Jangan Sampai 4 Orang Mati

1.4K 130 5
                                    

*Chapter 'Chen Dah Kembali!' sudah di re-upload sebab yang dulu tu hanya ada separuh aje. So, baca yang tu dulu sebelum baca Chapter ni tau.*

"SEHUN!" Baekhyun bergegas bergerak ke arah Sehun yang mengerang kesakitan. Kedua-dua belah tangannya terkulai dan tidak bergerak langsung.

"Sakit.. sakit sangat!! Aku dah tak rasa apa-apa lagi." Jerit Sehun. Peluhnya memenuhi dahi. Mukanya berkerut.

"Eh.. Chen kat belakang kau tu! Cepat lari!" Marah Sehun lalu cuba menepis Baekhyun dengan sikunya, satu-satunya anggota tangan yang mampu bergerak.

"Aku dah okey la." Balas Chen tenang. Sudah dapat diagak bahawa mereka akan terkejut. Kalau tidak, Baekhyun tak akan menikam lengannya dengan pisau. Baekhyun mengangguk apabila Sehun memandangnya untuk kepastian.

"Apa yang dah jadi?" Tanya Baekhyun.

"Tu.." Sehun memuncungkan bibirnya ke arah Lay yang terkulai di mayat rakan-rakannya yang lain. Dahinya berdarah teruk dan ada rekahan yang besar. Dadanya tidak lagi berombak.

"Entah la macam mana. Lay tiba-tiba muncul dengan badan Suho dan D.O. Lepas tu, dia gantung aku. Dia ikat bahagian tangan aje. Kai ada la meracau sikit. Tapi lepas aku pujuk Kai beberapa kali, tiba-tiba Kai pegang Lay dan hentak kepala Lay dekat dinding beberapa kali." Sehun mula bercerita apabila dia dapat mengesan kekeliruan pada wajah Chen dan Baekhyun.

"Terima kasih Kai." Ujar Sehun. Kai yang berada di sebelahnya hanya mampu mengangguk. Bukan banyak pun apa yang telah dilakukan, fikir Kai.

"Dah la Kai. Kitorang tak anggap kau pembunuh pun. Apa yang berlaku sekalipun, kitorang akan tetap akan tolong kau. Kitakan kawan." Ucap Sehun lagi. Baekhyun dan Chen juga mengangguk setuju.

"Tapi.. rasanya sampai mati pun aku takkan lupakan apa yang terjadi pada tangan kau. Tu berpunca dari aku." Rintih Kai dalam kesedihan yang mendalam. Sehun mengeluh lalu memandang tangannya yang tidak mampu digerakkan lagi.

"Takpe. Ini nasib aku. Kau dah selamatkan aku dari Lay pun sudah baik." Sehun tersengih dan memandang Kai kembali.

"Kau.. kau memang kawan sejati!" Kai mula sebak melihat keadaan Sehun. Kalau la dia berani melawan Lay dari awal, semua ni takkan berlaku.

"Aduhh.. apasal ni?" Suara orang mengeluh mula menyedarkan mereka dari lamunan. Mereka mengalihkan pandangan dari Sehun lalu meneliti di setiap sudut ruang tamu itu. Xiumin bergerak-gerak di atas sofa itu.

"Apa dah jadi?" Tanya Chen pula. Dia betul-betul menyangka Xiumin dah tiada kerana dia langsung tidak nampak Xiumin semenjak dia sedar semula.

"Darah kau tertumpah pada Xiumin. Xiumin tak betul jugak la sebentar. Tapi.. nampaknya darah kau dah okey kan. Jadi, aku rasa Xiumin pun dah okey la tu." Jawab Baekhyun. Chen hanya mengangguk faham. Mereka bangun lalu mendekati Xiumin yang separa sedar.

"Hyung!" Tegur mereka serentak lalu tersengih lebar. Xiumin hanya memandang seketika, cuba mentafsir maklumat yang dapat difikirkan buat masa itu. Bibirnya terukir dengan senyuman apabila baru menyedari sesuatu.

"Ko--korang dah selamat!" Xiumin bangun dari sofa itu lalu terhuyung-hayang mendekati mereka berempat. Dia memeluk mereka berempat seerat yang mampu.

"Hyung.. jom .. balik." Bisik Baekhyun sebak dalam group hug itu. Satu-satunya perkataan yang paling hebat dan melegakan untuk didengari oleh mereka semua.

"Jom.." sambut mereka serentak. Mereka mula bergerak keluar dari rumah itu. Beg - beg mereka yang 'tertinggal' di luar rumah dipandang sayu. Mereka mengutip beg masing-masing.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now