Kisah Sebenar III

1.4K 132 9
                                    

Boring part.......

"Omma pergi jumpa Shi Eun." Ucap omma ketika melihat Taeji dan Joonji sedang rancak bergaduh mulut tentang kandungan Eunju.

"Apa!!" Marah Taeji. Merah mukanya memandang omma. Joonji yang tidak tahu apa-apa hanya mampu merenung.

"Dia bukan perempuan yang baik Taeji! Dia ugut omma! Dia nak bunuh adik-adik kamu! Dan omma dah tak mahu lagi berlakon macam tu pada Geunji!" Ibu memandang Taeji tajam. Terbeliak mata Joonji yang setia mendengar.

"Apa? Jadi selama ni.. Taeji hyung la yang rancang semua ni terhadap Geunji?" Joonji mengalihkan pandangannya dari ibu kepada Taeji.

"Abang apa kau ni?" Jerkah Joonji buat pertama kali dalam hidupnya. Tidak pernah-pernah dia menjerkah orang dengan perasaan yang sangat marah, tambah-tambah dengan orang yang lebih tua.

"Aku cuba selamatkan Geunji, bodoh!" Taeji menerkam Joonji menyebabkan mereka berdua-dua jatuh ke atas lantai. Namun sebelum sempat Taeji berbuat apa-apa, Joonji dahulu yang melepaskan tumbukan. Tepat mengena pada rahang Taeji.

"Joonji! Berhenti sekarang jugak!" Arah ibu mereka yang mula tidak sedap hati melihat situasi itu.

"Aku hormat kau sebagai abang aku selama ni! Aku percaya pada kau untuk jaga keluarga ni seperti yang kau janjikan tapi.." Joonji berhenti berkata-kata apabila melihat Taeji yang langsung tidak melawan. Malah menerima apa sahaja yang diperkatakan Joonji.

"Aku kecewa dengan kau atas apa yang kau buat pada keluarga ni dan... isteri kau sendiri. Sanggupnya kau buat semua ni... mana abang yang aku kenal selama ni? Menyedihkan! Kau berubah disebabkan seorang perempuan." Joonji menolak badan Taeji lalu bangun. Dia memandang ibunya.

"Omma...saya akan pergi ke sekolah hari ni jugak. Kemarahan saya dah tak boleh nak dikawal bila tengok muka dia ni." Joonji bergegas ke arah biliknya. Beg yang sudah diisi kemas dengan barangannya terus diangkut di bahu. Bilik loteng dituju dahulu. Mencari bayangan adiknya.

"Geunji."

"Joonji hyung!" Tegur Geunju ceria. Joonji tersenyum lebar apabila melihat Geunji yang memandang keluar tingkap.

"Geunji nak keluar?" Tanya Joonji lembut. Geunji segera mengangguk kepalanya.

"Maaf. Hyung dah kena pergi hari ni. Pergi pakai baju cantik-cantik. Bair hyung dapat ingat rupa Geunji yang comel sampai bila-bila. Hyung tunggu kat ruang tamu." Joonji menggosok kepala Geunji lalu keluar dari bilik tu. Dia berjalan perlahan. Kadang-kadang dia terasa pening. Ada juga terasa lemah. Terasa sangat lemah. Entah kenapa dia pasti bahawa ada suatu yang tidak kena. Dan benda tu akan buat dia gagal dalam peperangan nanti.

"Kau betul-betul nak pergi dulu?" Tanya Taeji. Memandang adiknya yang tidak pernah dilihat sangat marah. Joonji hanya mengangguk. Rasa marahnya terlalu tinggi sehingga mahu sahaja dia menumbuk-numbuk muka Taeji tanpa henti.

"Aku.. mintak maa--"

"Kalau kau nak aku maafkan kau.. bunuh aku dalam peperangan nanti." Putus Joonji yakin. Matanya merenung tepat ke arah Taeji.

"Apa kau cakap n--"

"Entah kenapa aku rasa badan aku dah tak terkawal oleh diri sendiri. Kau setia sangat pada rajakan? Bunuh aku kalau kau tengok aku dah buat benda bodoh." Joonji memegang bahu Taeji. Taeji hanya memandang wajah serius Joonji sebelum mengagguk.

"Omma.. saya pergi dulu. Tolong... berhenti lakonan tu. Benda tu langsung tak diperlukan dalam menyelamatkan Geunji." Joonji tersenyum memandang ibu sebelum memeluknya erat. Mungkin itu kali terakhir.

"Hyung!!" Geunji berlari anak ke arah Joonji.

"Cha, nae dongsaeng dah comel." Joonji melutut di depan Geunji untuk memandang adiknya yang masih kecil lagi tu.

✔The New World (EXO Horror Story)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora