Kecelaruan Fikiran

1.3K 126 7
                                    

"Kita... jumpa lagikan?" Chanyeol tersengih. Giginya kelihatan tajam. Matanya yang selalunya comel apabila dibulatkan, kini tidak lagi. Ia semakin menyeramkan.

"Chann.. aku ni kawan kau.. kau dah lupa ke?" Pujuk Baekhyun. Dia mengerling Sehun seketika, memberi isyarat yang hanya mereka berdua sahaja yang faham. Sehun tersengih lalu mengangguk.

"Aku kenal kau Baekhyun. Dan aku amat memerlukan darah segar yang mengalir dalam badan kau sekarang." Ujar Chanyeol sebelum memandang Chen di sampingnya. Chen tidak kelihatan seperti yang lain. Dia tidak memberi sebarang reaksi langsung. Hanya berjalan ke sana sini tanpa sebarang suara. Mukanya juga kosong.

"Tolong Channie.. kau dengar tak? Aku tahu kau ada kat sana! Kau belum mati lagi!" Jerit Baekhyun cuba ikhtiarkan sesuatu agar Chanyeol dapat bangun kembali. Dan untungnya Chen dan Chanyeol belum kena untuk kai kedua.

Sehun tersengih lagi. Sesuatu sudah terbongkar. Mereka berempat merancang sesuatu yang menarik. Diorang semua akan selamat termasuk juga Chen dan Chanyeol.

"Aku hanya nakkan darah kau Baekhyunnn.. lepas tu kau boleh pergi...." Chanyeol tersengih lagi. Matanya yang bulat dan putih itu perlahan-lahan dikelipkan. Hanya Baekhyun sasarannya.

Tanpa orang lain sedar, Chanyeol sebenarnya tersenyum tentang benda lain. Matanya memandang Xiumin yang memegang sisi tengkuknya. Nafasnya semakin memberat (susah nak bernafas). Darah dari tengkuknya menitik ke lantai. Benang merah dari Chen sudah masuk ke dalam badan Xiumin melalui liang roma pada tengkuknya.

Sementara Baekhyun cuba memberi kata semangat pada Chanyeol, Xiumin bangun dari tempat duduknya. Darah dari hidungnya masih keluar akibat hidungnya patah ketika jatuh di atas lantai bersimen.

Xiumin berjalan mendekati dinding rumah. Dia cuba melakukan sesuatu namun masih teragak-agak. Namun apabila melihat Baekhyun yang masih cuba berkomunikasi dengan Chanyeol, dia mula bertekad. Dia tidak mahu menyeksa Baekhyun mahupun Sehun dan Kai lagi. Dia memandang lama dinding di hadapannya. Dengan bersisakan tenaga yang hampir habis, dia menghentak kepalanya pada dinding batu itu. Kuat dan berkali-kali.

"Hyung!" Serentak suara Sehun, Kai dan Baekhyun menjerit memenuhi ruang itu. Xiumin tidak menghiraukan apa-apa lagi.

Crack!

"Hyung! Berhenti!" Sehun menarik badan Xiumin jauh dari dinding lalu diheret ke ruang tamu. Dia terlalu kalut sehingga terlupa tentang Baekhyun dan Kai yang sudah tidak mampu berjalan.

"Hy--hyung.. jom kita pergi." Ujar Kai perlahan. Badannya menggeletar apabila melihat Chanyeol mahu menerkamnya pada bila-bila masa sahaja. Baekhyun memandang Kai sebentar sebelum satu keluhan dilepaskan.

"Kau merangkak pergi dari sini. Biar aku yang uruskan Chanyeol. Kalau aku kena macam Lay hyung... kau suruh Sehun aje teruskan rancangan kita. Tinggalkan aku dan teruskan!" Kata putus Baekhyun. Matanya tepat memandang Chanyeol dan Chen dihadapannya. Tanpa sebarang suara, Kai perlahan-lahan merangkak pergi. Namun, Baekhyun dan Kai tidak sedar apa yang menunggu di tempat Sehun dan Xiumin berada sekarang.
_______________
"Hyung.. apa dah jadi ni!?" Sehun mengoyakkan kain langsir yang ada berdekatan. Dengan segera, dia mengikat kain itu pada kepala Xiumin yang mengeluarkan darah yang banyak. Dia nampak suatu rekahan yang agak besar pada kepala Xiumin itu.

"Sehun... pergi dari sini.." Xiumin bersuara perlahan. Matanya perlahan-lahan menghilangkan warna hitam anak mata. Tangannya menolak badan Sehun.

