Kisah Sebenarnya II

1.4K 133 14
                                    

"Kan aku dah kata jangan keluar tanpa topeng ni! Kau tu bukan normal pun!" Marah omma sebelum menarik Geunji pada bahagian bahu ke atas tangga. Geunji hanya menangis. Kakinya terseliuh kerana melarikan diri daripada pembuli, makin sakit dibuatnya apabila ibunya mengheret menaiki tangga.

"Omma.. Kaki sakit..." Adu Geunji. Ibunya berhenti sebentar namun selepas itu, dia terus menarik Geunji lagi. Geunji yang tidak tahan sakit itu terus meraung kesakitan.

"Diam!" Marah ibunya lagi namun suara tangisan Geunji makin kuat pula.

Sampai sahaja di bilik loteng, ibunya menolak badan Geunji ke dalam bilik. Cepat-cepat dia mengunci pintu dan menutup telinganya. Bahu ibunya terhinggut-hinggut menahan tangis. Dia menyandar pada pintu itu. Mendengar suara Geunji yang meraung kesakitan itu betul-betul membuatkan hati keibuannya bagai disiat-siat.

"Omma minta maaf Geunji.. Omma minta maaf." Bisik ibu perlahan. Tidak disangkakan bahawa dia perlu melayan anaknya dengan teruk disebabkan Shi Eun ingin membunuh anaknya.

Ibu membiarkan Geunji menangis seorang diri. Lama-kelamaan tangisnya mula kendur sebelum semuanya bertukar senyap sunyi. Dia pasti Geunji sudah tertidur akibat keletihan. Ibu bangun dari duduknya lalu mengambil bekas kecemasan di bilik stor.

Perlahan-lahan dia mencucuk kunci ke dalam tombol agar Geunji tidak sedar dari tidurnya. Dia merenung Geunji yang terlantar di atas lantai.

"Apa yang aku dah buat ni!?" Marah ibu pada diri sendiri bahawa mula sedar Geunji sudah tersadung pada tangga di dalam biliknya ketika Ibu menolak Geunji masuk ke dalam bilik. Patut sahaja Geunji menagis makin kuat pun.

"Geunji.. Maafkan omma." Berkali-kali ibu memohon maaf. Tangannya mengangkat badan Geunji lalu diletakkan di atas katil. Kaki Geunji yang terseliuh itu kelihatan membengkak menyebabkan ibu cepat-cepat meletakkan ubat dan membalutnya.

"Jadi...selama ni omma sayang sangat pada Geunji?" Tanya Baekhyun pada Eunju. Dia perasan Geunji memandang bayangan ibunya lama. Mungkin akhirnya tahu kebenaran yang tersimpan terlalu lama.

"Dia sangat sayangkan Geunji... Tapi Taeji memaksa omma buat macam ni sebab takut Geunji mati. Tapi Taeji silap. Dia tak sedar bahawa Shi Eun bukan penilik yang bodoh. Shi Eun dah buat keluarga ni musnah." Panjang Eunju menerangkan sitausi sebenarnya. Kai dan Sehun menggeleng kepalanya.

"Tak sangka..." Ujar Lay sebelum menumpu perhatian pada bayangan ibu yang menangis teresak-esak. Mahu sahaja dia menangis.

"Musnah?" Tanya Xiumin.

"Ya...lepas Geunji, dia kacau Joonji masa dalam peperangan.."
________________
"Aku pergi tidur dulu." Ujar Joonji kepada askar-askar lain.

"Selamat malam tuan!" Ujar askar-askar itu lalu tunduk hormat. Walaupun kebanyakan askar lebih tua daripada Joonji, semuanya tunduk hormat pada Joonji yang bijak dan disanjung ramai.

Dia berjalan masuk ke dalam khemahnya. Dia berbaring di atas tilamnya. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling. Dia perasan bahawa sejak kebelakangan ini, badannya terasa pelik. Tabiatnya juga sudah berubah perlahan-lahan. Apa yang terjadi?

"Ah, tidur dulu la! Esok nak balik rumah kejap." Joonji tersenyum mengingati Geunji yang akan ditemuinya di rumah nanti. Dia pasti Geunji akan gembira melihat dirinya yang sudah beberapa minggu meninggalkan rumah tanpa memberi sebab. Perang sudah semakin dekat dan dia masih belum bagitahu sesiapa pun tentang penyertaannya dalam perang kecuali Tae Ji.

*Keesokkan harinya*

"Eh, kenapa dia ada dekat sini sedangkan semalam Joonji tidur dekat khemah?" Tanya Xiumin kebingungan apabila melihat Joonji berada di kawasan padang yang lapang.

"Benang... benang tu dah masuk dalam badan Joonji.." ujar Kai yakin. Baru mereka teringat tentang benang yang merayap masuk dalam baju Joonji ketika Joonji sedang mengelamun.

