*New Story*

1.8K 103 11
                                    

Guys! Dua cerita dah published! Cari kat wall a/n sebab tak boleh letak link kat sini.

1) BTS - Kau cari aku?
👉pasal seseorang nak balas dendam untuk kawan dia dan V merupakan ketua detektif yang ambil kes tu. Pembunuhan itu licik sangat sampai V yang hebat pun tak dapat buat apa-apa. Semua mayat tu ada kawasan tebukan pada dada diorang sebab pembunuh itu ambil jantung untuk jadikan sebagai hadiah buat para polis dan detektif. So, ni pasal friendship dan psiko gitu. Jadi, baca erk kalau nak tahu apa berlaku kat V ni.

👉summary :

"Semua ni disebabkan kau!" Sekali lagi tumbukan padu tepat mengenai rahangnya. Suga mengerang kesakitan. Seluruh wajahnya terasa berdenyut. Suga sempat merenung buku lima tembaga yang sudah diselaputi merah coklat.

"Apa kau nak dengan aku? Apa salah aku dengan kau ni?" Marah Suga. Lelaki itu sudah keterlaluan sekarang. Suga meludah darah yang terkumpul di dalam mulutnya. Matanya sudah membengkak akibat ditumbuk dibahagian mata berkali-kali. Lelaki dihadapannya menarik rambut Suga agar Suga memandangnya.

"Ow, kau dah hilang ingatan ya.. baiklah, biar aku pulihkan memori kau." Lelaki itu mula melekatkan beberapa pelekat yang berwayar pada badan Suga dan Suga dapat menganggar bahawa ada lebih daripada 10 pelekat ada pada kepalanya.

"Kau nak sangatkan." Lelaki itu menekan satu suis yang menyebabkan seluruh tubuh Suga menggeletar. Elektrik! Tidak padan dengan itu, dia selitkan juga beberapa tumbukan yang disasarkan pada kepala Suga.

"Pandang muka aku sebab aku akan seksa kau sampai mati."

2) EXO - Pulau
➡ pasal Exo pergi bercuti ke pulau yang tak pernah wujud dalam google map. Rupa-rupanya semua benda dah dirancang dari awal. Dan Chen terpaksa tolong pembunuh itu atas suatu sebab. Semua member tak tahu apa yang akan berlaku. So, baca erk kalau nak tahu pasal diorang.

Summary:

"S-Sehun... kau nampak tak apa yang aku nampak?" Mata Lay membulat melihat sesuatu di hadapannya. Kepalanya didongak bagai melihat sesuatu yang lebih besar dari dirinya.

"Hyung! Kau jangan buat lawak! Kita dua orang saja yang ada sekarang ni!" Marah Sehun dengan suara yang tinggi. Tangannya mencengkam kuat batu yang sebesar penumbuknya itu sehingga tangannya mula mengeluarkan darah. Bersedia untuk bertindak terhadap Lay yang sudah dianggap gila!

"A-aku serius la! Dia te-tengah pandang aku! Dia sedang bercakap..." Lay makin panik. Matanya mula bergetar ketakutan. Tangannya menggigil dan peluh mula membasahi badannya. Dia mengundur ke belakang lalu jatuh terduduk.

"Dia sebut nama kau.. Sehun.." Lay merenung Sehun sebelum matanya menangkap suatu yang digenggam oleh Sehun.

"Sehun! Apa kat belakang kau? K-kau nak buat apa!?" Lay menjerit apabila melihat Sehun menunjukkan batu ditangannya. Sehun menggeleng kepalanya sebelum mengangkat tangannya tinggi-tinggi.

"Hyung.. aku mintak maaf."

Okay guys. Dua ni aje dapat buat. Idea lebih banyak kat cerita BTS sebenarnya tapi cerita EXO dah pernah buat kat dalam buku log masa kecik-kecik dulu. Ceh, kecik la sangat. Harap dapat sokongan korang 🙏

BYE-BYE 👋

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now