"Hati-hati.... di b--belakang kau... ada...." Xiumin terhenti seketika. Badan Xiumin tidak bergerak lagi. Tangannya yang menolak badan Sehun, terkulai layu di sisinya.

"Sehun.. sanggup kau tinggalkan aku..." sapaan dari satu suara yang amat dikenali menyebabkan Sehun tersentak. Dia menyangka orang itu dah mati.

Perlahan-lahan Sehun memusingkan badannya untuk bertemu Lay yang memegang dua orang kawannya yang betul-betul tiada lagi. D.O dan Suho.

Mayat kawannya itu terhempas di atas lantai apabila Lay melepaskan pegangan pada kedua-duanya. Bagaimana Lay boleh mengheret dua orang lelaki dewasa yang beratnya lebih kurang sahaja dengan Lay?

Lay sudah tidak boleh membetulkan kepalanya lagi. Dia sudah terkehel akibat diterkam oleh D.O.

"Hhh--hyung..  macam mana kau boleh hidup lagi??" Sehun bertanya perlahan. Tangganya mula menggigil. Dahinya mula basah dengan peluh. Hanya satu aje cara untuk mereka bebaskan semua orang... Chanyeol dan sungai. Tapi.. belum sempat Sehun bertindak, Lay lagi pantas.

"Hah!" Kai yang merangkak itu tergamam melihat Lay. Baru sahaja dia terlepas dari Chanyeol dan Chen. Bagaimana Lay boleh menunggu di sini pula?

"Ahh..kau masih ada rupanya..." Lay tersengih melihat Kai. Tanpa teragak-agak, dia mendekati Kai. Kai sudah tidak mampu bergerak. Dia hanya mampu menantikan apa yang bakal Lay lakukan. Kali ni, dia sudah tiada jalan keluar lagi. Segalanya bakal berakhir.

"Hihi...kawan kau dah tak boleh tolong kau..." Lay memalingkan muka Kai untuk memandang Sehun. Dia ketawa lagi apabila melihat Kai menangis kali ini.

Tangan Sehun diikat dengan benang merah pada kipas syiling, membuatkan dia tergantung. Mulutnya ditutup kemas dengan benang yang sama. Matanya terbeliak merenung Kai. Walaupun benang itu masih belum masuk ke dalam badannya, dia dapat rasakan tangannya yang mula memedih.

"Kawan..maafkan aku.. aku tak boleh tolong kau.." ujar Kai tersangkut-sangkut dalam tangisnya. Rasa bersalah mula menguasainya. Dia tidak berkorban apa-apapun sejak dari awal dia tiba ke sini. Dia hanya... memburukkan keadaan...

*Fikiran Kai*
Masa Sehun kena tarik, aku pentingkan diri sendiri. Aku nak selamatkan diri sendiri sampai sanggup nak tinggalkan kawan.

Masa aku ditangkap, Suho hyung.. dia cari aku walaupun itu tindakan bahaya. Mereka sebenarnya boleh aje tinggalkan aku..macam aku nak buat pada Sehun.

Aku sakit teruk. Habis luka satu badan. Tapi diorang tolong aku. Diorang tak pentingkan keselamatan diorang aje.

Masa Chanyeol muncul, Baekhyun hyung sanggup papah aku. Dia tak selamatkan diri sendiri tapi.. dia sanggup bebankan diri sendiri yang tak mampu berjalan lagi.

Apa yang aku buat sebenarnya? Apa aku korbankan untuk diorang? Aku.. aku sebenarnya menyusahkan diorang aje. Punca Suho dan D.O mati.. mesti sebab aku jugak kan? Aku pentingkan  diri sendiri.. bukan diorang yang bunuh mereka berdua.. tapi aku... aku yang membebankan ni dah buat mereka terkorban.. aku sebenarnya pembunuh dalam senyap. Aku pembunuh kawan-kawan aku.

AKU PEMBUNUH! **

Kai tersedar dari lamunannya. Bunyi dengusan nafas dari Sehun yang mahu buat Kai sedar itu berkesan. Tapi Sehun silap. Fikiran Kai betul-betul dah dirasuk kali ni. Sebab... sejak dia dijumpai oleh Suho.. Kai masih Kai.. tapi fikirannya sudah dipenuhi pemikiran negatif. Dia boleh membunuh sesiapa pada bila-bila masa. Bahkan, dia tidak akan teragak - agak untuk membunuh diri sendiri.

________

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now