampir ke arah mereka, Xiumin memandang ke atas untuk melihat syiling rumah itu. Namun....

"Ahhhh!" Xiumin menjerit ketakutan lalu segera melarikan diri bersama Kai dan Baekhyun. Rupanya Chen melekat pada syiling itu dalam posisi merangkak. Mulutnya ternganga luas dan mengalirkan air liur yang bercampur darah. Dan Xiumin sedar, darah itu pasti sudah bercampur dengan benang merah itu!

"Cepat tutup pintu tu!" Arah Xiumin yang jatuh tersembam di atas lantai. Hidungnya laju mengalirkan darah akibat hentakan pada lantai simen yang kuat.

Baekhyun meletakkan Kai di atas lantai lalu membantu Sehun menutup pintu namun tidak sempat kerana benang merah yang banyak sudah memenuhi belakang pintu. Perlahan-lahan benang itu bergerak mencari sasarannya. Dengan sekelip mata, Sehun dan Baekhyun melepaskan tangannya daripada pintu itu.

"Kita...jumpa lagikan?

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now