"Aku kat mana ni...?" Joonji bangun dari tidurnya. Matanya bulat memandang sekeliling. Tangannya memegang kepala yang makin menyengat sakit.

"Apa dah jadi ni??" Bisik Joonji. Matanya dibuka lalu ditutup semula. Pandangannya makin kabur.

"Aku kena balik..." Joonji bangun dari duduknya. Jalannya terhuyung-hayang tanpa arah tujuan. Padang rumput itu terlalu lapang dan dia sendiri tidak tahu tempat itu di mana.

"Arghh!" Jerit Joonji kesakitan. Dada dan otaknya terasa padat seperti penuh dengan sesuatu. Langkahnya semakin memberat. Tiba-tiba dia berasa sesuatu yang melekit mula membasahi baju hangboknya.

"Ap--apa yang terjadi!!?" Jerit Baekhyun apabila melihat Joonji perlahan-lahan jatuh ke tanah dengan juraian darah memenuhi bajunya. Joonji menggelupur kesakitan. Mulut, hidung dan telinganya mengalirkan darah yang pekat.  Seketika kemudian, matanya tertutup rapat. Benang itu mula keluar dari kulitnya.

"Takkk!! Tak mungkin!" Mata Baekhyun terbeliak melihat situasi itu. Tak sangka begitu teruk sekali keadaan Joonji. Terlalu banyak darah yang keluar dari badan Joonji sehingga meninggalkan lopak yang kecil berwarna merah gelap.

Namun, itu bukan penghabisannya. Benang itu membaluti badan Joonji yang tidak sedarkan diri itu. Setiap anggota Joonji ditutup sehingga langsung tidak menampakkan sebarang warna lain selain warna merah benang.

"Makin banyak keluar darah." Ucap Sehun. Dia mahu tanya penghabisan Joonji namun apabila melihat sekeliling lagi, Eunju dan Geunji sudah tiada lagi di situ.

"Eunju dan Geunji dah tak ade." Sehun menepuk bahu Lay. Mendengarkan Sehun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka tidak mampu untuk balik.

"Mari kita tengok sampai habis. Lepas tu, apa jadi sekalipun... tolong bunuh aku kalau korang nampak Chen, Chanyeol, D.O ataupun Suho gigit aku.. selamatkan diri korang. Tu hajat aku yang terakhir!" Xiumin memandang setiap member yang muram merenungnya. Xiumin mengeluh.

"Aku pun..bunuh aku kalau diorang gigit atau sumbat mulut aku dengan darah." Baekhyun berkata perlahan.

"Aku pun!" Ujar Kai, Sehun dan Lay serentak.

"Masa kau bunuh aku tu.. jangan la menyakitkan sangat eh.." kata Sehun cuba membuat lawak namun terus ditentang hebat.

"Apa kau mengarut ni?"

"Takkk lawakkk!"

"Mengarut aje kau ni.."

"Hammmmbaaarrr."

"Oit!!! Tengok!" Semasa mereka ralit memarahi Sehun, Lay dapat kesan badan Joonji yang berbalut dengan benang bergerak perlahan-lahan.

"Apa pula sekarang?" Keluh Kai. Namun, fokus mereka makin tinggi apabila melihat benang itu masuk semula ke dalam kulit Joonji. Dan.. pelik... badan Joonji yang penuh dengan darah...tiba-tiba bersih...

"Dia ambil darah Joonji juga.." anggappan Xiumin.

Badan Joonji sudah bersih. Matanya yang tertutup rapat mula terbuka perlahan-lahan. Sunyi. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Joonji. Namun apabila dia bergerak, bunyi tulang yang makin patah kedengaran jelas.

"Tulang dia patah.. macam mana dia boleh bangun lagi?" Tanya Lay pelik.

"Benang itu dah ambil alih badan dia." Jawab Baekhyun. Tidak ragu lagi tentang itu.

"Kat mana ni? Kenapa boleh ada kat sini?" Joonji berkata perlahan. Dia berjalan pergi. Yang pasti, arah tuju ialah rumahnya.

__________________
Sambil menaip, a/n dengar lagu Coffe-BTS... adoi, langsung tak masuk dengan situasi dalam cerita.. a/n berfikir nak buat cerita BTS. Pembunuh misteri. Trailer? Tengok Law and Order special unit victim  ... a/n akan buat lebih kurang sama macam cerita tu. Ada detektif, saksi, pembunuh, mangsa, doktor dan lain-lain.

Bongkar cerita sikit.

V - detektif yang serius
Rapmon - doktor
Jungkook - detektif yang membantu V dalam kes tu.
Suga.. ?
Jimin...?
Jin..?
Jhope..?

Nantikannnnn......

✔The New World (EXO Horror Story)Where stories live. Discover now