Geunji dah mati?

1.5K 151 11
                                    

*boring warning* bab ni boring sebab author nim dah kehabisan idea untuk buat macam mana diorang akan sampai ke penamat cerita. Harap korang faham sebab author nim  masih sibuk dengan exam.

So, walawey!
____________________
"Hyung? Joonji hyung?" Geunji menarik tangan Baekhyun. Baekhyun kemudian tersedar. Rupa-rupanya dia masih berada dalam dunia Geunji. Geunji yang berada di depannya dipandang sejenak. Dia masih tak dapat sebarang petunjuk kenapa dia berada di sini.

"Oh, Geunji. Kenapa?" Tanya Baekhyun lalu duduk di depan Geunji. Mendengar celoteh si kecil tu.

"Hyung.. Tak suka ke duduk kat sini?" Tanya Geunji lalu memandang terus ke dalam anak mata Baekhyun. Baekhyun memandang Geunji pelik.

"Kenapa pula? Hyung suk-"

"Ni kan bukan dunia kau." Geunji tiba-tiba membesar. Tinggi, suaranya berubah kasar, kulitnya semakin putih dan kelihatan seperti Geunji dalam dunia sebenar.

"Geunji?" Baekhyun memandang Geunji yang kelihatan serius. Dia berdiri semula di depan Geunji. Ditilik lama. Baru dia sedar, Geunji kelihatan iras-irasnya.

"Kau boleh keluar dari sini kalau kau nak." Geunji memandang keluar jendela. Baekhyun hanya senyap. Berharap Geunji dapat memberi tahunya sesuatu.

Sudah berbulan dia terperap di sini tanpa tahu apa yang sedang berlaku. Dia sudah pergi ke sekolah. Semua orang kelihatan takut menyebabkan dia tidak lagi ke sekolah. Dia sudah pergi ke pasar. Namun, semua orang tetap takut. Peliknya! Sedangkan gambarnya dah ditampal di setiap kawasan sebagai seorang wira tapi kenapa dia dilayan seperti musuh yang telah membunuh wira tu? Kesudahannya, dah berminggu dia hanya duduk di rumah, melayan kerenah Geunji dan kakak iparnya itu, Eun Ju. Tapi mana yang lain? Ibu, nenek dan abangnya?

"Aku yang kunci kau. Supaya kau tinggal dengan aku..." Geunji mengeluh perlahan.

"Aku rindu abang aku. Joonji. Dialah satu-satunya abang yang tak pernah pandang aku hina. Abang yang buat aku mahu teruskan  hidup sebab aku memang dah putus asa dari kecil lagi. Ingat tak, masa mula-mula kau masuk dalam dunia ni?" Geunji bertanya.

"Ya, aku ingat. Masa tu kau dalam 5 atau 6 tahun. Masa kau kena marah."

"Aku terkejut sangat. Sebab benda yang sama berlaku pada aku. Reaksi hyung aku sebiji macam kau. Lepas tu, aku sentiasa menanti kau datang ke sini. Memang betul, kau datang nak cari Chanyeol. Tapi sebenarnya..." Geunji senyap sebentar. Dia berpaling memandang Baekhyun yang masih terpinga-pinga.

"Chanyeol ada dekat sini. Tapi ..." Mulut Geunji tiba-tiba terkunci. Mata birunya membulat. Baekhyun segera mendekati Geunji yang diam dalam terkejut tu.

"Kenapa dengan kau?" Tanya Baekhyun lalu menyentuh bahu Geunji.

"Mulut aku dah kena kunci. Aku tak boleh bagitau apa-apa pasal Chanyeol. Tapi.. Kau kena cari aku. Satu-satunya cara untuk kau keluar dari rumah ni dan selamatkan semua kawan-kawan kau." Geunji memegang bahu aku. Matanya penuh harapan.

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now